Solat witir dan niat puasa


Setiap kali Ramadhan akan timbul persoalan mengenai solat witir dan niat puasa.Bolehkah witir dilakukan 2 kali pada satu malam?Bolehkan niat puasa Ramadhan sekaligus?Bolehkah niat puasa pada awal siang jika terlupa pada waktu malam.

Berkenaan witir, ada 2 cara yang digariskan oleh ulama.Yang pertama dibatalkan witir pertama.Kaifiatnya batalkan witir pertama dengan solat satu rakaat serta salam dengan niat menggenapkan witir pertama tadi.Setelah salam lakukanlah tahajjud dan solat2 lain.Akhirnya lakukan solat witir sebagai penutup.

Cara kedua, tak berhajat kepada membatalkan witir.Bahkan lakukanlah solat apa yang dikehendaki dan tak perlu melakukan witir buat kali kedua.Cara kedua ini lebih sohih mengikut mazhab Syafii.

Bagi niat puasa pula, menurut mazhab Syafii, puasa yang wajib mesti diniatkan pada waktu malam(sebelum terbit fajar).Niat itu mestilah di dalam hati manakala lafaz niat hanya sunat sahaja.Wajib niat pada tiap2 malam.Tidak memadai niat sbulan sekaligus dan tidak memadai niat setelah terbit fajar.

Tetapi boleh menurut mazhab Maliki niat puasa sebulan sekaligus bagi malam2 yang kita lupa untuk berniat.Begitu juga menurut mazhab Hanafi boleh berniat pada awal siang sekiranya terlupa berniat puasa pada waktu malam.

Maka boleh kita bertaqlid kepada mazhab Maliki dan Hanafi dalam masalah di atas.Sekiranya kita tak bertaqlid maka tidak sah puasa kita.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat