Kepentingan Ilmu Tasawuf

Taklif syarak yang disuruh dilakukan oleh setiap insan boleh dibahagikan kepada dua; pertama ialah hukum2 yang berkaitan dengan amalan2 zahir. Manakala kedua ialah hukum2 yang berkaitan dengan amalan2 batin. Atau dengan kata lain ialah hukum2 yang berkaitan dengan badan@jisim insan dan juga amalan2 yang berkaitan dengan hatinya.

Amalan2 jismiyan ada dua jenis iaitu Perintah dan Larangan. Perintah2 Ilahi adalah seperti solat, zakat, haji dll. Manakala Larangan2 pula seperti membunuh, berzina, mencuri dan meminum arak. Adapun amalan2 hati ianya pun terbahagi kepada dua iaitu Perintah dan Larangan. Perintah2 seperti beriman dengan Allah, Malaikat, Kitab2, Rasul2 ... dan juga seperti ikhlas, redha, khusyuk, tawakkal dll. Manakala Larangan pula seperti kufur, nifaq, takabbur, 'ujub, riya', hasad dengki dll. Bahagian kedua yaang berkaitan dengan amalan hati lebih penting daripada bahagian awal di sisi syarak - walaupun kedua2nya penting kerana perkara batin ( dalam hati ) asas kepada amalan zahir.Rosaknya hati menyebabkan tempangnya nilai amalan2 zahir. Kerana itu Allah berfirman dalam surah al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud:

"Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya."

Oleh kerana itu, Rasulullah SAW amat menekankan kepada sahabat dan umat Islam tentang kepentingan memperbaiki (islah) hati2 mereka. Baginda juga menerangkan bahawa kejayaan insan bergantung kepada islah hati dan mengubatinya daripada penyakit2 yang tersembunyi. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Ingatlah di dalam jasad insan ada seketul daging yang mana bila eloknya daging tersebut eloklah keseluruhan jasad dan aapbila ia rosak, maka rosaklah keseluruhan jasad. Ingatlah ianya adalah hati." - HR Bukhari dan Muslim.

Maka wajib kepada setiap mukallaf untuk islah hatinya dengan membuang sifat2 mazmumah yang ditegah kepada kita oleh Allah dan menghiasinya dengan sifat2 hasanah@mahmudah yang disuruh kepada kita oleh Allah. Ketika itu hati kita menjadi selamat dan sejahtera. Pemilik hati berkenaan tergolong di kalangan orang yang berjaya dan selamat sebagaimana difirmankan Allah dalam surah asy-Syu'araa' ayat 88 & 89 yang bermaksud:

"(Yaitu) pada hri (ketika) harta dan anak2 tidak berguna, kecuali orang2 yang menghadap Allah dengan hati yang bersih."

Berkata al-Imam Jalaluddin as-Suyuti r.a: "Adapun ilmu hati dan mengetahui penyakit2 hati seperti hasad, 'ujub, riya' dan sebagainya maka telah berkata Imam al-Ghazali bahawasanya ia adalah fardhu ain."

Berkata al-Allamah Ibnu Abidin: "Sesungguhnya ilmu berkenaan ikhlas, 'ujub, hasad dan riya' adalah fardhu ain. Begitu juga penyakit2 jiwa yang lain seperti takabbur, kedekut, menipu, marah, permusuhan, bakhil, sombong, khianat, keras hati, panjang angan2 dll yang diterangkan dalam rubu' al-Muhlikat dalam kitab Ihya'. Di mana Imam Ghazali menyebut: "Tiada seorang manusia pun terlepas penyakit2 tersebut. Maka lazim (wajib) baginya untuk mempelajari daripada ilmu tersebut apa yang dirinya perlukan."

Menghilangkan penyakit2 tersebut adalah fardhu ain. Dan tidak tercapai perkara tersebut kecuali dengan mengetahui takrif, sebab2, tanda2 dan cara2 mengubati penyakit tersebut. Siapa yang tidak mengetahui kejahatan, dia akan terjerumus ke dalamnya." (Intaha)

Kata ulama tasawuf: "Telah jelas nas2 syarak dan ijmak bahawa haramnya hasad, menghina Muslimin dan merancang menganiayai mereka, takabbur, 'ujub, riya', nifaq dan pelbagai lagi amalan2 buruk bagi hati. Bahkan pendengaran, penglihatan dan hati, kesemuanya akan disoal kelak dengan apa yang kita pilih untuk kerjakan di dunia ini."

Kata ulama lagi: "Tidak ada manfaat toharah yang zahir kecuali berserta dengan toharah yang batin, ikhlas dan suci hati daripada menipu, hasad dengki dan menyucikan hati daripada terikat dengan selain Allah."

Sebagaimana tidak elok seseorang itu berpakaian yang kotor di khalayak ramai, maka tidak sewajarnya bagi hamba untuk membiarkan hatinya menderita penyakit2 yang tersembunyi. kerana hati itu adalah tempat pandangan Allah Taala.

Ini kerana penyakit2 hati adalah sebab jauhnya hamba dengan Allah Taala dan jauhnya dengan syurga Allah yang kekal abadi sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Tidak masuk ke dalam syurga mereka yang ada di dalam hatinya sebesar zarah daripada takabbur."

Jadi selamatnya insan di akhirat kelak bergantung kepada selamat hatinya daripada segala penyakit. Dan kejayaannya kelak terletak kepada kejayaannya dalam mengubati penyakit2 yang disebut tadi.
Kadang2 ada yang tersembunyi kepada manusia sebahagian daripada keaiban dirinya. Maka dia meyakini bahawa dirinya telah sempurna walhal dia amat jauh daripada sangkaan tersebut. Jadi apakah caranya untuk mengetahui penyakit2 hatinya yang begitu tersembunyi tersebut? Apakah jalan amali untuk merawat penyakit tersebut dan seterusnya sembuh daripada penyakit hati yang tersembunyi tersebut?

Dengan ilmu tasawuf sahaja yang dapat mengubati penyakit2 hatinya dan menyucikn jiwanya dan sembuh daripada sifat tercela tersebut.

Berkata al-Allamah al-Manjuri r.a: "Tasawuf adalah ilmu yang dapat mengetahui dengannya kaifiat menyucikan batin daripada kekotoran jiwa, yakni keaibannya dan sifat2 mazmumah seperti hasad, menipu, suka dipuji, takabbur, riya' marah, bakhil, membesarkan orang yang kaya, menghina orang faqir. Ini kerana ilmu tasawuf menunjukkan aib diri sendiri dan kaifiyat merawatnya. Dengan ilmu tasawuf boleh menghapuskan akhlak2 mazmumah dan sifat2 yang buruk. Hinggalah sampai kepada matlamat mensucikan hati daripada selain Allah (sebagaimana yang diungkap ahli sufi:- "ma fi qalbi ghairullah") dan memperhiaskan hati dengan zikir kepada Allah Taala."

Adapun menghiasi jiwa dengan sifat2 kesempurnaan insan; seperti taubat, taqwa, istiqamah, benar, ikhlas, zuhud, warak, tawakkal, redha, adab, mahabbah, zikir, muraqabah ... maka bagi ulama tasawuf, perkara sedemikian adalah pakaian bagi mereka yang merupakan warisan Nabawiyah dalam ilmu dan amalan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat