Memakai cincin emas bercampur perak


Memakai cincin emas bercampur itu ;-telah berkata Imam Nawawi r.a di dalam syarah Muslim: Maka iaitu haram ia atas lelaki dengan ijmak ulama.Dan begitu juga haram jikalau ada setengahnya emas dan setengahnya perak.Hingga berkata ashab kita(ulama mazhab Syafii) kalau adalah gerigi cincin itu daripada emas ataupun bersadur dengan sedikit emas maka iaitu haram jua, kerana umum hadis:

عن عمران بن حصين أنه قال: نهى رسول الله صلى الله عليه و سلم عن التختم بالذهب. رواه الترمذي و قال حديث حسن


Maksudnya: "Daripada Imron b Husoin ra bahasanya berkata ia telah menegah Rasulullah SAW daripada bercincin dengan emas"-hadis riwayat Imam Tirmizi.

Adapun orang2 perempuan maka diharuskan bagi mereka itu memakai cincin emas dan sekelian pakaian daripada emas itu.

Rujukan: Bahrul Mazi karya Syeikh Muhd Idris al-Marbawi

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat