Posts

Showing posts from February, 2018

Membetulkan Salah Faham Tentang Ijtihad dan Taqlid

Image
Untuk pos sulung aku tahun ni, suka aku nak sentuh tentang ijtihad dan taqlid. Alhamdulillah bila tengok orang zaman la ni yang jadi engineer dan pilot pun ambik tahu tentang ilmu Usul Fiqh. Perkembangan yang sihat. Ilmu usul fiqh bukan milik eksklusif golongan agamawan menurut guru kami yang bermazhab Hanafi, Dr Muhammad Fathy al-Etraby. Malah menurut beliau ilmu usul fiqh boleh menyelesaikan pelbagai masalah sains, perubatan, kemasyarakatan, ekonomi, politik dan sebagainya. Cuma aku nak nasihatkan belajarlah secara berguru dan bukan hanya melalui pembacaan semata-mata.              Kembali kepada perbahasan ijtihad dan taqlid, pertama sekali kita lihat apa takrif kedua-duanya. Imam al-Ghazali mentakrifkan ijtihad sebagai “Usaha yang sungguh-sungguh daripada mujtahid untuk mencari ilmu berkaitan hukum-hakam syariat”. Orang yang mampu berijtihad disebut sebagai mujtahid. Manakala taqlid pula ialah “Mengambil pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilnya”. Contohnya sepert