Posts

Showing posts from June, 2014

Nukilan Perasaan Isu Coklat dan Tariqat - Tiada Yang Maksum Melainkan Nabi SAW

Image
Merujuk kepada perbalahan masyarakat akhir2 ini tentang isu Cadbury, DNA babi, tariqat sesat dan sebagainya, saya teringat kepada prinsip keenam dalam usul isyrin Imam Hasan al-Banna yang bermaksud: "Pandangan (kata2) setiap orang boleh diterima dan ditolak kecuali Nabi SAW yang maksum.Setiap apa yang datang daripada para salafus soleh, yang selari dengan kitab dan sunnah adalah diterima.Jika tidak maka Kitab dan Sunnah adalah lebih utama untuk diikuti.Kita tidak menyarankan sebarang kecaman kepada peribadi tertentu pada masalah yang diperselisihkan.Terserah kepada niat mereka, apa yang mereka lakukan telah pun berlalu." Hanya Rasulullah SAW yang maksum kerana Baginda adalah penunjuk ke jalan yang lurus yang disokong oleh wahyu.Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Dan tidaklah ia bercakap menurut hawa nafsu semata2.Dia tidak bercakap melainkan mengikut wahyu yang diwahyukan. (surah an-Najm: ayat 3-4 ) Manakala yang selain daripada Rasulullah SAW, maka co

Cara Penentuan Awal Ramadhan dan Hari Raya Puasa

Image
Adapun penentuan tarikh awal Ramadhan dan awal Syawal yang muktamad dalam mazhab Syafii adalah melalui Rukyah ( tengok anak bulan ).Namun ada ulama yang membolehkan guna hisab (berdasarkan ilmu falak). Jika di Malaysia kita menggunakan rukyah dan hisab secara serentak..... Mengenai perbezaan tarikh mula puasa antara satu negeri dengan negeri yang lain, ulama kita dulu sama ada di Tanah Arab mahupun di Tanah Melayu.Ulama membincangkan perkara ini dalam fasal ikhtilaf matoli' (perbezaan tempat muncul@peredaran matahari dan bulan). Jika satu negeri melihat satu haribulan Ramadhan dan satu negeri tiada melihat bulan malam itu, maka wajib ahli negeri yang tiada melihat bulan ikut puasa negeri yang melihat bulan dengan syarat jika tiada bersalahan matoli' antara kedua2 negeri itu. Bermula yang jadi bersalahan matoli' itu jauh antara dua negeri itu sekurang2nya 24 farsakh iaitu tiga marhalah atau 84 batu Malaysia (cuba kira berapa KM? ).Jika kurang daripada 84 batu

Politik Sufi Yang Murni

Image
OKTOBR 1987, RABI’UL AWWAL 1408. MAJALAH AL MUNIR BASMALAH WALHAMDALAH SEKARANG KITA SEDANG HIDUP DI SATU ZAMAN yang mana orang lebih suka diikut dari mengikut. Ertinya ramai manusia berbangga dengan kebolehan dan kehebatan masing-masing tanpa mahu mengalah pada pendapat orang lain. Sebenarnya inilah punca segala pertelagahan yang sedang berlaku sekarang. Sikap percaya-mempercayai di kalangan sesama manusia telah runtuh dilanda penyakit gila mahu jadi pemimpin. Matlamat pemimpin-pemimpin palsu ini ialah kemewahan. Menjadi pemimpin membolehkan seseorang mendapat kuasa dan kuasa inilah nanti digunakan sebagai alat pencapai maksud nafsu yang tidak mengenal batas. Dan selagi dunia diterajui oleh orang yang tidak dapat mengawal nafsunya, selagi itulah kekacauan akan terus berlaku. Tegasnya menyerah kepimpinan kepada orang yang cinta dunia dan mempunyai nafsu besar, samalah seperti menyerahkan setandan pisang kepada sekumpulan beruk untuk dikawal. Rasanya dekad inil

Politik Islam Yang Kuharapkan

Image
Politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, justeru ia adalah sebahagian daripada cara hidup manusia.  Namun politik yang bagaimana?  Ini yang menjadi persoalan.  Sebahagian daripada pejuang Islam sendiri kabur dengan makna dan kehendak politik sebenarnya.  Mereka terikut-ikut dengan aliran politik barat dan mengharapkan Islam dapat ditegakkan dengan cara itu.  Malah mereka marah jika ada pejuang Islam lain yang tidak mahu terjebak dengan perangkap musuh-musuh Islam melalui bidang politik tajaan orang-orang kafir. Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan umat Islam tidak pernah didedahkan kepada  satu bentuk politik yang bersih, kuat dan stratejik.  Kini sudah tiba masanya kita mendedahkan apa itu politik Rasulullah dan bagaimana matlamat serta perlaksanaannya.  Jarang benar ketokohan Rasulullah SAW ditonjolkan dalam bentuk bagaimana  baginda berpolitik untuk menaikkan Islam di tengah jahiliah.  Bagaimana ia  memproses peribadi-peribadi yang dulunya menentang Islam?  Ke arah cinta da