Kepentingan Suhbah Dengan Mursyid Dalam Tasawwuf (Siri 2)

 


Para sahabat tidak mampu untuk merawat jiwa mereka semata-mata dengan membaca al-Quran. Tetapi mereka bermulazamah dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Bagindalah yang menyucikan hati mereka dan mentarbiyyah mereka sebagaimana firman Allah Taala:

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ – الجمعة: 2

Maka tazkiyyah (menyucikan jiwa) suatu perkara yang berlainan dengan mengajarkan al-Quran. Berapa ramai di kalangan manusia yang membaca al-Quran dan mutolaah ilmu-ilmu Islam yang begitu banyak dan berbicara tentang waswas syaitan, namun mereka tidak mampu melaksanakannya dalam solat mereka.

Dalam ilmu perubatan moden, seorang manusia tidak mampu untuk mengubati dirinya sendiri walaupun beliau membaca buku-buku tentang perubatan. Bahkan beliau memerlukan seorang doktor yang dapat menunjukkan dan menerangkan tentang penyakitnya. Demikian juga penyakit-penyakit jiwa dan hati lebih berhajat kepada seorang doktor pakar kerana penyakit ini lebih merbahaya dan tersembunyi.

Oleh itu, dari sudut praktikal penyucian jiwa untuk bebas daripada penyakit-penyakitnya di tangan mursyid yang kamil yang telah diizinkan oleh gurunya untuk membimbing para murid. Mursyid tersebut juga telah mewarisi daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ilmu, taqwa dan berkeahlian untuk mentazkiyyah para murid. Firman Allah Taala:

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ – التوبة: 119

الصادقون – ialah golongan terpilih di kalangan orang yang beriman yang disebut dalam firmanNya:

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ – الأحزاب: 23

Firman Allah Taala lagi:

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا – الكهف: 28

Khitob dalam ayat ini ditujukan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم dari aspek mengajar dan membinbing umatnya.

Allah Taala berfirman ketika menghikayatkan tentang perkataan Nabi Musa a.s ketita bertemu dengan Nabi Khadhir a.s:

هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا (66) قَالَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا – الكهف: 66-67

Dalil-dalil kepentingan suhbah daripada hadis pula seperti berikut:

عَنْ أَبِي مُوسَى، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: "إِنَّمَا مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ، وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ، كَحَامِلِ الْمِسْكِ، وَنَافِخِ الْكِيرِ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الْكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً" – رواه مسلم

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: "الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ" – رواه أبو داود والترمذي

عَنْ أَبِي ذَرٍّ، أَنَّهُ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ: الرَّجُلُ يُحِبُّ الْقَوْمَ، وَلَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يَعْمَلَ كَعَمَلِهِمْ، قَالَ: "أَنْتَ يَا أَبَا ذَرٍّ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ" – رواه أبو داود

Hadis-hadis ini menerangkan tentang kepentingan bersuhbah, kesannya dalam jiwa dan ia merupakan jalan praktikal untuk islah dan tarbiyyah.

Demikianlah keadaannya dengan mujalasah bersama para waris Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan bersuhbah dengan mereka. Ianya dapat menyucikan jiwa, menambahkan iman, membangunkan hati dan menjadi asbab untuk berzikir kepada Allah Taala. Menjauhkan diri daripada mereka mewarisi kelalaian, cenderungnya hati kepada dunia dan perhiasan hidup yang binasa.

Berkata Syeikh alFaqeh alMuhaddis Ahmad Syihabuddin b Hajar al-Haitsami alMakki dalam kitab “alFatawa alHadisiyyah”: Keutamaan bagi para salik (yang berjalan menuju Allah) sebelum sapai ke tahap makrifat ini untuk mengikut segala yang disuruh oleh gurunya – yang terhimpun padanya dua bidang syariat dan hikikat. Sesungguhnya gurunya adalah doktor utama yang besar. Dengan makrifatnya yang zauqiyyah dan hikmahnya yang rabbaniyyah, beliau akan memberi bagi setiap badan dan jiwa apa yang dilihat sesuai untuk penyembuhannya dan bagus untuk makanan kerohaniannya.

Berkata Imam Fakhruddin arRazi dalam tafsirnya yang masyhur ketika mentafsir surah al-Fatihah: Bab ketiga pada menyatakan ransia-rahsia aqliyyah yang diistinbat daripada surah al-Fatihah. Padanya ada beberapa masalah…Latifah yang ketiga: Kata sebahagian ulama: Ketikamana Allah berfirman: اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ – Allah tidak memadai menyebut ayat ini sahaj, bahkan berfirman: صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ – Ini menunjukkan bahawa seorang murid itu tidak ada jalan baginya untuk sampai kepada maqam hidayah dan mukasyafah melainkan dengan mengikuti seorang syeikh (guru) yang menunjukkannya jalan yang benar dan menjauhkannya daripada jalan kesesatan. Ini kerana kebanyakan makhluk bersifat kekurangan dan akal mereka tidak mampu untuk mengetahui yang haq dan membezakan antara yang benar dan salah. Maka tidak dapat tidak mesti ada mursyid yang kamil yang menunjukkan murid hingga kuat akalnya dengan pedoman Cahaya akal mursyid yang kamil. Ketika itu murid tersebut akan mampu sampai ke peringkat yang lebih sempurna. – intaha

Berkata Syeikhul Islam Ibrahim alBajuri asy-Syafii Ketika mensyarahkan kalam Syeikh Ibrahim al-Laqqani penyusun “Jawharatut Tauhid”:

وكن كما كان خيار الخلقِ                             حليفَ حِلم تابعًا للحق

Yakni, hendaklah bersifat dengan akhlak seumpama akhlak makhluk terpilih… hinggala beliau menyebut… Mujahadah melalui syeikh di kalangan ‘Arifin lebih bermanfaat dimana hal dan perangai seseorang kepada 1000 orang lebih bermanfaat daripada nasihat 1000 orang kepada seseorang. Maka sewajarnya seseorang itu untuk bermulazamah dengan seorang syeikh yang ‘arif dengan kitab dan sunnah. Dia mesti menimbang dahulu sebelum mengambil ilmu guru tersebut. Jika dia mendapati syeikh tersebut bertepatan dengan kitab dan sunnah, maka bermulazamahlah dengannya dan beradablah dengannya. Mudah-mudahan beliau akan peroleh daripada akhlaknya sesuatu yang boleh menjernihkan batin hatinya. Intaha

Terjemahan dan olahan oleh Mohd Amir Md Azmi Hj Md Isa asy-Syafii,

Daripada kitab “Haqaiq ‘an at-Tasawwuf” susunan Syeikh Abd Qadir Isa rahimahullah,

4.13 pm 27/8/2023 – Sungai Lalang, SP, Kedah.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat