Pendapat Syekh Abd Ghani an-Nabulusi Tentang Wujud


Syekh Abd Ghani an-Nabulusi adalah seorang syekh sufi yang lahir dalam tahun 1050 Hijriyah bersamaan dengan 1641 Masehi dan meninggal dunia dalam tahun 1143 H bersamaan dengan 1731 M.

Beliau member pandangannya tentang wujud seperti berikut:

Alam semesta ini, tidak kira apa jenisnya, kategorinya, bentuknya, wataknya dan sebagainya lagi adalah terzahir menjadi wujud daripada al-‘adam(tak wujud) oleh Wujud Allah; bukan oleh wujud itu sendiri.(yakni Allah yang menciptakan).Wujud dilimpahkan kepada alam pada setiap ketika oleh Wujud Allah, bukan alam itu sendiri(maknanya salah guna istilah alam semulajadi).

Wujud alam semesta yang terbit daripada limpahan wujud Allah pada setiap ketika adalah sebenarnya Wujud Allah(maknanya adanya ala mini dalil kewujudan Maha Pencipta – Allah). Tiada wujud yang lain(pada hakikatnya) selain daripada Wujud Allah.

Setiap sesuatu dalam alam semesta ini jika dirujuk kepada dirinya sendiri adalah tiada mempunyai wujud sebenarnya kerana pada asalnya ia memang tidak wujud(al-‘adam).Tapi apabila dirujuk kepada Wujud Allah maka alam itu wujud oleh Wujudnya Allah.Oleh yang demikian, Wujud Allah dan wujud alam kerana wujudnya diwujudkan oleh Wujud Allah adalah Esa, iaitu yang sebenarnya wujud adalah Wujud Allah sahaja.

Alam semesta ini jika dirujuk kepada diri asalnya adalah tidak berwujud.Apa yang dimaksudkan dengan wujudnya alam – yang mana sebenarnya adalah Wujud Allah – bukanlah wujud zat dan bentuknya yang kelihatan oleh mata.Tapi adalah zat dan bentuknya yang dimiliki oleh dirinya dan ‘ainnya(substance).Ini tak lain adalah daripada Wujud Allah.Zat dan bentuk alam, dirujuk kepada dirinya sendiri adalah sebenarnya tak ada ‘ain pada diri alam itu sendiri.

Ada beberapa golongan seperti ulama zahir(ulama al-rusum) dan golongan orang alim agama yang berpendapat bahawa wujud itu terbahagi kepada 2 jenis iaitu wujud qadim(wujud yang tidak dijadikan) dan satu lagi wujud hadith(wujud yang dijadikan).

Menurut an-Nabulusi, apa yang mereka maksudkan “wujud hadith” – ialah ‘ain bagi zat dan bentuk itu.Beliau member contoh kepada mazhab pemikiran golongan Asy’ari yang menyatakan bahawa wujud segala sesuatu itu ialah zat dan ‘ain sesuatu itu, tak lebih daripada itu.

Tak ada kontroversi atau perbalahandi kalangan ahli akal(al-‘uqala) tentang wujud yang dengannya zat dan bentuk itu menjadi wujud.Bagi pendapat mereka, itu tak lain dan tak bukan adalah Wujud Allah.

Walaubagaimanapun, timbul juga kontroversi di kalangan Ahlullah(orang2 Allah).Sebenarnya menentang atau menerima doktrin Wahdatul Wujud(keesaan wujud) adalah bergantung atau terserah kepada penentuan kepada apa yang dimaksudkan dengan “wujud” itu.Yang menentang mengatakan bahawa jika wujud itu satu sahaja, maka samalah antara wujud hadith dengan wujud qadim.Ini tak betul sama sekali, kata mereka.

Manakala yang menyokong doktrin ini pula berkata bahawa wujud hadith yang dianggap sebagai wujud yang kedua itu bukanlah wujud Allah.Sebenarnya wujud hadith itu hanya wujud kerana adanya Wujud Allah.Dalam perbuatan lain, wujud hadith itu bergantung kepada Wujud Allah.Wujud hadith itu sebenarnya tidak ada.Maka yang sebenarnya ada ialah satu wujud sahaja iaitu Wujud Allah.Demikian kata mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat