Posts

Showing posts from January, 2009

Asal kejadian

Image
Allah mula2 menjadikan cahaya atau nur yang digelar dengan Nur Muhammad SAW dari nur sifat JamalNya[keindahanNya].Nabi Muhd SAW pernah bersabda bahawa yang awal dijadikan Allah ialah roh Muhammad.Ia dijadikan dari cahaya ketuhanan.Selanjutnya Nabi bersabda bahawa yang mula2 dijadikan ialah Qalam[pena] dan juga sabdanya bahawa yang paling awal dijadikan ialah akal. Sekarang tahulah kita bahawa yang awal dijadikan Allah ialah satu realiti yang ghaib dan bersifat kerohanian yang dinamakan nur,roh,qalam dan akal.Ia adalah suatu realiti yang mempunyai berbagai nama menurut fungsinya dan dari sudut mana kita memandang. Realiti yang batin atau ghaib ini digelar oleh orang2 sufi sebagai Haqiqatul Muhammadiah.Realiti atau hakikat ini digelar dengan banyak nama.Ianya digelar nur atau cahaya kerana ia bebas dan bersih dari segala kegelapan.Ataupun ia digelar nur kerana dengan adanya cahaya tersebut segala kegelapan hilang musnah. Hakikat ini juga digelar 'aqlul kull[akal semesta] kerana ia ta

Sedarkan diri sebelum terlambat

Ayuhai orang yang menjauhkan diri dari al-Haq. Ayuhai orang yang melarikan diri dari syariat. Ayuhai orang yang tidak mempedulikan agama. Ayuhai penghuni bumi yang suka menurutkan hawa nafsu. Ayuhai orang yang menyembah Ghairullah. Ayuhai orang yang melupakan Allah. Kamu sekelian tidak akan terlepas dari hukuman Allah, Tuhan yang kuasaNya meliputi segala sesuatu dari yang sekecil-kecilnya kepada yang sebesar-besarnya.Datanglah dengan merendahkan diri kepada Allah.Pohonlah rahmat daripadaNya.Mintalah segala yang baik daripadaNya.Bertaubatlah kepadaNya jika kamu telah berdosa.Ingatlah dengan memperbanyak berzikir kepadaNya.Sembahlah Dia dengan khusyuk dan kerendahan diri.Nescaya Dia akan memberikan kepada kamu segala apa yang dicita-citakan itu. Tetapi semua itu mestilah dilakukan dengan penuh ikhlas dengan membelakangi semua tuntutan hawa nafsu kamu kerana hawa nafsu itu akan menarik kamu jauh daripada Allah.Sedang segala urusan yang dibuat tidak menggantungkan harapan kepada Allah tent

surah makkiyah dan surah madaniyah

ketahuilah bahawa Allah menurunkan al-quran dari luh mahfuz ke langit dunia sekaligus pada bulan ramadhan-malam lailatul qadar. kemudian diturunkan beransur-ansur kepada Nabi SAW melalui perantaraan Jibril berdasarkan peristiwa yang berlaku di zaman baginda mengikut ketentuan Allah. Tertib penurunan al-quran bukan sebagaimana tertib mashaf sekarang ini.Ayat pertama yang diturunkan di makkah ialah iqra' bismirabbikallazi khalaq.kemudian mengikut tertibnya adalah surah NUN wal qalami, al-muzzammil, al-mudassir, tabbat yada abi lahab, izasyamsu kuwwirat, sabbihisma rabbikal a'la, wallaili iza yaghsya, walfajri, wadhuha, alam nasyrah, wal asri, al-'adiyat, al-kausar, at-takasur, araaita, al-kafirun, al-fil, al-ikhlas. Kemudian an-najmu, abasa, al-qadr, al-buruj, at-tin, quraisy, al-qariah, al-qiamah, al-humazah,al-mursalat, qaf, al-balad, at-toriq, iqtarabatis sa'ah, sad, al-a'raf,al-jin, yasin, al-furqan, fatir, maryam,toha, al-waqiah, asy-syuara', an-namlu, al-qa

antara dakwah dan sunnah

Bila kita berdakwah mesti kita tertanya-tanya adakah dakwah kita bertepatan dengan sunnah.Apakah boleh kita berdakwah melalui internet seperti blogger masa kini?Adakah boleh kita berdakwah melalui pilihan raya seperti ikhwanul muslimin.Bolehkah kita guna kedua-dua kaedah ini sedangkan Nabi tak pernah buat? untuk menjawab soalan ini kita perlu faham apakah itu sunnah.sunnah mempunyai maksud di segi bahasa dan istilah.di segi bahasa ia bermaksud jalan yang dilalui oleh seseorang atau sesuatu secara berulang2.di antaranya kita sebut sunnatullah.sunnah manusia pula ialah jalan yang dilazimi olehnya sama ada jalan itu dipuji atau dikeji. menurut istilah fuqaha',sunnah ialah ibadah nawafil yang dibawa oleh nabi saw.sunnah juga ada kalanya di dalam kitab fiqh merujuk kepada sesuatu yang berlawanan dengan bid'ah.dikatakan seseorang itu menganalkan sunnah bila amalannya selari dengan amalan nabi saw dan melakukan bid'ah bila sebaliknya. dalam istilah usul fiqh,sunnah ialah sesuatu y

asyairah dan maturidiah adalah ahli sunnah wal jamaah

Menurut al-khayali dalam hasyiahnya ke atas syarah al-aqaid;al-asyairah adalah ahlu sunnah wal jamaah.kelompok ini masyhur di negeri khurasan,iraq,syam.begitu juga almaturidiah juga ahli sunnah.antara dua kumpulan ini ada sedikit perbezaan pendapat. Di antara kitab2 asyairah adalah seperti kitab al-asma' was sifat karya abu mansur abd qahir b tohir b muhd at-tamimi al-baghdadi,kitab as-sunnah karya imam abul qasim hibatullah b al-hasan at-tobari al-lalakai,at-tazkirah al-qusyairiah karya al-imam abu nasr abd rahim b abd karim al-qusyairi,al-madkhal al-ausat ila ilmil kalam karya imam abu bakar muhd b al-hassan b faurak,al-kafi fil aqdis sofi karya al-imam al-faqih abul qasim abd rahman b abd somad al-iskaf an-naisaburi,umdatul aqaid wal fawaid biisbatil syawahid karya imam yusuf b zunas al-fandalai al-maliki,mu'taqid ahlus sunnah wal jamaah karya imam ruknul islam abu muhd abdullah b yusuf al-juwaini,i'tiqad ahlus sunnah karya imam zainul islam abul qasim abd karim b hawazi

kelebihan jamaah tabligh.

Hari tu aku cerita sebuah jamaah yang dikenali dengan nama jamaah tabligh dan dakwah.Jamaah ini terbina atas 2 dasar: 1)Menyampaikan dakwah Islam kepada seluruh umat berdadarkan sirah sahabat. 2.mengajak orang islam mendirikan solat kerana ia dapat mencegah daripada perbuatan mungkar. jamaah ini memmpunyai 40 usul yang tidak tertulis dalam kitab.tiap2 usul mempunyai adab dan fadilat yang tak terbilang.semuanya berdasarkan kitab allah dan sunnah khulafa rasyidin. aku kenal depa ni dan pernah keluar dengan depa.dan aku tak dapati daripada mereka apa yang bercanggah dengan kitab dan sunnah.bahkan aku belajar banyak daripada depa.bahkah ada di kalangan ulama al-azhar yang pernah keluar dengan depa.antaranya ialah dr. muhd bakar ismail, ustaz tafsir dan ulum quran universiti al-azhar. depa ni banyak baca quran,zikir,solat jemaah di masjid,tak cerita keaiban orang dan tak bincang perkara khilaf.bab ni aku setuju sebab bincang perkara khilaf bagi orang awam boleh membawa kepada perpecahan di
Semalam aku pi mesyuarat tabligh sik.Mesyuarat putuskan kami akan keluar dakwah minggu depan 3 hari.Aku ikut je la. Bila sebut pasal tabligh ni ada positif dan ada negatifnya.Antara negatif terbesar dalam tabigh mengikut pendapat aku ialah kebanyakan ahli tabligh menolak politik demokrasi yang diamal oleh PAS.Depa kata tak menepati syarak.Ada sorang tabligh tu aku tanya dia pernah ngundi dak dan dia kata tak pernah.Aku cakap kat dia pilih pemimpin tu wajib dalam Islam.Dia kata dia ada cara tersendiri untuk pilih pimpinan.Dia beramal dan berdakwah.And then Allah akan hantar pemimpin terbaik untuk umat Islam hasil usaha dakwah.Aku malas nak komen sama ada sistem p/raya ni menepati syarak ka tidak sebab telah pun dijawab oleh ulama gerakan Islam seluruh dunia seperti Ikhwanul Muslimin,HAMAS dan PAS. Satu lagi negatif dalam tabligh ni sebahagian ahlinya bila bayan bukan berdasarkan ilmu.Contohnya aku pernah dengar bayan dari seorang tabligh kat surau putrajaya.Dia sebut Allah taala ciptaka

Mandi Junub

Malam tadi aku pi ngaji kitab hidayatussalikin kat Masjid Sik.Bab mandi junub.Dapat la ilmu baru.Rupanya junub tu diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud di samping ataupun di tepi.Ini kerana sewaktu kita jimak isteri kita(bagi yang dah kahwin la)kita mengiring ke samping ataupun ke tepi.

Imam Abu Hanifah adalah ulama tariqat

Sesungguhnya ulama Islam di kalangan fuqaha' dan muhadisin mengikuti jejak langkah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.Mereka menghimpunkan antara syariat,tariqat dan hakikat.Mereka melaksanakan ibadat dengan penuh keikhlasan dan merasai kemanisannya serta mengetahui rahsia-rahsianya.Mereka bermujahadah melawan nafsu dan mengislahkan hati mereka.Hasil amal soleh,taqwa dan makrifat mereka, Allah anugerahkan kefahaman terhadap kitabNya dan istinbat hukum syarak.Semoga Allah memberi manfaat dengan ilmu mereka kepada seluruh umat sepanjang zaman seolah-olah mereka masih hidup dengan peninggalan mereka yang kekal usaha ilmiah mereka yang diberkati. Dinukilkan daripada al-Faqih al-Hanafi al-Hashkafi:Abu Ali ad-Daqqaq berkata:Aku ambil tariqat daripada 1)Abul Qasim an-Nasr Abazi, daripada 2)ash-Shibli,daripada 3)as-Sirri as-Saqti daripada 4)Makruf al-Kurkhi,daripada 5)Daud at-To'i,dia mengambil ilmu dan tariqat daripada 6 ) Imam Abu Hanifah r.a. Maka sewajarnya fuqaha' zam

Ilmu Syarak

Mengikut Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya' Ulumuddin, ilmu syarak ada 4 jenis. Jenis pertama:Al-Usul iaitu kitab Allah(al-Quran), Sunnah Rasul SAW, ijmak ulama dan athar para sahabat. Jenis kedua:Al-Furu' iaitu apa yang difahami daripada 4 usul tersebut yang diistinbatkan oleh ulama.Ia pula terbahagi kepada 2. Pertama:Perkara yang bersangkutan dengan kemaslahatan dunia sebagaimana yang terkandung dalam kitab-kitab fiqh. Kedua:Perkara yang bersangkutan dengan maslahat akhirat iaitu ilmu hal ehwal hati dan ilmu akhlak mahmudah dan mazmumah dan apa yang diredhai oleh Allah dan apa yang dibenci olehNya.(Ilmu tasauf) Jenis ketiga:Al-Muqaddimah(Pendahuluan) iaitu ilmu alat seperti ilmu lughah(bahasa) dan nahu.Ilmu ini pada asalnya bukan ilmu syarak tetapi kita mesti mendalami ilmu ini dengan sebab syarak.Ini kerana syariat datang dengan bahasa Arab. Jenis keempat:Al-Mutammimat(Pelengkap) seperti ulum Quran.Di antaranya ialah ilmu qiraat,makhraj huruf,tafsir.Demikian juga ilmu nasi

Warak menurut Imam al-Ghazali

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya' Ulumuddin, Warak mempunyai 4 martabat. Martabat pertama:Warak yang disyaratkan dalam adilnya penyaksian iaitu memelihara daripada haram yang zahir Martabat kedua:Warak orang-orang soleh iaitu menjaga daripada syubhat yang tidak diketahui haram atau halal. Martabat ketiga:Warak orang bertaqwa iaitu meninggalkan perkara halal yang ditakuti akan jatuh kepada perkara haram.Contohnya serperti warak daripada berbicara tentang hal ehwal manusia kerana takut jatuh kepada hukum mengumpat. Martabat keempat:Warak Siddiqin iaitu berpaling daripada sesuatu selain Allah kerana takut berlalunya satu saat umurnya kepada sesuatu yang tak menambahkan dekatnya kepada Allah sekalipun dia tahu dan pasti perkara itu tidak membawa kepada haram.

Politik menurut Islam

Imam al-Ghazali menulis dalam kitab Ihya' Ulumuddin:Politik ataupun siasah dalam mengislahkanMakhluk Allah dan memberi petunjuk kepada mereka ke jalan yang lurus yang menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat terdiri drpd 4 martabat: Martabat Pertama iaitu martabat tertinggi adalah adalah siasah para Nabi dan hukum mereka ke atas golongan khas dan awam zahir dan batin.Dan merkalah para Nabi ahli siasah yang paling afdal. Martabat Kedua:Siasah para Khalifah,raja dan sultandan hukum mereka ke atas golongan khas dan awam sekalian tetapi dalam hukum zahir sahaja bukannya batin. Martabat Ketiga:Siasah Ulama' BILLAH yang merupakan pewaris Nabi.(Ulama Tasauf yang menghimpunkan antara hakikat dan syariat..Hukum mereka ke atas batin golongan khas sahaja kerana golongan awam tidak mampu untuk mengambil faedah daripada mereka. Martabat Keempat:Siasah Fuqaha' dan hukum mereka ke atas batin golongan awam. Siasah yang paling mulia selepas nubuwwah ialah menyebarkan limu yang bermanfaat