Nukilan Perasaan Isu Coklat dan Tariqat - Tiada Yang Maksum Melainkan Nabi SAW

Merujuk kepada perbalahan masyarakat akhir2 ini tentang isu Cadbury, DNA babi, tariqat sesat dan sebagainya, saya teringat kepada prinsip keenam dalam usul isyrin Imam Hasan al-Banna yang bermaksud:

"Pandangan (kata2) setiap orang boleh diterima dan ditolak kecuali Nabi SAW yang maksum.Setiap apa yang datang daripada para salafus soleh, yang selari dengan kitab dan sunnah adalah diterima.Jika tidak maka Kitab dan Sunnah adalah lebih utama untuk diikuti.Kita tidak menyarankan sebarang kecaman kepada peribadi tertentu pada masalah yang diperselisihkan.Terserah kepada niat mereka, apa yang mereka lakukan telah pun berlalu."

Hanya Rasulullah SAW yang maksum kerana Baginda adalah penunjuk ke jalan yang lurus yang disokong oleh wahyu.Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Dan tidaklah ia bercakap menurut hawa nafsu semata2.Dia tidak bercakap melainkan mengikut wahyu yang diwahyukan. (surah an-Najm: ayat 3-4 )

Manakala yang selain daripada Rasulullah SAW, maka contohnya di kalangan ulama, adakalanya mereka tersilap dan adakalanya betul, meskipun kita mengakui ketinggian dan kemuliaan mereka.Ini semua tidaklah menjadi satu kehinaan kepada mereka kerana Allah tidak menjamin sesiapa pun maksum selain daripada Rasulullah SAW dan itu semua adalah SUNNATULLAH.

Inilah satu hakikat yang diharapkan ia dapat difahami dengan jelas di hati kaum muslimin dan inilah satu hakikat yang telah ditunjukkan oleh para ulama.Imam Malik pernah berkata: "Setiap manusia itu pendapatnya kemungkinan diterima dan ditolak, kecuali Rasulullah SAW."

Para ulama adalah pewaris Nabi.Setiap umat, para ulamanya adalah yang paling jahat di kalangan mereka.Melainkan umat Nabi Muhammad SAW, para ulamanya adalah yang paling baik di kalangan mereka.(walaupun ada segelintir ulama su', bukan tugas kita untuk menilai manakah ulama su'). Justeru, kita wajib menghormati mereka dan beradab dengannya.

Perselisihan pandangan pada masalah ijtihadiyyah menurut fiqh Islam tidak sepatutnya menjadi alasan untuk mencerca, merendah2kan imej mereka dan sangsi terhadap apa tersemat di hati mereka.

Inilah dia adab Islam dan neraca yang adil, yang dengannya hati manusia boleh menjadi jinak dan menjernihkan jiwa.Sementara bertengkar, mencerca dan menghina serta meragui niat2 mereka akan membawa kepada perpecahan dan permusuhan.Ini bukanlah dari agama Islam.

Khusus berkaitan dengan DNA babi yang dikatakan halal untuk dimakan oleh sebahagian tokoh terkemuka, saya mengambil pendirian untuk tidak bersetuju dengan perkara tersebut dan berpegang dengan pandangan yang lebih jelas, yakni makanan dan minuman yang ada unsur babi dan alkohol walaupun sedikit tetap haram.Ada pula suara yang mempertikaikan pandangan yang tak selari dengan tokoh berkenaan dengan membandingkan ijazah dan ketokohan tokoh hebat tersebut dengan tokoh yang tidak bersetuju yang pada pandangan mereka lekeh.Bagi saya ijazah bukan segala-galanya.Saya pernah berjumpa dengan Syeikh di Mesir yang hanya ada ijazah BA al-Azhar tetapi menjadi rujukan kepada mereka yang mengambil PHD.

Berkenaan dengan isu salah satu cabang tariqat Naqsyabandiyah yang dikatakan sesat, saya berharap semua pihak dapat bersabar dan tidak menyalahkan mana2 pihak.Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera.Saya sendiri kenal dengan peribadi syeikh Tariqat tersebut dan mereka adalah saudara saya dari cabang Naqsyabandiyah ( mungkin sanad mereka bertemu dengan sanad guru saya pada Sayyid Ahmad al-Faruqi atau mungkin pada Sayyid Dhiyauddin Muhammad Khalid al-Baghdadi - wallahu a'lam). Saya berharap agar usaha pihak tertentu untuk menghalang dakwah ulama sufi tidak akan berjaya.

Nukilan perasaan:
murid al-Marhum Dr Judah Muhammad Abu al-Yazid al-Mahdi.

Comments

Salam.
Mengikut maklumat yg ada kat al-fakir, sanad Sidi Maulana Syeikh Judah dan Sidi Maulana Syeikh Nazim bertemu kat Sidi Maulana Syeikh Khalid al-Baghdadi.Silsilah Sidi Syeikh Judah melalui Sidi Ahmad al-Arwadi at-Tarabulisi manakala silsilah Sidi Syeikh Nazim melalui Sidi Syeikh Ismail al-Anarani yang mana keduanya menerima daripada Sidi Maulana Syeikh Khalid.
Wallahualam.
refah00 said…
terima kasih wahai sahabat seperjuangan....

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat