Masalah Zakat Fitrah


Kata Imam Nawawi dalam syarah al-Muhazzab:- Bermula yang asoh(paling sohih) di sisi jumhur ulama tiada memadai zakat fitrah itu melainkan dengan sesuatu yang mengenyangkan pada ghalib itu negeri yang mengeluarkan fitrahnya.Maka setengah daripada ulama yang mentashihkan dia ialah al-Muhamili, al-Qadhi Abu at-Tayyib, al-Jarjani dalam at-Tahrir, al-Baghawi dll.

Fitrah itu bolehkah dikeluarkan dengan harganya sahaja?al-Jawab:-telah berkata Imam Nawawi dalam al-Majmuk:-Tiada memadai dikeluarkan fitrah itu dengan harganya di sisi mazhab kita (Syafii). Maka dengan dialah berkata Imam Malik dan Imam Ahmad dan Ibnul Munzir.Dan kata Imam Abu Hanifah harus dikeluarkan dengan harga. Maka telah mehikayatkan oleh Ibnul Munzir daripada al-Hasan al-Basri dan Umar b Abd Aziz dan ats-Tsauri, katanya: Dan telah berkata Ishaq dan Abu Tsaur tiada memadai(dengan harga-tambahan pengulas) melainkan pada waktu dharurah.

Ulasan: Jadi bagi kita yang berhati2, lebih baik keluarkan fitrah dengan beras sepertimana dalam Mazhab Syafii.Bagi sesiapa yang nak mengeluarkan dengan harga, hendaklah niat bertaqlid menurut mazhab Imam Abu Hanifah.Hal ini adalah pendapat tokoh ulama terkemuka Kedah, Tuan Guru Hj Salleh Musa.Jangan main2 bab ibadah.Kalau dalam akad nikah kita jaga sampai ada 4-5 kali akad nak betul, kenapa dalam fitrah kita buat sambil lewa.Apatah lagi bayar melalui sms.Jangan sesekali bayar fitrah melalui sms.

Rujukan: Bahrul Mazi karya Syeikh Muhd Idris al-Marbawi.

Diolah dan diulas oleh: Mohd Amir Md Azmi,
4:17 petang 23 Ramadhan 1432H

Comments

Arai Zdin said…
dah baca, kesimpulannya ustaz menyatakan perlu ikut syafie iaitu bayar dgn perkara yang mengenyangkan. maksudnya salah bagi kita rakyat msia mengaku syafie membayar zakat dgn nilai..

satu lagi, perbandingan antara akad nikah dgn akad zakat fitrah rasanya perbandingan kurang sesuai, dlm rukun nikah disyaratkan ijab dan qabul, tp tidak dinyatakan rukun zakat fitrah ada ijab dan qabul.sbb tu org selalu berkali2 akad dlm bab nikah walaupun kdg2 tak perlu banding zakat..

satu lagi, awat takde org komen pun dlm blog ni? kempen lebih sikit la ustaz..
refah00 said…
Ya akhi, Anta terburu2 mengkritik Ana.Bila Ana kata bayar fitrah dengan nilai salah atau tak sah.:)

Perati betul2 ayat ana: "Jadi bagi kita yang berhati2, lebih baik keluarkan fitrah dengan beras sepertimana dalam Mazhab Syafii.Bagi sesiapa yang nak mengeluarkan dengan harga, hendaklah niat bertaqlid menurut mazhab Imam Abu Hanifah."

Ini bukan pendapat ana.Rujuk kitab Majmuk Imam Nawawi,Bahrul Mazi atau mana2 kitab fiqh mazhab Syafii.Wallahu A'lam.

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat