Bolehkah Mengkafirkan Orang Islam
AKhir2 ini semakin banyak ustaz yang begitu mudah menghukum orang lain sesat, bid'ah dan kafir.Apa pendirian kita terhadap perkara ini?
Untuk menjawab soalan ni, perlu diingatkan kebanyakan manusia salah faham dalam dalam memahami sebab2 yang menyebabkan seseorang keluar daripada Islam dan jadi kafir.Ada yang sampai menjatuhkan hukum kafir ke atas orang Islam kerana perbezaan pendapat sehingga tiada lagi orang Islam atas muka bumi melainkan sedikit.
Berkata al-Allamah al-Imam as-Sayyid Ahmad al-Haddad:"Telah berlaku ijmak menegah mengkafirkan ahlul qiblat kecuali menafikan adanya Maha Pencipta lagi Maha Pekuasa atau syirik jali yang tak dapat ditakwil atau mengingkari kenabian Rasul,atau ingkar sesuatu yang diketahui dalam agama secara dharurah atau ingkar perkara mutawatir atau ingkar ijmak ulama.
Diriwayatkan daripada Imam Malik,"Sesiapa yang timbul darinya 99 ihtimal(kebarangkalian) kufur dan satu ihtimal iman maka diihtimalkan dirinya beriman.
Sayyidina Ali r.a tentang kumpulan yang menentangnya adakah mereka ini kafir?Beliau menjawab "Tidak."Kemudian ditanya Adakah mereka ini Munafiq?"Jawab beliau "Tidak,orang munafiq tidak mengingati Allah melainkan sedikit.Mereka ini banyak berzikir kepada Allah"Lalu ditanya "Golongan manakah mereka?Jawab Sayyidina Ali:"Satu kaum yang terkena fitnah maka mereka buta dan tuli".
Comments