Saturday, February 14, 2009

Politik munafik

Abdullah b ubai, ketua puak munafik di Madinah sebelum hijratul Rasul SAW dijanjikan jawatan Perdana Menteri atau Menteri Besar Madinah.Namun apabila baginda tiba di Madinah, baginda dilantik sebagai pemimpin oleh kaum Ansar.Jadi anak ubai ni menaruh dendam kesumat terhadap Islam amnya dan Rasulullah khasnya.Untuk menyembunyikan apa yang ada dalam hatinya dia berpura-pura memeluk Islam untuk mengelakkan dikenakan jizyah dan juga untuk mendapat habuan dunia seperti harta ghanimah.
Dalam peperangan Bani Mustoliq, berlaku sedikit perselisihan antara seorang ansor dengan seorang muhajirin.anak ubai ambil kesempatan ini dengan mengatakan; Demi Allah. sekembalinya kami ke Madinah orang2 mulia[munafik] akan mengeluarkan daripadanya orang2 hina[mukminin].Sebagaimana termaktub dalam surah al-munafiqun ayat 8;
Mereka[munafik] berkata lagi; demi sesungguhnya jika kita kembali ke madinah dari medan perang,sudah tentu orang2 yang mulia lagi kuat[munafik] akan mengusir keluar dari Madinah orang2 yang hina lagi lemah[mukminin].Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu, dan bagi rasulNya serta bagi orang2 yang beriman akan tetapi orang2 yang munafik itu tidak mengetahui hakikat yang sebenar.
Puak munafik merasakan mereka boleh merampas kuasa PM atau MB Madinah daripada tangan Rasulullah SAW dengan sokongan yahudi.Mereka juga menyangka dapat membeli pemimpin Ansar namun Allah menjaga RasulNya.Demikianlah sikap orang munafik sejak dulu hingga kini dengan npolitik kotor mereka mermpas kuasa secara haram daripada tangan orang mukmin.
Dalam isu semasa yang berlaku sekarang mereka bangkit mempertahankan sultan daipada diderhakai.Tapi sedarkah mereka yang sekarang ini puak Islam liberal sedang menderhaka kepada Allah.Sejak Jumaat lepas[13/2/09] hingga 18/2/09 sisters in islam menganjurkan seminar persamaan hak antara lelaki dan perempuan.antara yang dibincangkan ialah tentang isu faraid dan poligami yang menurut mereka menzalimi kaum wanita.Lebih menyedihkan seminar ini yang dihadiri 200 orang penganut islam liberal dari 40 buah negara dirasmikan oleh penasihat kepada perdana menteri,syahrizat abdul jalil.Mana dia ngo yang bising tak bagi orang derhaka kepada sultan.ni derhaka kat Allah.