10 Kesimpulan Tentang SYiah

1)Kaum Syiah Rawafidh berkepercayaan bahawa sahabat2 Nabi SAW kesemuanya murtad dari agama Islam setelah Rasulullah SAW wafat kecuali beberapa orang sahaja.

2)Kaum Syiah berkeyakinan bahawa para sahabat Nabi SAW(selain beebrapa orang saja yang mereka sebut dalam buku2 rujukan agama mereka) telah berkhianat kepada Allah dan RasulNya dan mengkhianati amanat2 yang Rasulullah serahkan kepada mereka dan mereka telah merobah-robah al-Quran yang merupakan amanah di tangan mereka.Mereka para sahabat itu dan barangsiapa mengikuti dan membela mereka adalah kafir yang tidak diterima amalan maupun kebajikan apapun dari mereka.

3)Kaum Syiah berkepercayaan bahawa Khilafah harus ada pada Ali b Abi Thalib kemudian anaknya Alhasan, kemuadian alHusain dan kemudian 9 orang lagi dari anak cucunya alHusain radhiallahu anhum ajmain, dan tidak boleh pada selain mereka itu sekalipun pada anak2nya alHasan cucu Rasulullah atau keluarga Rasulullah yang lain.Adapun Abu Bakar, Umar, Usman dan yang lain menurut Syiah telah merampas kekuasaan dari Ali dan anak2nya.Maka dengan perampasan itu mereka menjadi ZALIM, FASIQ, KAFIR, WAJIB DILAKNAT DAN WAJIB KEKAL DALAM NERAKA.(NauzubiLLAH dari kedengkian Syiah)

4)Kaum Syiah percaya bahawa al-Quran yang ada ini sesungguhnya telah dirobah2, ditambah dan banyak dikurangi dan isinya hanya 1/3 dari Quran yang asli yang disimpan oleh Imam mereka yang ghaib, Muhammad b Hasan al-Askari yang akan membawanya nanti apabila dia keluar dari Gua persembunyiannya.Imam2 kaum Syiah memerintahkan kaum Syiah pengikutnya untuk memakai alQuran yang ada ini secara terpaksa dan secara taqiyyah sampai Imam Ghaib mereka itu datang membawa alQuran yang asli yang dihimpun oleh Amirulmukminin Ali b Abi Thalib RA menurut anggapan dan kepercayaan Syiah Rawafidz(Wal-IazubiLLAH dari kedurhakaan dan dusta mereka)

5)Kaum Syiah percaya kalau Imam2 mereka mengetahui ilmu ghaib dan mengetahui yang telah terjadi dan akan terjadi dan mengetahui yang ada di syurga dan apa yang ada di neraka, dan mereka tidak akan mati terkecuali dengan ikhtiar dan kehendak mereka sendiri dan darjat mereka lebih tinggi dari darjat para Malaikat dan para Rasul.Roh2 mereka diciptakan dari cahaya keagungan Allah seddangkan tubuh2 mereka dan roh2 Syiah mereka Allah ciptakan dari sejenis tanah yang tersimpan dan terpelihara di bawah Arasy.

6)Kaum Syiah percaya bahawa Sunnah dan hadis2 Nabi SAW yang terhimpun dalam kitab2 Sahih, Sunan dan musnad2 kaum muslimin Ahlissunnah wal Jamaah tidak bernilai sayap seekor nyamuk.

7)Kaum Syiah percaya kepada akidah ARRAJ’AH, iaitu kembalinya roh2 ke jasadnya masing2 di dunia ini sebelum Hari Qiamat di kala Imam mereka yang Ghaib keluar dari persembunyiannya di mana Imam itu nanti menghidupkan kembali Ali dan anak2nya beserta para Syiahnya untuk menghukum musuh2nya serta melampiaskan pembalasan dendam kepada mereka yang akan dihidupkan kembali, juga pada waktu itu.Menurut Syiah, mussuh2 itu adalah;Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah, Hafsah dan siapa saja yang mengikuti dan membenarkan mereka dan bersimpati kepada mereka.

8)Kaum Syiah percaya kepada akidah AL-BADA’, iaitu hilangnya sesuatu dari pengamatan Allah, kemudian Nampak kembali bagiNya.Telah disebutkan oleh ulaam mereka:ANNUBAKHTI, bahawa Ja’far b Muhammad al-Baqir menentukan keimaman Ismail anaknya dan menunjuk kepada itu sewaktu Ismail masih hidup.Tetapi Ismail kemudian mati sewaktu ayahnya Ja’far masih hidup.Oleh sebab itu kata mereka, Ja’far berkata:TIDAK ADA YANG TAMPAK BAGI ALLAH DALAM SESUATU HAL SEBAGAIMANA YANG TAMPAK BAGINYA DALAM ANAK SAYA ISMAIL.(Kitab Firaqus Syiah hal 84).Kaum Syiah percaya kalau Imam2 mereka itu MAKSUM(tidak dapat lupa, tidak dapat berbuat salah dan sempurna semenjak mereka lahir sampai mati), sedangkan Imam mereka Ja’far as-Shadiq yang menurut mereka maksum itu telah menentukan dan menobatkan keimaman anaknya sendiri yang bernama Ismail tetapi kemudian Ismail itu meninggal dunia sewaktu ayahnya Ja’far masih hidup.Maka untuk melepaskan diri dari problem “ISHMAH” ini bahawa Imam tidak dapat lupa atau silap, mereka mengada2kan Akidah Bada’.Jadi buat mereka BADA’ adalah tampak bagi Allah dalam hal Ismail yang tadinya tidak tampak.Jadi buat mereka Allah boleh silap tetapi Imam mereka tidak!(WAL-IAZUBILLAH).

9)Kaum Syiah percaya kepada TAQIYYAH dan berkata Taqiyyah itu adalah agamanya dan agama Leluhurnya dan mereka berkata tidaklah beriman barangsiapa tidak pandai2 bertaqiyyah dan bermain watak.Erti Taqiyyah itu adalah menampakkan selain yang mereka niat dan sembunyikan.Bila mereka bertemu orang beriman, mereka katakan kami ini beriman.Tetapi bila mereka menyendiri dengan tokoh2 mereka, mereka berkata:- Sebenarnya kami tetap menyertai kamu.Kami hanya memperdaya mereka.Sesungguhnya Allah-lah yang memperdaya mereka dan menghanyutkan mereka tenggelam dalam kesesatan.

10)Syiah percaya adanya NIKAH MUT’AH yang telah Allah HARAMKAN atas kaum muslimin sampai hari kiamat.Tetapi aqidah Syiah berkata:Silakan sekaligus anda kahwin seribu dari perempuan2 itu sebab wanita2 itu adalah wanita2 sewaan.Telah diriwayatkan oleh AlKulani, bahawa Abban b Ta’lab berkata kepada Ja’far as-Sodiq:ITU TIDAK MENJADI SOAL BAGIMU, YANG PENTING PERCAYA SAJA APA YANG DIKATAKAN WANITA ITU.Tidak cukup dengan DUSTA itu saja, malah Syiah menggalakkan serta menghimbau pengikut mereka untuk kahwin mut’ah dengan berani berdusta atas nama Allah dan RasulNya dan berkata bahawa Rasulullah SaW bersabda: Barangsiapa kahwin mut’ah satu kali darjatnya sama dengan darjat alHusain dan barangsiapa kahwin mut’ah 2 kali maka darjatnya sama dengan darjat alHasan, dan barangsiapa kahwin mut’ah 3 kali maka darjatnya sama dengan darjat Ali b Abi Thalib, dan barangsiapa kahwin mut’ah 4 kali maka darjatnya sama dengan darjatku.(Tafsir Minhajussadiqin 2-493).Demikianlah kejinya dusta dan durhaka mereka kepada Rasulullah SAW.Mereka juga berkata kahwin mut’ah itu bermula dan berakhir tanpa saksi, tanpa wali, tanpa warisan, tanpa perceraian dan boleh untuk satu jam, satu hari atau lebih dari itu, menurut hajat keperluan kepada wanita2 itu.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat