Posts

Showing posts from 2012

Antara Dunia dan Akhirat

Image
Sekiranya kita menyatakan bahawa mencari dan berusahauntuk memenuhi keperluan duniawi dan jasadi itu penting, maka kita dengan hati yang ikhlas perlu mengakui bahawa berusaha untuk memenuhi keperluan dan kepentingan akhirat jauh lebih penting.Di hadapan kita merupakan masa depanyang hebat.Masa depan yang mungkin tidak dapat dibayangkan dan dirasakan kehebatannya sekarang ini sepertimana manusia pada zaman Hang Tuah tidak dapat membayangkan betapa hebat dan berbezanya kita pada zaman ini. Masa depan merupakan perkara yang di luar pengetahuan dan pengalaman kita.Apa yang ada dan dapat kita lakukan adalah dengan membuat jangkaan, telahan, ramalan dan tanggapan. Melalui maklumat2 yang kita peroleh, kita berusaha untuk membayangkan apa yang akan terjadi pada masa depan.Itulah saja kemampuan kita.Itulah juga yang kita faham.Namun adakah benar kita sememangnya tidak mengetahui satu apa pun tentang masa depan kita?Sekiranya yang kita maksudkan dengan masa depan itu ialah masa depan ya

Pendapat Syekh Abd Ghani an-Nabulusi Tentang Wujud

Image
Syekh Abd Ghani an-Nabulusi adalah seorang syekh sufi yang lahir dalam tahun 1050 Hijriyah bersamaan dengan 1641 Masehi dan meninggal dunia dalam tahun 1143 H bersamaan dengan 1731 M. Beliau member pandangannya tentang wujud seperti berikut: Alam semesta ini, tidak kira apa jenisnya, kategorinya, bentuknya, wataknya dan sebagainya lagi adalah terzahir menjadi wujud daripada al-‘adam(tak wujud) oleh Wujud Allah; bukan oleh wujud itu sendiri.(yakni Allah yang menciptakan).Wujud dilimpahkan kepada alam pada setiap ketika oleh Wujud Allah, bukan alam itu sendiri(maknanya salah guna istilah alam semulajadi). Wujud alam semesta yang terbit daripada limpahan wujud Allah pada setiap ketika adalah sebenarnya Wujud Allah(maknanya adanya ala mini dalil kewujudan Maha Pencipta – Allah). Tiada wujud yang lain(pada hakikatnya) selain daripada Wujud Allah. Setiap sesuatu dalam alam semesta ini jika dirujuk kepada dirinya sendiri adalah tiada mempunyai wujud sebenarnya kerana pad

Cadangan menaikkan moral petugas PAS

Image
Apa yang pelik ialah Pak Shukur sendiri yang memandang sinis terhadap cadangan tersebut.Ia dikatakan akan memberikan implikasi negatif kepada PR yang sedang giat bersiap untuk berdepan dengan Umno-BN dalam pilihanraya akan datang.Ia dilihat akan menjejaskan sokongan pelbagai kaum yang akan memberikan undi mereka. Atas tujuan apakah kritikan negatif ini diberikan apatah lagi datang daripada seorang ahli PAS sendiri.Kenyataan seperti ini tak patut keluar daripada mulut seorang ahli PAS. Walaupun dinyatakan bahawa semua ahli PAS menyayangi Presidennya tapi kenyataan seumpama ini jelas menggambarkan keraguan terhadap kewibawaan Presiden. Tak ada asas yang konkrit untuk mengaitkan sokongan rakyat terhadap PR akan berkurangan dengan cadangan untuk melantik Presiden PAS sebagai PM.Ini kerana tidak ada kenyataan rasmi daripada PR bahawa mereka telah sepakat untuk melantik mana2 pimpinan sebagai PM. Jika ada pun, ia hanyalah pandangan peribadi, bukannya kenyataan r

Asal Usul Diri Hakiki Insan

Image
Diri hakiki insan atau diri manusia yang sebenarnya berasal dari Yang Empunya Diri(yakni Allah – tak faham juga, dicipta oleh Allah).Kita berasal dari Allah dan akan kembali kepada Allah jua. Zat Allah itu Maha Tinggi dan tidak dapat hendak diperihalkan, tidak bersangkut dan tidak memerlukan makhluk atau apa jua pun.Ia cukup sendiriNya.Allah itu bersifat merdeka dan bebas daripada apa jua.Sebab itulah dikatakan Allah itu “al-Ghani”(Yang Maha Terkaya, Yang Maha Merdeka dan tidak memerlukan apa jua pun). Allah memiliki suatu idea atau suatu realiti atau suatu hakikat yang digelar Hakikat Muhammad ( الحقيقة المحمدية ).Hakikat ini juga digelar “ilmu Allah”.Ilmu itu sinonim(sama erti) dengan Nur atau Cahaya.Ciri2 Nur itu ialah ianya kelihatan dan membuatkan yang lain dapat dilihat.Ibarat cahaya matahari.Cahaya matahari dapat dilihat dan dengan cahaya itu ia memperlihatkan atau menjadikan objek yang lain dapat dilihat atau memperlihatkan yang lain kepada si pelihat.

Kata2 Ayatullah Ruhullah Khomeini

Image
1)Mereka(para sahabat Nabi) yang tiada lain terkecuali dunia yang mereka cari dan haus kekuasaan yang menjadi incaran mereka dan bukanlah Islam dan al-Quran.Di mana mereka menjadikan alQuran semata2 sebagai alat untuk mewujudkan niat2 mereka yang buruk dan dengan mudah membuat mereka membuang ayat2 itu dari alQuran dan juga membuat mereka mengubah2nya dan mensirnakannya dari pandangan manusia untuk selama2nya sehingga kehinaan terhadap alQuran dan kaum Muslimin dapat berkelanjutan sampai hari kiamat. Tuduhan(perubahan kitab Taurat dan Injil) yang mereka(kaum Muslimin) tuduhkan kepada Yahudi dan Nasrani sesungguhnya telah menjadi satu ketetapan atas mereka(kaum Muslimin) sendiri.(Kasyful Asrar, al-Khomeini, hlmn 114).Demikianlah dengan tegas Khomeini menyatakan kepercayaannya bahawa sahabat2 Nabi itu derhaka dan jahat yang bertujuan hanya mencari dunia dan haus kekuasaan serta mengubah2 alQuran dan membuang banyak ayatnya, yang berakibat hilangnya Quran yang asli untuk selama2