Posts

Showing posts from August, 2015

Kepentingan Ilmu Tasawuf

Image
Taklif syarak yang disuruh dilakukan oleh setiap insan boleh dibahagikan kepada dua; pertama ialah hukum2 yang berkaitan dengan amalan2 zahir. Manakala kedua ialah hukum2 yang berkaitan dengan amalan2 batin. Atau dengan kata lain ialah hukum2 yang berkaitan dengan badan@jisim insan dan juga amalan2 yang berkaitan dengan hatinya. Amalan2 jismiyan ada dua jenis iaitu Perintah dan Larangan. Perintah2 Ilahi adalah seperti solat, zakat, haji dll. Manakala Larangan2 pula seperti membunuh, berzina, mencuri dan meminum arak. Adapun amalan2 hati ianya pun terbahagi kepada dua iaitu Perintah dan Larangan. Perintah2 seperti beriman dengan Allah, Malaikat, Kitab2, Rasul2 ... dan juga seperti ikhlas, redha, khusyuk, tawakkal dll. Manakala Larangan pula seperti kufur, nifaq, takabbur, 'ujub, riya', hasad dengki dll. Bahagian kedua yaang berkaitan dengan amalan hati lebih penting daripada bahagian awal di sisi syarak - walaupun kedua2nya penting kerana perkara batin ( dalam hati ) asas