Posts

Showing posts from May, 2009

Kelebihan ilmu

Firman Allah taala yang bermaksud:”Mengangkatkan Allah taala akan mereka yang percaya dengan Allah taala daripada kamu dan mereka yang diberi akan dia ilmu akan beberapa pangkat yang tinggi”. Al-Mujadalah:11 Kata Sayyidina Abdullah bin Abbas radhiyallahu anhuma:”Bagi ulama itu ada beberapa pangkat di atas pangkat mukminin lainnya dengan 700 pangkat,yang antara tiap-tiap dua pangkat itu perjalanan 500 tahun” Dan firman Allah taala yang bermaksud:”Hanyasanya yang takut akan Allah taala itu daripada hambaNya itu iaitu ulama”.(Fatir:28) Sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam:”Segala ulama itu mempusakai mereka itu akan Anbia”.(riwayat Abu Daud,at-Tirmizi dan Ibnu Hibban). Dan sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam:” Yang terlebih afdhal daripada sekalian manusia itu iaitu orang mukmin yang alim.Jika dikehendaki orang kepadanya nescaya member manfaat ia akan dia.Dan jika dikayakan daripadanya(tidak diperlukan)nescaya mengkayakan ia akan dirinya”.(riwayat al-Baihaqi). Dan sabda Nabi shalla
ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT PENJELASAN AKIDAH ISLAM "ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT" OLEH DR. SYEIKH SALEEM 'ALWAN AL-HASANIY (SEORANG ULAMA BERKETURUNAN RASULULLAH) DITERJEMAH OLEH USTAZ RASYIQ ALWI http://www.ustaz-rasyiq.blogspot.com/ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Alhamdulillah Tuhan Sekalian alam. Alhamdulillah telah memberi hidayah kepada kita semua, jika bukan dengan pemberian hidayah Allah kepada kita, kita semua tidak akan mendapat hidayah kecuali Allah menetapkan hidayah kepada kita. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad Rasulullah,ahli keluarga baginda, para sahabat dan pengikut baginda. Maka disini Kami katakan: Wahai seluruh umat Islam! Ketahuilah sesungguhnya kepercayaan bahawa "Allah ta'ala wujud tanpa bertempat" merupakan akidah junjungan besar kita Nabi Muhammad, para sahabat, ahlil bait baginda dan semua yang mengikut mereka dengan kebaikan. ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT. Ini kerana Allah ta'ala tidak me

Ilmu Yang Memberi Manfaat dan Kelebihannya.

Kata Imam al-Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah:”Dan ilmu yang member manfaat itu iaitu barang yang menambah takutmu akan Allah taala dan menambah pula di dalam penglihatan hatimu dengan kecelaan dirimu dan menambah pula di dalam pengenalanmu akan ibadah kepada Tuhanmu yang Maha Mulia dan yang Maha Tinggi.Dan mengurangkan akan gemarmu kepada dunia dan menambah gemarmu kepada akhirat.Dan membukakan ia akan mata hatimu dengan yang membinasakan akan amalmu hingga engkau memelihara diri daripadanya dan melihatkan ia akan dikau atas tipu syaitan dan perdayanya” Kata setengah Arifin BILLAH:”Barangsiapa tiada baginya daripada ilmu kaum ini,yakni ilmu tasawuf nescaya ditakuti atasnya su’ul khatimah yakni mati di dalam maksiat”. Kata Syeikh Abu Hasan asy-Syazili:”Barangsiapa tiada masuk lagi tiada mahir di dalam ilmu ini,yakni ilmu tasawuf nescaya mati ia padahal ia mengekali atas beberapa dosa yang besar padahal ia tiada mengetahui akan yang demikian itu”. Kata Syekh Ibni Abbad dalam syarah

Bolehkah Mengkafirkan Orang Islam

AKhir2 ini semakin banyak ustaz yang begitu mudah menghukum orang lain sesat, bid'ah dan kafir.Apa pendirian kita terhadap perkara ini? Untuk menjawab soalan ni, perlu diingatkan kebanyakan manusia salah faham dalam dalam memahami sebab2 yang menyebabkan seseorang keluar daripada Islam dan jadi kafir.Ada yang sampai menjatuhkan hukum kafir ke atas orang Islam kerana perbezaan pendapat sehingga tiada lagi orang Islam atas muka bumi melainkan sedikit. Berkata al-Allamah al-Imam as-Sayyid Ahmad al-Haddad:"Telah berlaku ijmak menegah mengkafirkan ahlul qiblat kecuali menafikan adanya Maha Pencipta lagi Maha Pekuasa atau syirik jali yang tak dapat ditakwil atau mengingkari kenabian Rasul,atau ingkar sesuatu yang diketahui dalam agama secara dharurah atau ingkar perkara mutawatir atau ingkar ijmak ulama. Diriwayatkan daripada Imam Malik,"Sesiapa yang timbul darinya 99 ihtimal(kebarangkalian) kufur dan satu ihtimal iman maka diihtimalkan dirinya beriman. Sayyidina Ali r.

Penjelasan tentang Asya'irah

Mungkin ada di antara kita yang pernah mengikuti pengajian terdengar ustaz berkata; “Asya’irah adalah sesat dengan amalan-amalan yang mensyirikkan Allah.Mungkin ada yang bertanya kenapa dikatakan sesat sedangkan mempunyai ramai pengikut?Apa dia Asya’irah?Siapa pengasasnya dan ada atau tidak pengikut Asyairah di Malaysia? Asyairah adalah mazhab dalam ilmu akidah atau ilmu tauhid.Ia adalah mazhab terkenal,diikuti dan diamalkan di seliruh dunia oleh masyarakat Islam Sunni daripada dahulu hingga sekarang.Asyairah adalah nama yang dipadankan dengan nama pengasas mazhab iaitu Abu Hassan Ali al-Asy’ari(260-324H). Lalu dinamakan mazhab Asy’irah yang juga dikenali dengan mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Di Malaysia dan Asia Tenggara,hamper keseluruhan berpegang kepada mazhab Asyairah atau Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Adapun tuduhan yang mengatakan Asyairah ajaran sesat antaranya adalah mengenai ayat-ayat sifat iaitu ayat-ayat yang menyentuh tentang sifat-sifat Allah.Dalam Quran terdapat ayat yang men