Asal Usul Diri Hakiki Insan

Diri hakiki insan atau diri manusia yang sebenarnya berasal dari Yang Empunya Diri(yakni Allah – tak faham juga, dicipta oleh Allah).Kita berasal dari Allah dan akan kembali kepada Allah jua.

Zat Allah itu Maha Tinggi dan tidak dapat hendak diperihalkan, tidak bersangkut dan tidak memerlukan makhluk atau apa jua pun.Ia cukup sendiriNya.Allah itu bersifat merdeka dan bebas daripada apa jua.Sebab itulah dikatakan Allah itu “al-Ghani”(Yang Maha Terkaya, Yang Maha Merdeka dan tidak memerlukan apa jua pun).

Allah memiliki suatu idea atau suatu realiti atau suatu hakikat yang digelar Hakikat Muhammad (الحقيقة المحمدية).Hakikat ini juga digelar “ilmu Allah”.Ilmu itu sinonim(sama erti) dengan Nur atau Cahaya.Ciri2 Nur itu ialah ianya kelihatan dan membuatkan yang lain dapat dilihat.Ibarat cahaya matahari.Cahaya matahari dapat dilihat dan dengan cahaya itu ia memperlihatkan atau menjadikan objek yang lain dapat dilihat atau memperlihatkan yang lain kepada si pelihat.

Dengan ilmu kita dapat mengetahui sesuatu.Mengetahui sesuatu itu bermakna melihat sesuatu dalam khayal atau minda kita.Oleh yang demikian, ilmu itu sinonim dengan Nur.Tentulah ada objek atau sesuatu yang dikandung oleh ilmu itu.Adalah tidak mungkin kalau ilmu itu tidak mengandungi objek yang diketahuinya.

Objek yang diketahui dalam ilmu itu digelar ma’lum.Tanpa maklum bukanlah berilmu namanya.Bukan ilmu namanya jika tidak ada maklum.Bukan “tahu” namanya jika tidak ada objek yang diketahui.Fahamkanlah!

Allah itu ‘Alim(Yang Maha Tahu) kerana Dia berilmu dan ilmu itu mengandungi maklum.Oleh yang demikian, ‘Alim, Ilmu dan Ma’lum tidak bercerai tanggal.Pandangan ini adalah pandangan hakikat atau pandangan ruhaniah atau pandangan metafizika khayali (metaphysics of imagination) orang2 sufi.

Diri hakiki manusia itu adalah maklum dalam ilmu Allah.Kita adalah suatu entiti atau suatu idea atau suatu objek dalam IlmuNya.Objek di sini adalah objek yang berbentuk dan bersifat ilmiah semata2, atau bersifat ruhaniah semata2.Atau dikatakan juga bersifat metafizika, bukan fizika, juga bersifat kebadanan atau kejasmanian.

Dalam martabat ilmu, diri kita adalah bersifat nur semata2.Kerana itulah dikatakan bahawa diri kita ini “nur”. Kita di peringkat itu berada di peringkat nur semata2.Nur itu sinonim dengan ilmu pada peringkat atau martabat tersebut.

Bila ada nur atau cahaya, kelihatanlah Yang Empunya Nur(iaitu Allah) dan kelihatan pulalah idea2 atau objek dalam ilmuNya tadi.Maka melihatlah Yang Empunya Nur(iaitu digelar juga an-Nur kerana nama Zat itu an-Nur) kepada objek2 tadi yang juga berbentuk dan bersifat nur.Maka pandang memandanglah an-Nur dengan objek2 tersebut.Dengan adanya ilmu atau nur itulah maka an-Nur dapat memandang objek2 nur tadi dan objek2 itu pula dapat memandang an-Nur tadi.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat