Tuesday, January 6, 2009

Semalam aku pi mesyuarat tabligh sik.Mesyuarat putuskan kami akan keluar dakwah minggu depan 3 hari.Aku ikut je la.

Bila sebut pasal tabligh ni ada positif dan ada negatifnya.Antara negatif terbesar dalam tabigh mengikut pendapat aku ialah kebanyakan ahli tabligh menolak politik demokrasi yang diamal oleh PAS.Depa kata tak menepati syarak.Ada sorang tabligh tu aku tanya dia pernah ngundi dak dan dia kata tak pernah.Aku cakap kat dia pilih pemimpin tu wajib dalam Islam.Dia kata dia ada cara tersendiri untuk pilih pimpinan.Dia beramal dan berdakwah.And then Allah akan hantar pemimpin terbaik untuk umat Islam hasil usaha dakwah.Aku malas nak komen sama ada sistem p/raya ni menepati syarak ka tidak sebab telah pun dijawab oleh ulama gerakan Islam seluruh dunia seperti Ikhwanul Muslimin,HAMAS dan PAS.

Satu lagi negatif dalam tabligh ni sebahagian ahlinya bila bayan bukan berdasarkan ilmu.Contohnya aku pernah dengar bayan dari seorang tabligh kat surau putrajaya.Dia sebut Allah taala ciptakan manusia dengan tanganNya sendiri sembil menunjuk kepada tangan dia sendiri.Ni fahaman mujassimah yang jauh terpesong daripada akidah ahlu sunnah wal jamaah.Mengikut ulama kita, setiap ayat dan hadis sifat yang menunjukkan Allah berjisim seperti bertangan,mempunyai mata,kaki dan sebagainya perlu ditakwil dengan takwilan yang selayaknya dengan kesempurnaan Allah.Contohnya tangan Allah ditafsirkan sebagai kuasa dan qudrat Allah.Ayat Quran dan hadis bukan semua boleh diambil secara zahirnya sahaja tetapi perlu merujuk kepada syarahan para ulama.

Inilah padahnya bila tak mau ngaji dan hanya berpandukan kitab fadhail.Kita akui kitab tu disusun oleh seorang yang alim rabbani tetapi mesti belajar ilmu2 lain dan kitab2 lain sama.Sebagai contoh ahli tabligh nak berdakwah kerana ada saranan Nabi suruh sampaikan kepada umat manusia walaupun satu ayat.Depa kata depa tau ayat atau kalimah LA ILAHA ILLALLAH maka depa pun sampaikan la kalimah tu.Tapi adakah depa faham dan mengaji sifat 20 yang merupakan intipati kepada kalimah tauhid tersebut.

Satu lagi depa tak hirau sangat masalah dan isu semasa yang menimpa umat Islam.Macam mana depa boleh kata ikut sunnah sedangkan Nabi SAW sebut siapa yang tak ambil tahu urusan orang Islam bukan di kalangan kami.

Satu lagi depa dok kata jalan depa ja betul dan ikut sunnah Nabi.Ayah aku pernah cerita ada waktu jamaah tabligh dari India mai kampung aku.Depa tanya ayah aku pernah keluar dakwah dak?Ayah aku kata adik dia(pak menakan aku) selalu keluar dakwah.Ahli jemaah tu kata adik comfirm masuk syurga tapi abang belum tentu lagi.Apa cerita ni?

Minta maaf kalau ada ahli Tabligh yang baca.Ada juga kebaikan tabligh yang akan aku tulis pada masa akan datang.Minta maaf kalau tersinggung.Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk adalah kelemahan saya sendiri.

3 comments:

lipas hadari said...

sebenarnya puak2 tabligh ni memang dah lari dari dasar tabligh yang sebenarnya..jika kita merujuk kepada sejara tabligh baginda s.a.w..dalam satu masa tabligh bagainda menyeru kearah makruf dan nahi mungkar tetapi baginda ada power untuk merealisasikan dakwah tersebut..jika tidak tabligh yang d momokkkan oleh puak2 ni terbengkalai malah hanya mnjadi sia2..kita melihat tragedi palestin adakah puak ni tampil membantah.isu murtad adakah puak ni bangun semuanya di laksanakan oleh pembankang khususnya..jadi jika isu besar sebegini didiamkan oleh mereka apakah layak mereka menjadi pembala kepada agama...tidak dinafikan sumbangan tabligh kepada masyarakat cukup besar..tetapi yang dilihat cuma sikit sahaja..jadi sebagai umat islam yang menyayangi muslim yang lain..satu tindakan perlu utk myelamatkan umat yang lain...kita melihat sperti melaksanakan solat hajat utk mylamat umat islam yang lain adakah di laksanakan secara besar besaran..jadi konteks yang diamanahkan syeikh alias al kandahlawee sudah tersasar..jadi renung2kan

saya said...

syeikh, bila enta nk komen respons kpd komen ana dlm posting lama enta yg enta tulis tajuk: UMNO,PAS,Wahabi n SYiah ?

saya said...

ana petik semula perenggan tulisan ibnu azmi: "...Dia sebut Allah taala ciptakan manusia dengan tanganNya sendiri sembil menunjuk kepada tangan dia sendiri. Ni fahaman mujassimah yang jauh terpesong daripada akidah ahlu sunnah wal jamaah. Mengikut ulama kita, setiap ayat dan hadis sifat yang menunjukkan Allah berjisim seperti bertangan, mempunyai mata, kaki dan sebagainya perlu ditakwil dengan takwilan yang selayaknya dengan kesempurnaan Allah. Contohnya tangan Allah ditafsirkan sebagai kuasa dan qudrat Allah. Ayat Quran dan hadis bukan semua boleh diambil secara zahirnya sahaja tetapi perlu merujuk kepada syarahan para ulama.."

Ana setuju andai hal menyamakan ALlah dg ssuatu dr makhluk itu, dinamakan fahaman mujassimah, kerna ia berlawanan dg firman Allah "laisa ka mithlihi syaik". Mmg kita tidak boleh membanding atau menyamakan Allah dg apa2 pn.

Tp, sekiranya kita mnerima ssuatu hadis atau ayat quran berkenaan sifat Allah, yg kebetulan frasa2 sifat yg Allah guna dlm ayat2nya itu atau hadis2 nabi itu bersamaan dgn penggunaan frasa2 yg kita guna n yg terdapat pd tubuh kita spt contohnya, 'tangan Allah', 'wajah Allah', 'Allah beristiwa di atas arasy' dll, maka kita terima saja lah frasa2 tu tanpa takwil. Kerana para ulama salaf menerima frasa2 itu tanpa perlu ditakwil2, tanpa tak-yif(yakni kita bertanya bagaimana), tanpa tamsil(memisalkannya), namun mereka semua beriman dg frasa2 itu. Ttp hal itu tidaklah memasukkan para ulama salaf dlm golongan mujassimah.

Stakat yg ana mengaji n tahu, belum pernah para ulama mazhab yg empat mentakwilkan 'tangan Allah' itu sbg rahmat@pertolngan@kuasa Allah@qudrat Allah. Mereka semua menerimanya tanpa perlu takwil.

Malah imam malik ketika membicarakan 'istawa Allah' pernah berkata: "Istiwa' (bersemayam) itu difahami. Bagaimana cara@keadaannya(bagaimana istiwa' itu) tidak diketahui. Beriman kepadanya adalah wajib dan bertanya(bertanya: bagaimana, dll) tentangnya adalah bid'ah." Ini kata2 imam malik. Bukan kata2 ana.

Org2 @ golongan yg mahu mentakwil maksud 'tgn Allah', dll, adalah dikenali dr golongan khalaf. Belum pernah ana tahu adanya org2 salaf, termasuk ulama mazhab yg empat yg mentakwilnya. Malah, stakat ana tahu, imam abu hasan al-asy'ari sndiri yg pernah mentakwil berkenaan hal ini, telah mengarang kitabnya yg bertajuk Al-ibaanah. Tujuan penulisannya yg ana tahu, ialah sebagai penjelasannya n pembetulan yg terkini berkenaan kesilapan kefahaman aqidah dirinya sndiri yg lalu, berkenaan masalah ini, lalu beliau berubah kpd aqidah para salaf yg tidak mahu mentakwil dlm masalah berkenaan sifat2 Allah ini. Ssungguhnya kefahaman golongan salaflah yg lebih baik, selamat, sejahtera, tepat n rojih utk diikuti petunjuk mereka dlm membahaskan masalah aqidah, terutama dlm hal2 berkenaan sifat2 ALlah. Wallahu alam.