Panduan mencari Guru Mursyid

Aku tulis artikel ni atas permintaan seorang sahabat di jalan Allah.Moga ada manfaatnya.

Berkata Imam al-Ghazali: “Ilmu tasauf adalah fardu ain kerana tidak sunyi seseorang itu daripada aib atau sakit batinnya melainkan para Nabi”.

Setengah al-Arifin berkata: “Barangsiapa tiada baginya ilmu kaum ini, yakni ilmu tasauf nescaya ditakuti atasnya su’ul khatimah yakni mati di dalam maksiat”.

Kata Syeikh Abu Hasan asy-Syazili: “Barangsiapa tiada masuk lagi mahir di dalam ilmu ini, yakni ilmu tasauf nescaya mati ia padahal ia mengekali atas beberapa dosa yang besar padahal ia tiada mengetahui akan yang demikian itu”.

Kata Syeikh Ibnu Abbad dalam syarah Hikam: “Dan inilah yakni ilmu tasauf inilah segala ilmu yang sayugianya bagi manusia bahawa dikaramkannya di dalamnya akan umurnya yang lanjut pada menuntutnya, dan jangan memadai daripadanya dengan banyak apakan lagi kalau hanya dengan sedikit”

Adapun kadar fardu ain pada ilmu batin itu yakni ilmu tasauf maka iaitu mengetahui barang yang sejahtera dengan dia segala amal yang zahir daripada fasad(rosak), dan sejahtera daripada yang membatalkan pahalanya, seperti bahawa seorang apabila solat ia serta riya’ atau ujub atau sum’ah atau barang sebagainya maka membatalkan ia akan pahala solatnya itu.

Wajib hukumnya mencari al-warits al-Muhammadi(guru yang Mursyid) untuk mempelajari adab dan fadhilat dan mengenali aib2 yang tersembunyi dan peyakit2 hati.Akan tetapi mungkin ada yang bertanya bagaimana untuk mencari dan mengenal guru yang mursyid.Apakah syarat2 dab sifat2 guru mursyid?

Ketika seseorang tolib berhajat kepada mursyid seperti perasaan seorang pesakit berhajat kepada doktor, maka ia perlu menguatkan azamnya dan membetulkan niat dan bertawajjuh kepada Allah Taala dengan hati yang tadharru’.Lalu menyeruNya di tengah malam dan berdoa dalam sujudnya dan selepas solat dengan doa begini:

اللهم دلني على من يدلني عليك واوصلني الى من يوصلني اليك.

Maksud: “Ya Allah, tunjukilah daku kepada orang yang akan menujukkan daku kepadaMu dan sampaikanlah aku kepada orang yang menyampaikan daku kepadaMu”.

Setelah itu dia mesti mencari Mursyid di negerinya dan jangan terpedaya dengan dakwaan sesetengah orang bahawa guru Mursyid Murabbi sudah tiada di zaman ini.Sekiranya tidak ditemui Mursyid di bandarnya maka dia mesti mencari di bandar2 yang lain.Bukankah kita lihat seorang penderita penyakit zahir sanggup bermusafir ke Negara yang jauh untuk berubat mencari doctor pakar.Maka mengubati hati dan ruh lebih memerlukan kepada doktor2 yang lebih mahir daripada doktor2 jisim.

Bagi mursyid perlu ada 4 syarat untuk memandu manusia:
1) Mestilah alim dengan hukum2 fardhu ain.
2) Mestilah seorang yang Arif BILLAH.
3) Mahir dengan cara2 tazkiah nafsu dan wasilah tarbiah.
4) Diizinkan untuk membimbing dan mengijazah orang lain daripada syeikhnya.

Saya akan menghuraikan satu persatu syarat2 mursyid tersebut dengan izin Allah.Tapi sebelum itu saya ingin cerita pengalaman saya dalam mencari guru mursyid.

Ketika hati saya melonjak untuk mengikut perjalanan kaum sufi, saya mengamalkan doa di atas. Kemudian timbul bisikan di hati saya bahawa syeikh kamu berada di sisi Sayyid Ahmad al-Badawi.Lalu saya pun solat Isyak di Masjid Sayyid Ahmad al-Badawi.Setelah selesai solat,saya pun bertanya kepada Tuan Imam siapakah guru yang boleh membimbing saya kepada Allah?Imam tersebut menjawab guru kamu adalah Dr Judah al-Mahdi.Saya pun bertanya lagi macam mana nak jumpa Dr Judah?Dia jawab Dr Judah akan member kuliah tafsir selepas solat Jumaat di Masjid tersebut.

Lalu saya pun pergi solat Jumaat di Masjid Sayyid Ahmad al-Badawi dan mengambil baiah amalan tariqat dengannya selepas selesai beliau memberi kuliah tafsir.Sejak hari tu saya sentiasa melazimi majlis zikir dan kuliah tafsir pimpinan Dr Judah setiap hari Jumaat.Banyak pengalaman ruhiyah yang tak dapat nak ceritakan di sini hasil tarbiyah Dr Judah.Sebelum saya balik Malaysia saya minta amalan untuk dapat bimbingan secara ruhiyah dengan beliau.Bila balik Malaysia saya cari guru mursyid Naqsyabandiah.Akhirnya saya jumpa dengan Tuan Guru Ahmad Changloon.

Saya juga mengambil tariq Syazili secara tabarruk dengan Syeikh Mahmud Muhammad Khalil al-Khatib, anak penyair Rasulullah SAW, Syeikh Muhammad Khalil al-Khatib an-Nidi.Juga dengan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki.Saya tak akan melepaskan peluang untuk berjumpa dengan beliau bila beliau berada di Malaysia.Beliau hanya berada 2 minggu saja di Malaysia dalam satu2 masa.Selebihnya beliau berada di Indonesia untuk menguruskan 3 buah pondok yang dibukanya.

Sekian dulu buat kali ini.Moga ada manfaatnya buat semua.

Comments

blh tlg sy untuk memastikan seseorang itu mempunyai saka atau tidak..
dan amalan2 nya yang bertentangan dgn jalan allah?
cth:-
a)yg berkaitan dgn ilmu 7
b)kebolehan yg luar biasa
- mengetahui sbelum dan selepas sesuatu kejadian.
Ajaque Rahman said…
Assalamualaikum

Jika saudara ada contact guru di area Shah Alam harap dapat dikongsikan.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
salam..

ad guru mursyid k sekitar shah alam atau meru??

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat