surah makkiyah dan surah madaniyah

ketahuilah bahawa Allah menurunkan al-quran dari luh mahfuz ke langit dunia sekaligus pada bulan ramadhan-malam lailatul qadar. kemudian diturunkan beransur-ansur kepada Nabi SAW melalui perantaraan Jibril berdasarkan peristiwa yang berlaku di zaman baginda mengikut ketentuan Allah.

Tertib penurunan al-quran bukan sebagaimana tertib mashaf sekarang ini.Ayat pertama yang diturunkan di makkah ialah iqra' bismirabbikallazi khalaq.kemudian mengikut tertibnya adalah surah NUN wal qalami, al-muzzammil, al-mudassir, tabbat yada abi lahab, izasyamsu kuwwirat, sabbihisma rabbikal a'la, wallaili iza yaghsya, walfajri, wadhuha, alam nasyrah, wal asri, al-'adiyat, al-kausar, at-takasur, araaita, al-kafirun, al-fil, al-ikhlas.

Kemudian an-najmu, abasa, al-qadr, al-buruj, at-tin, quraisy, al-qariah, al-qiamah, al-humazah,al-mursalat, qaf, al-balad, at-toriq, iqtarabatis sa'ah, sad, al-a'raf,al-jin, yasin, al-furqan, fatir, maryam,toha, al-waqiah, asy-syuara', an-namlu, al-qasas, bani israil atau al-isra', yunus, hud, yusuf, al-hijr, al-an'am, as-soffat, luqman, saba', az-zumar, al-mukmin, hamim sajadah, hamim ain sin qaf, az-zukhruf, ad-dukhan, al-jasiah, al-ahqaf, az-zariat.

Kemudian surah al-ghasyiah, al-kahfi, an-nahli, Nuh, Ibrahim, al-anbiya', al-mukminun, alif lam mim tanzil sajadah, at-tur, al-mulk,al-haqqh, saala sailun, amma yatasaalun, an-naziat, izas samaun fatorot, izas samaun syaqqat, ar-rum, al-ankabut.Ulama berselisih tentang surah terakhir diturunkan diMakkah.Kata Ibnu Abbas al-ankabut.Kata ad-Dohak dan 'Ato' al-mukminun.Kata Mujahid wailun lil mutaffifin.Maka kesemua surah yang diturunkan di Makkah berjumlah 83 surah berdasarkan riwayat yang siqah.

manakala di Madinah diturunkan 31 surah.surah pertama diturunkan di Madinah ialah al-baqarah, kemudian al-anfal, ali imran, al-ahzab,al-mumtahanah,an-nisa', iza zulzilatil ard, al-hadid, Muhd saw, ar-ra'du, ar-Rahman, al-insan, at-tolaq, lam yakun, al-hasyr, al-falaq,an-nas, iza jaa nasrullahi wal fath, an-nur, al-haj,al-munafiqun,al-mujadalah,al-hujurat,at-tahrim,as-sof,al-jumuah,at-taghabun, al-fath, at-taubah, al-maidah.Sebahagian ulama mendahulukan al-maidah daripada at-taubah.

Manakala surah al-fatihah dikatakan diturunkan dua kali.Sekali di Makkah dan sekali di Madinah.Ulama juga berselisih tentang beberapa surah sama ada diturunkan di Makkah ataupun di Madinah.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat