Ilmu Syarak

Mengikut Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya' Ulumuddin, ilmu syarak ada 4 jenis.

Jenis pertama:Al-Usul iaitu kitab Allah(al-Quran), Sunnah Rasul SAW, ijmak ulama dan athar para sahabat.

Jenis kedua:Al-Furu' iaitu apa yang difahami daripada 4 usul tersebut yang diistinbatkan oleh ulama.Ia pula terbahagi kepada 2.

Pertama:Perkara yang bersangkutan dengan kemaslahatan dunia sebagaimana yang terkandung dalam kitab-kitab fiqh.

Kedua:Perkara yang bersangkutan dengan maslahat akhirat iaitu ilmu hal ehwal hati dan ilmu akhlak mahmudah dan mazmumah dan apa yang diredhai oleh Allah dan apa yang dibenci olehNya.(Ilmu tasauf)

Jenis ketiga:Al-Muqaddimah(Pendahuluan) iaitu ilmu alat seperti ilmu lughah(bahasa) dan nahu.Ilmu ini pada asalnya bukan ilmu syarak tetapi kita mesti mendalami ilmu ini dengan sebab syarak.Ini kerana syariat datang dengan bahasa Arab.

Jenis keempat:Al-Mutammimat(Pelengkap) seperti ulum Quran.Di antaranya ialah ilmu qiraat,makhraj huruf,tafsir.Demikian juga ilmu nasikh dan mansukh,am dan khas,an-nash dan azh-zhahir sepertimana yang terkandung di dalam ilmu usul fiqh.Begitu juga ilmu rijalul hadis, nama-nama perawi,nasab mereka, nama-nama sahabat dan sifat mereka,ilmu 'adalah para perawi hadis dan juga ilmu hal ehwal mereka untuk membezakan yang mana dhaif dengan yang kuat.Juga mengetahu umur mereka untuk membezakan mursal dan musnid.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat