Sifat Qidam dan Baqa' Allah

Qidam itu menafikan ‘adam yang mendahulu atas wujud atau tiada permulaan atas wujudNya atau tiada yang memulai di dalam wujudNya.Maka maknanya yang tiga itu bersamaan jua.

Dan erti Baqa’ itu menafikan ‘adam lahiq yakni tiada hubung oleh tiada.Maka inilah makna yang terlebih sah dan kata setengah ulama sifat yang hakikiah dan maknawiyah.Dan kata setengah ulama keduanya itu sifat salbiah namanya.Maka qaul yang akhir itu muktamad.

Syahdan- Kata Syeikh dalam kitab tahzib-“Dan makna Qidam itu terbahagi atas 3 bahagi.Pertama qidam zati namanya.Kedua qidam zamani dan ketiga qidam idhafi.

Erti qidam zati itu iaitu manifestasi daripada wujud yang tiada dahulu lainnya serta tiada tersanad bagi lainnya.Maka iaitu qidam zati namanya.Ertinya zat Allah itu qadim zati namanya.

Erti qidam zamani itu maka iaitu manifestasi daripada barang suatu yang tersandar bagi lainnya serta tiada dahulu oleh ‘adam.Yakni tiada sifat Allah itu qadim zamani namanya kerana tiada dahulu oleh ‘adam serta tersandar bagi zatnya.Dan jangan engkau namai qidam zamani itu ada antara dalam wujudnya zat dan sifat kerana bahawasanya demikian itu mustahil kepada Allah subhanahu wataala.Kerana bahawasanya dalam iktikad kita wujud sifat dan zat itu bersamaan dan ada antaranya tetapi wujud tersandar zat maka dinamai sifat itu qadim zamani.Maka engkau yakinkanlah perkataan itu kerana bahawasanya banyaklah orang yang sesat di dalam kata itu daripada orang yang ahli martabat tujuh yang tiada ditunjuk oleh Allah Taala akan dia kepada jalan yang betul dengan berdapat guru yang mursyid lagi zahid lagi berpegang kepada ahli sunnah wal jamaah.Faham!

Erti qidam idhafi itu iaitu manifestasi daripada lama wujudnya maka iaitu mustahil kepada Allah Taala dan demikian lagi mustahil kepada Allah Taala pula baqa’ idhafi iaitu racan daripada kekal barang suatu di dalam dua zaman.

Dalil qidam:Sekiranya Allah tak bersifat qidam sudah tentu Ia baharu.Kalau ia baharu sudah tentu memerlukan kepada pencipta.Kalau Ia memerlukan pencipta sudah tentulah penciptanya berhajat pula kepada pencipta yang lainMaka berlakulah Daur atau tasalsul.Kedua2 ini adalah mustahil.Natijahnya memerlukanNya kepada pencipta adalah mustahil.Begitu juga mustahil Ia bersifat baharu.Begitu juga kata2 yang mengatakan Ia tidak bersifat qidam adalh mustahil.Natijahnya Allah bersifat qidam.

Dalil Naqli pula firmanNya dalam surah al-Hadid:ayat 2: “Dialah(Allah) yang awal dan Dialah yang akhir.

Dalil baqa’ pula sekiranya harus bagi Allah bersifat tiada nescaya mustahil Ia bersifat qidam.Telah diterangkan sebelum ini Allah wajib bersifat qidamDalil naqli pula surah ar-Rahman:26-27: “Tiap2 suatu yang wujud di atas muka bumi ini binasa.Dan berkekalan zat Tuhanmu (Ya Muhammad) yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat