Sedarkan diri sebelum terlambat

Ayuhai orang yang menjauhkan diri dari al-Haq.
Ayuhai orang yang melarikan diri dari syariat.
Ayuhai orang yang tidak mempedulikan agama.
Ayuhai penghuni bumi yang suka menurutkan hawa nafsu.
Ayuhai orang yang menyembah Ghairullah.
Ayuhai orang yang melupakan Allah.

Kamu sekelian tidak akan terlepas dari hukuman Allah, Tuhan yang kuasaNya meliputi segala sesuatu dari yang sekecil-kecilnya kepada yang sebesar-besarnya.Datanglah dengan merendahkan diri kepada Allah.Pohonlah rahmat daripadaNya.Mintalah segala yang baik daripadaNya.Bertaubatlah kepadaNya jika kamu telah berdosa.Ingatlah dengan memperbanyak berzikir kepadaNya.Sembahlah Dia dengan khusyuk dan kerendahan diri.Nescaya Dia akan memberikan kepada kamu segala apa yang dicita-citakan itu.

Tetapi semua itu mestilah dilakukan dengan penuh ikhlas dengan membelakangi semua tuntutan hawa nafsu kamu kerana hawa nafsu itu akan menarik kamu jauh daripada Allah.Sedang segala urusan yang dibuat tidak menggantungkan harapan kepada Allah tentu akan gagal dan runtuh apabila Tuhan tidak merestuinya.Lantaran itu hendaklah kamu sedar.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat