Bersamalah As-Sawaddul A'zhom

Sufian pernah kata:"Hadis itu mnyesatkan kecuali kpd Fuqoha.Kdgkl, satu hadis itu tak boleh dpegang zahir saja,malah ada ta'wilan.Kadangkala,sesuatu Hadis itu pula ada maksud yang tersembunyi.Ada juga Hadis yang perlu ditinggalkan dengan sebab-sebab tertentu,yang mana,semua itu hanya dketahui orang yg mahir n brilmu luas khususnya dalam Fiqh."(Imam ibn Abi Zaid Al-Qairawani,"Al-Jami'"m/s 118)

Ibn Rusyd r.h.l. pernah ditanya tentang kata-kata: "Hadis itu menyesatkan kecuali bagi ahli Fiqh". Beliau ditanya lagi: "Bukankah seorang ahli Fiqh itu juga perlu tahu mengenai Hadis terlebih dahulu.?!" Beliau menjawab: "Kata-kata itu bukanlah dari Rasulullah (sallallahu'alaihi wasallam), ia merupakan kata-kata Ibn 'Uyainah r.h.l. dan ahli-ahli Fiqh yang lain. Maksud kata-kata itu tepat, kerana kadangkala, sesuatu hadis itu diriwayatkan dalam sesuatu keadaaan yang khusus, tetapi maknanya umum, begitu juga sebaliknya. Ada juga Hadis yang Nasikh dan Hadis yang Mansukh (tidak digunakan lagi). Kadangkala pula, ada hadis yang secara zahirnya seolah-olah menyerupakan Allah dengan makhluk (Tasybih). Ada juga hadis yang maksudnya hanya diketahui oleh para ahli Fiqh sahaja. Barangsiapa yang hanya mengumpul hadis tetapi tidak memahaminya tidak dapat membezakan antara hadis yang maksudnya umum atau khusus. Oleh kerana itu, ahli Fiqh (Faqih) itu bukanlah orang yang sekadar mengetahui tentang Hadis-hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam) sahaja, bahkan memahaminya secara mendalam. Jika seseorang itu tdak mampu memahami secara mendalam dalam masalah hadis mahupun Fiqh, maka dia bukanlah seorang ahli Fiqh (Faqih), walaupun dia mengumpul banyak Hadis-hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam). Inilah sebenarnya maksud kata-kata Sufian bin 'Uyainah. (Abu 'Abbas Al-Wansyarishi "Al-Mi'yar Al-Mu'rab" jilid 12 m/s 314 )

As-Sawadhu Al-A'zhom adalah golongan majoriti umat Islam dalam setiap zaman, sehinggalah hari Kiamat. Oleh itu, hendaklah kita beserta golongan As-Sawadhu Al-A'zhom dalam bidang aqidah khususnya, yang merupakan majoriti umat Islam dari kalangan Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah. Janganlah kita keluar daripada kelompok majoriti umat Islam kerana Nabi s.a.w. telahpun memberi amaran kepada sesiapa yang keluar daripada aqidah Ahlus-Sunnah wal Jamaah yang merupakan majoriti umat Islam ini, sebagai terasing dan terpinggir di dalam neraka. Na'uzubillah min zalik.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat