Posts

Showing posts from February, 2023

Virus Takfiri Di Kalangan Sesetengah Haraki

Image
Kata Imam Syahid Hassan alBanna: “Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim berdasarkan pendapat atau maksiat yang dilakukannya sedangkan beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya iaitu dengan melakukan sesuatu yang telah difardukan kepadanya, kecualilah beliau berikrar dan mengakui kekufurannya, atau beliau mengingkari perkara yang diketahui secara pasti dalam agama, atau beliau mendustakan lafaz dan pengertian Al-Quran yang terang dan jelas, atau beliau menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak sesuai dengan aliran bahasa Arab atau beliau melakukan perbuatan yang tidak dapat ditafsirkan dengan tafsiran selain dari kekufuran.” Dalam PRU ke-15, ada seorang penceramah PAS mengatakan yang membawa maksud “Siapa yang mengundi selain PN (PAS di dalamnya), masuk neraka”. Pemimpin PAS perlu siasat ucapan sebegini adakah kerana kesan Takfir kepada mereka yang tidak sehaluan. Saya yakin ramai di kalangan pemimpin PAS tidak bersetuju dengan gejala kaf