Cara Penentuan Awal Ramadhan dan Hari Raya Puasa

Adapun penentuan tarikh awal Ramadhan dan awal Syawal yang muktamad dalam mazhab Syafii adalah melalui Rukyah ( tengok anak bulan ).Namun ada ulama yang membolehkan guna hisab (berdasarkan ilmu falak). Jika di Malaysia kita menggunakan rukyah dan hisab secara serentak.....

Mengenai perbezaan tarikh mula puasa antara satu negeri dengan negeri yang lain, ulama kita dulu sama ada di Tanah Arab mahupun di Tanah Melayu.Ulama membincangkan perkara ini dalam fasal ikhtilaf matoli' (perbezaan tempat muncul@peredaran matahari dan bulan).

Jika satu negeri melihat satu haribulan Ramadhan dan satu negeri tiada melihat bulan malam itu, maka wajib ahli negeri yang tiada melihat bulan ikut puasa negeri yang melihat bulan dengan syarat jika tiada bersalahan matoli' antara kedua2 negeri itu.

Bermula yang jadi bersalahan matoli' itu jauh antara dua negeri itu sekurang2nya 24 farsakh iaitu tiga marhalah atau 84 batu Malaysia (cuba kira berapa KM? ).Jika kurang daripada 84 batu Malaysia, maka tiada bersalahan matoli' antara dua negeri itu.

Dan kata Syeikh Muhammad Tohir Jalaluddin; bermula dari Singapura sampai Bangkok itu satu Matoli'.Untuk kawasan selain ini, tiada hamba ketahui manakah satu Matoli' bagi kawasan Nusantara kita ini.Boleh rujuk kepada ulama kita.Wallahu a'lam.

Jika pergi seorang yang puasa daripada negeri yang melihat bulan kepada negeri yang tiada melihat bulan lagi bersalahan matoli' kedua2 negeri itu, maka wajiblah atasnya muafaqat akan mereka itu pada puasa akhir bulan mereka itu(penduduk setempat). Dan jikalau ia sudah cukup puasanya 30 sekalipun, tiada harus ia raya.Hanya wajib ia puasa lagi kerana sudah ia berpindah kepada mereka itu.Maka jadi ia jumlah daripada mereka itu.

Seperti orang yang datang daripada Mekah ke Malaysia sama ada ia orang Mekah atau orang Malaysia yang balik ke Malaysia.Dan orang Mekah puasa hari Selasa dan orang Malaysia puasa hari Rabu.Maka wajib ia puasa lagi turut orang di Malaysia.Maka tiada harus ia raya dahulu daripada raya orang Malaysia dan jikalau ia sudah cukup puasanya 30 hari sekalipun.Maka jadilah puasanya 31 hari.

Adapun jika pergi seorang daripada negeri yang tiada melihat bulan kepada negeri yang melihat bulan yang bersalahan matoli' kedua2 negeri itu, maka wajiblah orang yang pergi ke negeri itu muwafaqat akan orang yang negeri melihat bulan pada raya orang negeri melihat bulan itu.

Seperti orang Malaysia puasa hari Rabu dan orang Mekah puasa hari Selasa.Maka wajib orang Malaysia yang pergi ke negeri Mekah itu turut raya orang Mekah.Dan jikalau orang Malaysia yang pergi ke Mekah itu baru ada puasanya 29 hari sekalipun wajib ia raya dan tiada wajib qadha.Tetapi jikalau orang Malaysia yang pergi ke Mekah itu baru ada puasanya 28 hari, maka wajib ia qadha puasanya sehari kerana bulan Qamariah tidak ada 28 sebulannya.

Kata Hamba; Adapun penentuan awal puasa dan raya di Asia Tenggara, para ulama dan pemimpin Islam wajar berbincang untuk selaraskan puasa di tempat yang sama matoli'.Zaman sekarang ini yang canggih teknologi dan alat perhubungan, tiada masalah bagi seragamkan awal Ramadhan dan Syawal bagi negara2 yang berdekatan seperti Singapura, Malaysia dan Thailand.Malah di kawasan yang sama seperti di Indonesia pun saya difahamkan berlaku perselisihan pendapat dalam nak menentukan tarikh awal Ramadhan dan Raya Aidil Fitri.Moga digabungkan idea daripada ulama, ahli falak, ahli geografi dapat duduk semeja dengan para pemimpin Islam untuk selesaikan masalah ini.

Sekian dari Hamba Allah ini.
Rujukan Utama: Kitab Sullamus Sibyan karya al-Allamah Haji Chik bin Ahmad al-Qadahy...  

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat