Friday, January 2, 2009

Imam Abu Hanifah adalah ulama tariqat

Sesungguhnya ulama Islam di kalangan fuqaha' dan muhadisin mengikuti jejak langkah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.Mereka menghimpunkan antara syariat,tariqat dan hakikat.Mereka melaksanakan ibadat dengan penuh keikhlasan dan merasai kemanisannya serta mengetahui rahsia-rahsianya.Mereka bermujahadah melawan nafsu dan mengislahkan hati mereka.Hasil amal soleh,taqwa dan makrifat mereka, Allah anugerahkan kefahaman terhadap kitabNya dan istinbat hukum syarak.Semoga Allah memberi manfaat dengan ilmu mereka kepada seluruh umat sepanjang zaman seolah-olah mereka masih hidup dengan peninggalan mereka yang kekal usaha ilmiah mereka yang diberkati.

Dinukilkan daripada al-Faqih al-Hanafi al-Hashkafi:Abu Ali ad-Daqqaq berkata:Aku ambil tariqat daripada

1)Abul Qasim an-Nasr Abazi, daripada
2)ash-Shibli,daripada
3)as-Sirri as-Saqti daripada
4)Makruf al-Kurkhi,daripada
5)Daud at-To'i,dia mengambil ilmu dan tariqat daripada
6) Imam Abu Hanifah r.a.

Maka sewajarnya fuqaha' zaman sekarang mencontohi al-Imam dengan menghimpunkan antara syariat dan hakikat semoga Allah memberi manfaat dengan ilmu mereka seperti mana al-Imam al-Kabir Abu Hanifah.

Kalaulah ada orang berkata kalau toriq tasauf itu perkara yang disyariatkan sudah tentu Imam 4 Mazhab akan mengarang kitab-kitab berkenaan tetapi kita tidak melihat sebuah kitab pun daripada mereka.

Soalan ini dijawab oleh Imam asy-Sya'rani:"Para mujtahid tidak mengarang kitab dalam ilmu ini kerana kurang penyakit-penyakit hati pada zaman mereka dan mereka terselamat daripada riya' dan nifaq.Sekalipun kita katakan kemungkinan ada penyakit-penyakit tersebut namun ia terkena kepada sebilangan kecil manusia.Dan tugas besar mujtahid pada zaman tersebut adalah menghimpunkan dalil-dalil daripada para Imam Tabiin untuk diistinbatkan hukum.Maka perkara tersebut lebih penting daripada menyibukkan diri untuk membincangkan mengenai hal ehwal hati sebilangan kecil manusia".

15 comments:

saya said...

salam..
bleh ana tahu, dr mana ye enta nukilkan kata2 jawapan imam syafie di atas?bukan ape, ana nk rujuk senang sket. jzkk.

refah00 said...

Bila masa pulak ana nukil kat2 imam syafie

saya said...

mksud ana, apa yg enta tulis ni dlm posting bertajuk "Imam Abu Hanifah adalah ulama tariqat" pd perenggan ni: Soalan ini dijawab oleh Imam asy-Sya'rani:"Para mujtahid tidak mengarang kitab dalam ilmu ini kerana kurang penyakit-penyakit hati pada zaman mereka dan mereka terselamat daripada riya' dan nifaq.Sekalipun kita katakan kemungkinan ada penyakit-penyakit tersebut namun ia terkena kepada sebilangan kecil manusia.Dan tugas besar mujtahid pada zaman tersebut adalah menghimpunkan dalil-dalil daripada para Imam Tabiin untuk diistinbatkan hukum.Maka perkara tersebut lebih penting daripada menyibukkan diri untuk membincangkan mengenai hal ehwal hati sebilangan kecil manusia".

so, dr mana enta amik jawapan imam syafie ni?sekadar bertanya.

refah00 said...

Mana ada ana nukil pendapat Imam Syafii.Imam asy-Sya'rani.Baca elok2.Cari kitab haqaiq anit tasauf karangan Syeikh Abd Qadir Isa.Ada kitab tu?

saya said...

owh, baru ana perasan. bukan syafie, tp sya'rani. mhon maaf ats kesilapan yg tak disengajakan. syeikh ibnu azmi, enta ada dgr tak isu panas mesir tahun lepas? berkenaan kesilapan fatwa yg dikluarkan oleh ketua jabatan hadith universiti al-azhar sndiri, iaitu Dr.ezzat atiya..

saya said...

bukan tahun lepas, tp pertengahan tahun 2007

saya said...

syeikh, bleh tak klu ana selaku sorg muslim taknak masuk tariqat? ada kekurangan apa2 tak klu ana taknak masuk tariqat jenis apa pn, tp ana just beramal dg tariqat rasulullah-zikir n wirid yg rasulullah ajar, yg ana dpt melalui hadith2 yg diklasifikasikan sahih oleh para ulama hadith, dg melalui 'ilmu alat' yg ana ada, contohnya ilmu 'jarh wa ta'dil', ilmu diroyah@riwayat, ilmu mustolahul hadith, sababul wurud, dll, bleh ke? adakah org yg terlibat tariqat lebih mulia dr org yg tak terlibat?

refah00 said...

Boleh,tak dak masalah.Tapi anta jangan dok kata ulama tariqat yang muktabar sesat dan bid'ah pulak.Kalau ilmu kita tak sampai jangan dok sebut.Baik serahkan kepada ahlinya.

saya said...

Stakat yg ana tahu n ingat, ana belum pernah 'menyesatkn' n 'membid'ahkan' sesiapa pn, alhamdulillah ala kulli hal.

Menurut laporan Dr. Danial Zainal Abidin(beliau doktor perubatan, agak kerap mnjd panel halaqah tv9 n motivasi pagi tv3) ketika ana hadir mendengar sndiri kuliahnya, di hadapannya, dgn mata ana, telinga ana mendgr, beliau menceritakan(sblum beliau mnjadi diri beliau yg skrg) bahwa beliau pernah menjadi ketua majlis zikir tariqat sewaktu belajar di mesir muda2 dulu. Beliau bercerita, beliau pernah mencium kaki gurunya kerana ingin mengambil berkat (tabarruk). Beliau jgk pernah bersolat di kubur bapa gurunya, malah pernah melihat gurunya solat menghadap kubur bapanya, bukan menghadap kiblat. Beliau pernah dilihat oleh gurunya sbg org kanan gurunya. Gurunya pernah berkata kpdnya: "danial, enta ni, bleh pergi lebih jauh lg" (saat mendgr citernya, ana berbisik dlm hati: "subhanallah, walaupn kbykn tabi'in adalah murid kpd sahabat2 nabi, namun mereka tak pernah mencium kaki para sahabat, walaupn para sahabat lebih berkat n hebat maqamnya dr para guru tariqat. Tidak pernah pula ana tahu n dgr bahwa imam syafie pernah mencium kaki gurunya yg mulia iaitu imam malik. Malah perbuatan guru tariqat Dr.danial td yg solat menghadap kubur bapanya itu, agak 'berbeza'(bahasa lembut) dgn larangan nabi yg berpesan agar kita jgn bersolat menghadap kiblat. Mungkinkah guru tariqatnya itu lebih tinggi maqamnya dr rasulullah?)

Lalu, saat beliau pulang ke malaysia, beliau disambut dg hebat bila org malaysia tahu bahwa dia adalah ketua majlis zikir tariqat di mesir, sehingga ada seorang yg berbisik kpdnya: "danial, enta tak perlu solat dah".

jd, ana nk tanya enta, apa enta akan komen berkenaan tariqat dr.danial ni, klu kita nk guna bahasa paling lembut n paling hikmah?

aminkhalidy said...

assalamualaikum....

saya syorkan supaya ust danial mengaji lgi,mga jernih dn terang kebenaran ttng tarekat,xperlu cari guru smpi ke mesir,d malaysia ni pun ada mursyid y sahih ikhlas sedia membimbing sesiapa y nak beramal.sy rasa ust danial silap pilih guru,nak dcariny guru seperti hassan al basri,y jmpny ayah pin...itulah kena mgaji lagi..ttng pengalaman Dr danial tu satu pun tak pernah tn guru saya ajar...klu2 terjumpa Dr danial lagi tlg berikan nombr hp saya pd dia,nnti saya perkenalkan guru tarekat y sahih d malaysia nih...0139997830..

refah00 said...

terima kasih tuan aminkhalidy tolong jawab.satu lagi setiap kata2 atau perbuatan yang disandarkan kepada tasauf tetapi tidak menepati al-quran,hadis,ijmak dan qiyas adalah tertolak.

kamu said...

terima kasih ats kaedah ini, jzkk. klu mcm tu, ana stuju sgt dgn kaedah yg baru enta ketengahkan ni: "setiap kata2 atau perbuatan yang disandarkan kepada tasauf tetapi tidak menepati al-quran, hadis, ijmak dan qiyas adalah tertolak". InsyaAllah, jika tiada justifikasi lain, akan ana "gigit kaedah enta ni dgn gigi geraham ana" n akan akan gunakan penghujahan kaedah enta ni dlm perbahasan terhadap para sufi n ahli zuhd.

refah00 said...

yang dok benci sangat ngan puak sufi ni apahal.apa dosa depa pada kamu/

kamu said...

Ana bukan benci dorg. Ana cuma nak ikut kaedah yg enta sndiri bgtau dlm komen enta. Enta kata: "setiap kata2 atau perbuatan yang disandarkan kepada tasauf tetapi tidak menepati al-quran, hadis, ijmak dan qiyas adalah tertolak." Maka, ana mengikut kaedah enta je. Ana akan menolak mana2 ahli tasauf yg tidak menepati al-quran, hadis, ijmak n qiyas je. Bukan membenci sesiapa. Sorg imam yg muktabar, Al-hafiz al-Imam az-Zahabi sndiri pn pernah kritik ulama lain dlm kitabnya: "siyarul a'lam an-nubalak", ttp itu tak bermakna beliau membenci mereka. Malah, beliau teramat mencintai mereka. Mengkritik bukan bermakna membenci. Harap faham.

Al-Afiq said...

Bismillah.

As-Salamu-'Alaikum.

Hai saudaraku. Kesemua kamu, aku tidak tahu siapa dan dari mana. Tetapi dengan nama Al-Rahman, berkatalah padaku bagaimana aku ingin mencari jalan menuju kepadaNya. Sungguh aku inginkan seorang guru tariqat dan membimbang aku. Dan aku telah mujahadah dan nafsu ku terkendali. Telah aku kaji kebanyakan kitab tetapi aku tiada juga mursyid yang membimbing. Bahkan syaikh yang aku rujuk ialah kitab sahaja.

Aku mengenang pernyataan Syaikh Abdul-Qadir Al-Jailani bahawa dia berkata segolongan ahli sufi berkata "Sesiapa tiada syaikh, maka syaitanlah syaikhnya."
Aku bimbang. Tetapi aku cintakan syaikh dan aku sanjung para ulama. Tetapi aku mahu syaikh yang sanggup menjadikan aku muridnya, terlalu sedikit aku mengambil ilmu dari perkataan (lidah) syaikh kecuali yang lain aku hafal dari kitab dan belajar sendiri. Jikalau kamu semua mahu kenali aku dan mengetahui tentang aku. Akulah Abdulllah Muhammad Al-Afiq. Add-lah di messenger AfiQ_92na@. Aku tidak tahu berapa lama lagi aku akan bertahan. Terlalu banyak yang aku ambil dari kitab. Aku mengenang sabda Rasulullah "Telah aku tinggalkan kepada kamu dan jikalau kamu berpegang (teguh) dengannya maka kamu tidak akan sesat selamanya. Iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah."

Hai saudaraku, Hai ahli syurga. Jemputlah aku menyertai kamu. Aku tidak jumpa langsung disekelilingku orang yang menyeru dan mengajak kepada kebaikan. Aku telah berjaya mengendalikan nafsu, telah aku kikis cinta dunia dan telah aku tanam dalam segenap hatiku cinta dan sifat yang suka bertaubat kepada Allah. Maka bagaimanalah aku lakukan kesemua ini tanpa seorang mursyid. Oleh itu, aku khuatir bahawa syaitanlah yang aku ambil sebagai guru. Atau adakah kesemua orang tidak beriman sepenuhnya pada Allah akan segala perbuatanNya yang Dialah mengajar manusia? Semoga aku jumpa seorang mursyid.

As-Salamu-'Alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh wa Hidayatuh wa Maghfiratuh wa Ridwanuhu.