Talfiq mazhab


Soalan : Apakah hukum bertaqlid kepada seorang Imam dalam satu masalah dan kemudiannya bertaqlid kepada Imam lain dalam masalah yang lain pula?

Jawapan : Inilah yang dinamakan talfiq. Sebahagian ulama membenarkannya dan sebahagian yang lain melarangnya. Pada pandangan saya. sekiranya talfiq ini bertujuan mencari hukum yang termudah dan yang bertepatan serta disukai oleh hawa nafsu tanpa mengira dalil, maka hukumnya adalah tidak harus. Para salaf telah berkata :
"Orang yang mencari rukhsah(Keringanan) daripada mazhab-mazhab adalah fasiq."

Sebagai contoh : Seseorang yang mengambil pendapat mazhab tertentu apabila kepentingannya terdapat di dalam pendapat tersebut seperti seorang lelaki mengambil pendapat Abu Hanifah yang mengatakan jiran mempunyai syuf'ah bagi membolehkannya memiliki rumah jiran sebelahnya. Tetapi jika pendapat mazhab tersebut mendatangkan maslahat kepada jirannya, dia akan mengambil pendapat sebaliknya iaitu jika dalam masalah yang sebaliknya.Dia berkata : " Aku mengambil pendapat Imam Syafi'ie dan aku menolak pendapat lainnya." Ini adalah kerana dia mengikut hawa nafsunya, mempermain-mainkan agama dan menjadikan mazhab-mazhab sebagai hamba kepada kepentingannya. Seorang Mukmin sepatutnya sentiasa bersama-sama kebenaran sama ada kebenaran itu baginya atau ke atasnya (zahirnya menguntung atau merugikannya). ALlah telah mencela kaum Munafiq di dalam firmannya yang berertii :
"Dan (dia antara orang-orang yang tidak dikehendakinya ke jalan yang lurus ialah mereka yang berkata :"Kami beriman kepada ALLah dan kepada RasulNya serta kami taat, kemudian segolongan dari mereka berpaling (membelakangkan perintah ALLah dan Rasul) Sesudah pengakuan itu dan (Kerana berpalingnya Tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman. Dan (Bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada kitab ALlah dan sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta segolongan dari mereka berpaling engkar (menolak ajakan itu kiranya keputusan tidak menguntungkan mereka). Dan (sebaliknya) jika keputusan itu mmeberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya denan tunduk dan ta'at (menerima hukumannya)"
(Surah An Nur : 47-19)Kaum ini mahukan kebenaran mengikut mereka, bukannya mereka mengikut kebenaran seperti yang dilakukan oleh Mukmin sebenar.Adapun sekiranya seseorang itu mengikut pendapat yang paling betul (rajih) pada pandangannya (dari segi dalil dan hujah) dan paling kuat pada penilaian hatinya, bolehlah dia mengikut pandangan Abu Hanifah yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan tidak membatalkan wuduk, pandangan Syafi'e yang mengatakan bahawa keluar darah tidak membatalkan wuduk dan pandangan Maliki yang mengatakan bahawa Air tidak akan najis melainkan apabila berubah warna, bau atau rasa, setelah dia merasa tenang dengan dalil-dalilnya. - (Tambahan dari admin : Orang yang sebegini sebenarnya telah mencapai satu taraf sebagai mujtahid tarjih. Imam as Syatibi menyatakan :Ia belum mencapai tingkat ijtihad tetapi mampu memahami dalil dan mampu melakukan tarjih. Untuk golongan ketiga ini, kita perlu melihat keadaannya. Bila berkemampuan tarjihnya dapat dianggap memenuhi syarat, bererti ia adalah mujtahid sebab hakikat mujtahid hanyalah mengikuti ilmu dan menganalisisnya. Jadi orang yang mampu melakukan tarjih dan dapat diterima hasil tarjihnya adalah seorang mujtahid.Akan tetapi, bila tarjihnya masih belum dapat diterima, keadaannya adalah sama dengan orang awam. Hal ini kerana orang awam mengikut mujtahid untuk mendapatkan kebenaran ilmu yang tidak mampu ia lakukan sendiri. Demikianlah halnya orang yang tarjihnya masih belum diterima . ( Al I'tisham, susunan Imam Asy Syatibi, jilid III, hlmn 250))Inilah fatwa saya. Semoga ALlah memudahkan kita untuk memahami agama-Nya. Sesiapa yang ALlah hendak berikan kebaikan akan diberi kefahaman dalam agama. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Rujukan : Feqh Mu'asaroh - Fatwa Masakini Jilid 5&6 - Dr Yusuf al Qardhawi

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat