Penjelasan tentang Asya'irah

Mungkin ada di antara kita yang pernah mengikuti pengajian terdengar ustaz berkata; “Asya’irah adalah sesat dengan amalan-amalan yang mensyirikkan Allah.Mungkin ada yang bertanya kenapa dikatakan sesat sedangkan mempunyai ramai pengikut?Apa dia Asya’irah?Siapa pengasasnya dan ada atau tidak pengikut Asyairah di Malaysia?

Asyairah adalah mazhab dalam ilmu akidah atau ilmu tauhid.Ia adalah mazhab terkenal,diikuti dan diamalkan di seliruh dunia oleh masyarakat Islam Sunni daripada dahulu hingga sekarang.Asyairah adalah nama yang dipadankan dengan nama pengasas mazhab iaitu Abu Hassan Ali al-Asy’ari(260-324H). Lalu dinamakan mazhab Asy’irah yang juga dikenali dengan mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Di Malaysia dan Asia Tenggara,hamper keseluruhan berpegang kepada mazhab Asyairah atau Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Adapun tuduhan yang mengatakan Asyairah ajaran sesat antaranya adalah mengenai ayat-ayat sifat iaitu ayat-ayat yang menyentuh tentang sifat-sifat Allah.Dalam Quran terdapat ayat yang menyebut secara khusus ‘tangan Allah’,’muka Allah’,manakala ada hadis yang menyebut ‘Allah turun ke langit bumi’dan sebagainya.

Dalam perbahasan ayat-ayat seumpama ini,mazhab Asyairah atau Ahlus Sunnah berpegang kepada takwil iaitu mengkiaskan sifat-sifat Allah tersebut dengan makna yang layak baginya tanpa mengurang sedikit pun kesempurnaan Allah dan tidak boleh dikatakan sebagai mensyirikkan Allah.Contohnya ayat “tangan Allah berada di atas tangan mereka” ditafsirkan kekuasaan Allah mengatasi kekuasaan manusia. Jika ayat “semua alam ini akan binasa,yang tinggal ialah muka Allah yang Maha Mulia” ditakwilkan muka itu dengan Zat Allah.

Elok disebutkan bahawa pengasas mazhab Asyairah ini adalah ulama besar yang telah mengarang kira-kira 300 judul kitab-kitab agama yang tinggi nilai yang kebanyakannya dalam ilmu akidah.Yang menjadi pengikut kepada mazhab ini adalah majoriti umat Islam termasuk ulama-ulama ulung yang diketahui kewarakan dan keilmuan mereka dalam bidang masing-masing.

Ada antaranya adalah ulama besar dalam ilmu tafsir seperti Imam al-Qurtubi,Imam Fakhruddin ar-Razi, Imam an-Nasafi,Imam Ibnul Jauzi dan banyak lagi.Dalam ilmu hadis terdapat Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani,Imam al-Hafiz al-Baihaqi,Imam Nawawi dan sebagainya.Dalam bidang fiqh terdapat ulama besar Imam Ibnu Hajar al-Haitami,Imam Zakaria al-Ansori,Imam asy-Syarbili dan yang lain.Banyak lagi ulama yang masyhur seperti Imam al-Haramain al-Juwaini,Imam Abu Bakr al-Baqilani,Imam al-Qastalani dan seluruh ulama lain.

Oleh yang demikian,patutkah mazhab yang sebegini begitu mudah dikatakan sesat dan syirik.Ia hanya dakwaan yang lebih banyak mendatangkan perpecahan dan fitnah daripada kebaikan.Apakah tidak patut dijadikan perpaduan ummah itu sebagai suatu kemestian.Kita hanya menjelaskan apa yang kita pegang sahaja.Jangan sesekali mempertikaikan apa yang orang lain lakukan.

Diolah daripada tulisan Dato’ Dr Haron Din dalam akhbar Harakah.

Comments

Tidak ada satu kalangan ulama Asya'irah mentakwil ayat Tangan ALLAH di atas tangan-tangan mereka denga kekuasaan ALLAH di atas kekuasaan mereka melainkan
Mu'tazilah, Asya'irah menyatakan konteks ayat adalah aayat bai'ah peristiwa Bai'ah Ridhwan. Mohon perbetulkan, sekiranya ada sumber jelaskan.

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam