Posts

Showing posts from August, 2011

Memakai cincin emas bercampur perak

Image
Memakai cincin emas bercampur itu ;-telah berkata Imam Nawawi r.a di dalam syarah Muslim: Maka iaitu haram ia atas lelaki dengan ijmak ulama.Dan begitu juga haram jikalau ada setengahnya emas dan setengahnya perak.Hingga berkata ashab kita(ulama mazhab Syafii) kalau adalah gerigi cincin itu daripada emas ataupun bersadur dengan sedikit emas maka iaitu haram jua, kerana umum hadis: عن عمران بن حصين أنه قال: نهى رسول الله صلى الله عليه و سلم عن التختم بالذهب. رواه الترمذي و قال حديث حسن Maksudnya: "Daripada Imron b Husoin ra bahasanya berkata ia telah menegah Rasulullah SAW daripada bercincin dengan emas"-hadis riwayat Imam Tirmizi. Adapun orang2 perempuan maka diharuskan bagi mereka itu memakai cincin emas dan sekelian pakaian daripada emas itu. Rujukan: Bahrul Mazi karya Syeikh Muhd Idris al-Marbawi

Masalah Zakat Fitrah

Image
Kata Imam Nawawi dalam syarah al-Muhazzab:- Bermula yang asoh(paling sohih) di sisi jumhur ulama tiada memadai zakat fitrah itu melainkan dengan sesuatu yang mengenyangkan pada ghalib itu negeri yang mengeluarkan fitrahnya.Maka setengah daripada ulama yang mentashihkan dia ialah al-Muhamili, al-Qadhi Abu at-Tayyib, al-Jarjani dalam at-Tahrir, al-Baghawi dll. Fitrah itu bolehkah dikeluarkan dengan harganya sahaja?al-Jawab:-telah berkata Imam Nawawi dalam al-Majmuk:-Tiada memadai dikeluarkan fitrah itu dengan harganya di sisi mazhab kita (Syafii). Maka dengan dialah berkata Imam Malik dan Imam Ahmad dan Ibnul Munzir.Dan kata Imam Abu Hanifah harus dikeluarkan dengan harga. Maka telah mehikayatkan oleh Ibnul Munzir daripada al-Hasan al-Basri dan Umar b Abd Aziz dan ats-Tsauri, katanya: Dan telah berkata Ishaq dan Abu Tsaur tiada memadai(dengan harga-tambahan pengulas) melainkan pada waktu dharurah. Ulasan: Jadi bagi kita yang berhati2, lebih baik keluarkan fitrah dengan beras sepe

Talfiq mazhab

Image
Soalan : Apakah hukum bertaqlid kepada seorang Imam dalam satu masalah dan kemudiannya bertaqlid kepada Imam lain dalam masalah yang lain pula? Jawapan : Inilah yang dinamakan talfiq. Sebahagian ulama membenarkannya dan sebahagian yang lain melarangnya. Pada pandangan saya. sekiranya talfiq ini bertujuan mencari hukum yang termudah dan yang bertepatan serta disukai oleh hawa nafsu tanpa mengira dalil, maka hukumnya adalah tidak harus. Para salaf telah berkata : "Orang yang mencari rukhsah(Keringanan) daripada mazhab-mazhab adalah fasiq." Sebagai contoh : Seseorang yang mengambil pendapat mazhab tertentu apabila kepentingannya terdapat di dalam pendapat tersebut seperti seorang lelaki mengambil pendapat Abu Hanifah yang mengatakan jiran mempunyai syuf'ah bagi membolehkannya memiliki rumah jiran sebelahnya. Tetapi jika pendapat mazhab tersebut mendatangkan maslahat kepada jirannya, dia akan mengambil pendapat sebaliknya iaitu jika dalam masalah yang sebaliknya. Dia b

SAY NO TO LA MAZHABIAH

Image
Sambung yang tadi.Ada la sorang mamat tu kata: “Senang je. Orang biasa tahu satu qaul dan amalkan satu qaul, tapi saya baca banyak buku, saya tahu ada banyak qaul dan saya ambil qaul yang paling rajih walaupun ... tidak dilakukan oleh kebanyakan orang Muslim di Malaysia. Bila orang pandang pelik, jadilah orang yang pelik itu wahabi. Orang pandai faham dan berlapang dada dengan perbezaan pendapat dan kepelbagaian pendapat dalam agama. Orang xpandai hanya tahu cakap "Wahabi " sahaja. Kena ikut mazhab Syafie je, tapi dia tak tahu bukan semua keadaan dia ikut Syafie. Ambil juga pendapat orang lain. ” Amboi, berlagaknya dia.Tanya balik mamat tu dia tau semua usul mazhab Syafii dan usul2 mazhab lain.Macam mana dia tau sesuatu qaul tu rajih?Macam mana nak rajihkan kalau ada 2 hadis yang bertentangan?Apa rukun dan syarat tarjih?Macam mana pula tarjih antara perawi:-hal perawi yang tua, faqih, terkemudian masuk Islam dll.Macam mana pula tarjih dari segi kekuatan dan ke

Solat witir dan niat puasa

Image
Setiap kali Ramadhan akan timbul persoalan mengenai solat witir dan niat puasa.Bolehkah witir dilakukan 2 kali pada satu malam?Bolehkan niat puasa Ramadhan sekaligus?Bolehkah niat puasa pada awal siang jika terlupa pada waktu malam. Berkenaan witir, ada 2 cara yang digariskan oleh ulama.Yang pertama dibatalkan witir pertama.Kaifiatnya batalkan witir pertama dengan solat satu rakaat serta salam dengan niat menggenapkan witir pertama tadi.Setelah salam lakukanlah tahajjud dan solat2 lain.Akhirnya lakukan solat witir sebagai penutup. Cara kedua, tak berhajat kepada membatalkan witir.Bahkan lakukanlah solat apa yang dikehendaki dan tak perlu melakukan witir buat kali kedua.Cara kedua ini lebih sohih mengikut mazhab Syafii. Bagi niat puasa pula, menurut mazhab Syafii, puasa yang wajib mesti diniatkan pada waktu malam(sebelum terbit fajar).Niat itu mestilah di dalam hati manakala lafaz niat hanya sunat sahaja.Wajib niat pada tiap2 malam.Tidak memadai niat sbulan sekaligus dan tidak memadai n