Posts

Showing posts from August, 2023

Kepentingan Suhbah Dengan Mursyid Dalam Tasawwuf (Siri 2)

Image
  Para sahabat tidak mampu untuk merawat jiwa mereka semata-mata dengan membaca al-Quran. Tetapi mereka bermulazamah dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Bagindalah yang menyucikan hati mereka dan mentarbiyyah mereka sebagaimana firman Allah Taala: هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ – الجمعة: 2 Maka tazkiyyah (menyucikan jiwa) suatu perkara yang berlainan dengan mengajarkan al-Quran. Berapa ramai di kalangan manusia yang membaca al-Quran dan mutolaah ilmu-ilmu Islam yang begitu banyak dan berbicara tentang waswas syaitan, namun mereka tidak mampu melaksanakannya dalam solat mereka. Dalam ilmu perubatan moden, seorang manusia tidak mampu untuk mengubati dirinya sendiri walaupun beliau membaca buku-buku tentang perubatan. Bahkan beliau memerlukan seorang doktor yang dapat menunjukkan dan menerangkan tentang penyakitnya. Demikian juga penyakit-penyakit jiwa dan hati lebih berh

Kelebihan Ulama Tasawwuf Berbanding Ulama Feqah yang Tidak Bertasawwuf

Image
  Diriwayatkan daripada Nabi صلى الله عليه وسلم : "مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ" – رواه البخاري ومسلم وابن ماجه والترمذي والنسائي في السنن الكبرى Al-Hasan al-Basri ditanya: Adakah si Fulan seorang yang Faqeh? Maka jawab al-Hasan: Siapakah Faqeh? Faqeh itu ialah orang yang zuhud dengan dunia, gemar dengan perkara akhirat dan melihat dengan matahati tentang urusan agamanya. Maka firman Allah Taala: لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ – التوبة: 122 Maka yang dimaksudkan dengan ad-din dalam ayat ini ialah suatu kata nama yang merangkumi sekelian hukum Zahir dan batin. Ber tafaqquh dengan hukum-hukum ahwal, ma’ani dan maqamat di dalam istilah ilmu tasawwuf bukanlah kurang berguna jika dibandingkan dengan ber tafaqquh dalam hukum-hukum seperti talaq, zihar, qisas, hudud dan sebagainya. Ini kerana hukum-hukum sebegini kadang-kadang tidak berlaku dalam seumur hidup kita melainkan sekali sahaja. Jika berlaku sekalipun kita boleh bertaqlid dan bertanya k

Kepentingan Suhbah Dengan Mursyid Dalam Tasawwuf

Image
  Untuk posting kali ni, hamba ingin bicarakan tentang kepentingan ber suhbah  dengan mursyid dalam disiplin keilmuan tasawwuf walaupun hamba bukan yang layak bercakap mengenai perkara ini. Mudah-mudahan ada kebaikan buat yang membaca coretan ini. Bagi suhbah ada impak yang mendalam bagi akhlak seseorang individu. Orang yang ber suhbah akan mendapat impak kerohanian daripada sifat guru yang didampinginya. Insan secara tabiat kemasyarakatannya mesti bergaul dengan manusia yang lain dan mempunyai teman dan kawan. Maka jika dia memilih berkawan dengan mereka yang jahat dan fasiq, rosaklah akhlaknya secara beransur-ansur tanpa disedarinya. Sebaliknya jika dia memilih ber suhbah dengan mereka yang beriman, bertaqwa dan istiqamah maka tidak syak lagi peribadinya akan unggul dan beroleh akhlak terpuji, iman yang mantap dan bebas daripada penyakit kerohanian. Oleh itu, akhlak seseorang itu diketahui melalui teman dan sahabatnya. Tidaklah para sahabat yang diredhai Allah mencapai kedudukan