Sifat Wujud Allah

Wujud itu sifat nafsiah-ertinya wajib bagi Allah Taala itu bersifat wujudnya dengan zatnya yang menafikan ‘adam sabiq(didahului oleh tiada) dan ‘adam lahiq(diikuti oleh tiada) dam ‘adam mustamir(tiada yang berterusan)

Jikalau ditanyai orang akan dikau apa erti wujud?Jawab olehmu iaitu barang yang tiada dikenal zat melainkan dengan wujud.

Dalil aqli ada Allah Taala ialah ada alam(makhluk) ini.Adanya makhluk ini tanda baharunya dan baharu makhluk ini menjadikan dalil atas adanya Allah kerana tiap2 yang kena jadi tak dapat tidak mesti ada yang menjadikannya.

Dalil naqli firman Allah dalam surah Sajdah ayat 4: “Bermula Allah yang menjadikan petala langit dan bumi dan barang yang di antara keduanya”.

Wujud terbahagi kepada 2:

1)Wujud zati-iaitu wujud Allah Taala yang Maha Esa-bererti adanya Allah bagi zatnya tidak dikeranakan dengan suatu kerana.Dan adanya wajib bagi zatnya pada azali lagi tidak didahului oleh tiada dan tidak diikuti oleh tiada.

2)Wujud bukan zati-iaitu wujud makhluk ini diperbuat oleh Allah.Wujud ini dikeranakan dengan suatu kerana dan diqaidkan dengan masa dan tempat.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat