Manhaj Ulama mengenai ilmu Tauhid

Pengisian dalam Ilmu tauhid dalam segala bentuk dan perbahasannya, hanyalah kembali kepada ijtihad para ulama' dalam merumuskan pendekatan yang mudah untuk menerangkan sifat-sifat ketuhanan Allah s.w.t. kepada masyarakat awam khususnya di samping ianya merupakan formula untuk memelihara aqidah awam dan ahli ilmu daripada salah faham tentang Allah s.w.t..
Pendekatan-pendekatan tersebut terhimpun dalam bentuk perbahasan para ulama' yang seterusnya dikenali sebagai madrasah atau mazhab aqidah. Dalam ahlus-sunnah wal jamaah, ada tiga golongan utama yang menyusun pendekatan-pendekatan mereka dalam bab ketuhanan ini.
Pertama: Aliran Ahlul-Hadith
Mrk lebih cenderung kepada tidak membahaskan bab-bab dan sifat ketuhanan secara detail, bahkan lebih banyak mendiamkan diri daripada mengupas sifat-sifat ketuhanan secara mendalam. Mereka menetapkan lafaz-lafaz yang Allah s.w.t. tetapkan tanpa mentafsirkannya, tanpa menta'wilkannya, tanpa menterjemahkannya dan tanpa memahaminya dengan terperinci.
Kedua: Aliran Ahlun-Nazhor Mereka ini dikenali sebagai ahli kalam (mutakallimin). Mereka membahaskan sifat-sifat ketuhanan secara mendalam dan sistematik berasaskan hukum akal sebagai sasaran pendekatan, kerana setiap manusia samada muslim atau tidak, mempunyai "hukum" akal yang sama.
Daripada asas akal yang disinari cahaya wahyu ini, mereka mengembangkan perbahasan sifat-sifat ketuhanan dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah yang qat'ie (jelas) dengan merumuskannya kepada beberapa jenis rumusan.
Golongan ini ada dua (yang dikira sebagai ahlus-sunnah wal jamaah) iaitu:
Golongan Al-Asya'irah: Mereka yg mengikut susunan dan manhaj Imam Al-Asy'ari dalam perbahasan pokok dalam sifat-sifat ketuhanan. Mrk terkenal pada hari ini dengan orang2 yg berpegang dengan pendekatan "sifat 20". Mereka adalah majoriti ulama' dan umat Islam sehingga hari ini.
Golongan Al-Maturidiyyah: Mereka yg mengikut susunan dan manhaj Imam Al-Maturidi dalam perbahasan pokok dalam bab-bab ketuhanan. Mrk hampir sama dengan golongan Al-Asya'irah dari sudut pendekatan, tetapi berbeza dari sudut rumusan2 mereka dalam memahami sifat ketuhanan.
Ketiga: Ahli Sufi (Isyraqi atau Isyari) Mrk adalah golongan yg tidak membahaskan sifat-sifat ketuhanan secara akal dan tidak juga berdiri di atas zahir nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah semata-mata, tetapi menghayati sifat-sifat ketuhanan dalam kehidupan mereka melalui kasyaf dan makrifatullah.
Mrk menumpukan usaha pada mujahadah hawa nafsu, memperbanyakkan zikir dan ketaatan serta merai kehambaan diri mereka kepada Allah s.w.t..
Akhirnya, Allah s.w.t. memberi anugerah musyahadah Allah dengan mata hati tanpa perlu bergantung kepada perbahasan2 teoritikal dn akal. Tauhid mereka adalah tauhid amali (praktikal).
Namun, kebanyakkan ahli sufi ini bermula dengan mempelajari ilmu tauhid secara asasnya dengan pendekatan nazhori yng disusun oleh samada golongan Al-Asya'irah (sifat 20) ataupun golongan Al-Maturidiyyah.
Setelah itu, dengan anugerah Allah s.w.t., setelah mrk melalui perjalanan hati menuju Allah s.w.t., mrk akhirnya dibukakan hijab hati mereka sehingga mencapai proses fana' dalam syuhud mereka samada pada perbuatan-perbuatan Allah, sifat-sifat Allah dan sebagainya. Mereka menghayati lapisan yang lebih dalam daripada yang sekadar difahami oleh golongan ahli kalam yg sekadar bergantung kepada akal tanpa melalui proses penyucian jiwa ini. Mrk tidak lagi bergantung kpd pendekatan utk mengenal Allah s.w.t., tetapi bertolak terus dalam lautan penghayatan mengenaiNya.
Sebahagian daripada mereka menyembunyikan penghayatan mereka tentang tauhid yg mereka kecapi dan sebahagian yang lain berkongsi secebis penghayatan mrk kpd sesama melalui penulisan dan sebagainya.
Daripada prbahasan mrk (para muhaqqiqin) yg berkongsi penghayatan mrk inilah, perbahasan mrk tentang tauhid ini dikenali sebagai "martabat tujuh". "wahdatul-wujud", wahdatus-syuhud dan sebagainya.
Imam Al-Akbar dalam perbahasan ini adalah Imam Ibn 'Arabi r.a.. Lalu, perbahasan tauhid melalui penghayatan beliau dikembangkan oleh beberapa ulama' muhaqqiqin setelah beliau seperti Imam Abdul Karim Al-Jili (dalam buku Al-Insan Al-Kamil, Al-Isfar, Qoba Al-Qausain dan sebagainya), Imam Abdul Ghani An-Nabulusi (dalam buku Khamratul Khan, Fath Al-Rahman, Idhohul Maqsud, Kitab Al-Wujud dan sebagainya) , Imam Ibn 'Atho'illah As-Sakandari (dalam buku Hatk Al-Astar), Imam Abdul Wahab As-Sya'rani (dalam buku Al-Kibrit Al-Ahmar dll) dan seterusnya dikembangkan oleh para ulama' muhaqqiqin di Nusantara.
Memang benar, sebagaimana yg dibahaskan secara jelas oleh Imam Abdul Ghani An-Nabulusi dlm kitabnya "Al-Wujud" setebal hampir 300 m/s, yg hanya membahaskn tntng "sifat wujud" itu sendiri, adanya perselisihan pendapat dan pandangan sesama para ulama' mengenai "wujud" itu sendiri, hatta sesama para ahli sufi yg menghuraikan ilmu tauhid jenis ini juga, namun perbezaan itu adalah berkait rapat dengan pandangan atau penghayatan mereka daripada sebahagian sudut yg Allah s.w.t. bukakan kpd mrk, yg tidak saling "bercanggah" pun antara satu dengan yg lain jika dihayati dengan syuhud yang sempurna.
Perbahasan tentang "wujud" itu hal bagi zat Allah, atau 'ain Allah itu sendiri, atau sifat iktibari bgi Allah dll adalah perbahasan sesama ulama' yg kembali kepada maksud mereka terhadap istilah-istilah yg mereka gunakan itu sendiri.
Kalau kita teliti perbahasan mrk, hanya yg membezakan mrk adalah "kefahaman" mrk tentang "lafaz-lafaz" yg mereka gunakan, padahal penyaksian mrk adalah sama dari sudut yg utama, walaupun berbeza dari sudut kepelbagaian. Oleh yg demikian, kalau seseorang lihat takrif setiap para ulama' yg berselisih dalam perbahasan wujud Allah, ia bermula daripada perbezaan mrk mntakrifkan setiap istilah yg mereka gunakan itu sendiri.
Apa yg penting adalah, harapan kita agar Allah s.w.t. memberi kesempatan kepada kita dengan limpah anugerahNya utk diterima oleh Allah s.w.t. dengan menyempurnakan kehambaan kita kepadaNya, di sisiNya, keranaNya dan denganNya. Itulah kemuncak cita-cita kekasih agung kita iaitulah Saidina Rasulullah s.a.w. dalam setiap doa Baginda s.a.w..
Wallahu a'lam..

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat