Posts

Showing posts from March, 2010

Bersamalah As-Sawaddul A'zhom

Sufian pernah kata:"Hadis itu mnyesatkan kecuali kpd Fuqoha.Kdgkl, satu hadis itu tak boleh dpegang zahir saja,malah ada ta'wilan.Kadangkala,sesuatu Hadis itu pula ada maksud yang tersembunyi.Ada juga Hadis yang perlu ditinggalkan dengan sebab-sebab tertentu,yang mana,semua itu hanya dketahui orang yg mahir n brilmu luas khususnya dalam Fiqh."(Imam ibn Abi Zaid Al-Qairawani,"Al-Jami'"m/s 118) Ibn Rusyd r.h.l. pernah ditanya tentang kata-kata: "Hadis itu menyesatkan kecuali bagi ahli Fiqh". Beliau ditanya lagi: "Bukankah seorang ahli Fiqh itu juga perlu tahu mengenai Hadis terlebih dahulu.?!" Beliau menjawab: "Kata-kata itu bukanlah dari Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam), ia merupakan kata-kata Ibn 'Uyainah r.h.l. dan ahli-ahli Fiqh yang lain. Maksud kata-kata itu tepat, kerana kadangkala, sesuatu hadis itu diriwayatkan dalam sesuatu keadaaan yang khusus, tetapi maknanya umum, begitu juga sebaliknya. Ada juga Hadis

Panduan mencari Guru Mursyid

Aku tulis artikel ni atas permintaan seorang sahabat di jalan Allah.Moga ada manfaatnya. Berkata Imam al-Ghazali: “Ilmu tasauf adalah fardu ain kerana tidak sunyi seseorang itu daripada aib atau sakit batinnya melainkan para Nabi”. Setengah al-Arifin berkata: “Barangsiapa tiada baginya ilmu kaum ini, yakni ilmu tasauf nescaya ditakuti atasnya su’ul khatimah yakni mati di dalam maksiat”. Kata Syeikh Abu Hasan asy-Syazili: “Barangsiapa tiada masuk lagi mahir di dalam ilmu ini, yakni ilmu tasauf nescaya mati ia padahal ia mengekali atas beberapa dosa yang besar padahal ia tiada mengetahui akan yang demikian itu”. Kata Syeikh Ibnu Abbad dalam syarah Hikam: “Dan inilah yakni ilmu tasauf inilah segala ilmu yang sayugianya bagi manusia bahawa dikaramkannya di dalamnya akan umurnya yang lanjut pada menuntutnya, dan jangan memadai daripadanya dengan banyak apakan lagi kalau hanya dengan sedikit” Adapun kadar fardu ain pada ilmu batin itu yakni ilmu tasauf maka iaitu mengetahui baran

Marhaban

Fatwa Datuk Abdul Kadir mengenai Zikir Marhaban. Soalan:- Apa pandangan Islam terhadap zikir marhaban seperti diamalkan masyarakat Islam pada hari ini ? Jawapan:- * Pada hakikatnya adalah merupakan sebagai puji-pujian dan mengucap salawat dan salam kepada Junjungan s.a.w. * Berdiri ketika sampai kepada bacaan Nabi dilahirkan lalu membawa "Marhaban Jaddal Husaini", "Ashraqal Badru 'Alaina" dan lain-lain seterusnya sebagai menghormati Nabi Muhammad s.a.w. adalah amalan-amalan yang baik dan tiada sekali-kali terlarang di dalam syarak, asal jangan berubah kalimat-kalimatnya yang boleh merosak makna. * Sayyid Zaini Dahlan, Mufti Besar Imam Syafiee di Mekah (wafat 1304H) berpendapat bahawa mengadakan Maulud Nabi dengan membaca kisah-kisah baginda dan berdiri dan membesarkan Nabi s.a.w. adalah suatu hal yang baik. Dan telah mengerja seperti itu banyak dari ulama-ulama yang menjadi ikutan Ummah. (I`anatut