antara dakwah dan sunnah

Bila kita berdakwah mesti kita tertanya-tanya adakah dakwah kita bertepatan dengan sunnah.Apakah boleh kita berdakwah melalui internet seperti blogger masa kini?Adakah boleh kita berdakwah melalui pilihan raya seperti ikhwanul muslimin.Bolehkah kita guna kedua-dua kaedah ini sedangkan Nabi tak pernah buat?

untuk menjawab soalan ini kita perlu faham apakah itu sunnah.sunnah mempunyai maksud di segi bahasa dan istilah.di segi bahasa ia bermaksud jalan yang dilalui oleh seseorang atau sesuatu secara berulang2.di antaranya kita sebut sunnatullah.sunnah manusia pula ialah jalan yang dilazimi olehnya sama ada jalan itu dipuji atau dikeji.

menurut istilah fuqaha',sunnah ialah ibadah nawafil yang dibawa oleh nabi saw.sunnah juga ada kalanya di dalam kitab fiqh merujuk kepada sesuatu yang berlawanan dengan bid'ah.dikatakan seseorang itu menganalkan sunnah bila amalannya selari dengan amalan nabi saw dan melakukan bid'ah bila sebaliknya.

dalam istilah usul fiqh,sunnah ialah sesuatu yang datang daripada nabi saw selain quransama ada perkataan,perbuatan dan taqrir.maka ia adalah dalil hukum syarak.

dalam sunnah pula ada yang tasyri' kepada umatnya dan ada pula yang tidak tasyri'.contoh tasyri' ialah solat dan haji.nabi sebut solatlah kamu macam mana kamu tengok aku solat dan dalam hadis lain nabi sebut ambillah dari aku amalan haji kamu-sebagaimana nabi buat haji.

tapi ada sunnah yang tak ditasyri'kan kepada umatnya seperti perkara berikut;

1.perbuatannya yang merupakan tabiatnya sebagai seorang manusia seperti diri,duduk,jalan, tidur,makan minum.perkara2 ini bukannya tasyri'.

2.kemahiran dan pengalamannya dalam urusan dunia seperti berniaga,bertani,ketenteraan, urusan politik dan sebagainya maka bukannya tasyri'.contohnya dalam suatu peperangan baginda menetapkan suatu strategi ketenteraan.seorang sahabat bertanya adakah ini wahyu dari allah ataupun pandangan dan strategi politik.maka dijawab baginda ini pandangan beliau dan strategi politik.sahabat tersebut lalu mencadangkan strategi yang lebih baik dan diterima oleh nabi saw.begitu juga pernah baginda apabila melihat penduduk madinah membubuh baja atas pokok kurma nabi saw nasihatkan mereka supaya tak bubuh baja.maka mereka melakukannya dan tak berbuah.maka nabi saw pun sebut antum a'lamu bi umuri dunyakum- kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu.

3.sunnah rasulullah saw yang khusus bagi dirinya seperti bernikah lebih daripada 4 orang isteri.kesimpulannya setiap perbuatan dan perkataan nabi saw dalam ketiga2 adalah sunnah baginda tetapi bukan tasyri' atau qanun yang wajib diikuti.

berbalik kepada perbicaraan asal bolehkah kita berdakwah melalui internet dan pilihanraya.bagi saya ini termasuk dalam kaedah dan strategi dakwah dan politik yang tiada ketetapan khusus daripada sunnah.

saya nak khususkan kepada satu saja iaitu berpolitik melalui pilihanraya demokrasi.kita pernah mendengar hadis nabi saw yang bermaksu jihad yang paling afdal ialah kalimah haq kepada pemerintah yang zalim.kalau tidak ada ulama yang sertai pilihanraya maka mereka tak dapat nak menegur di parlimen tentang kezaliman undang2 yang zalim seperti isa dan auku.lagipun kita tengok gerakan islam yang masuk pilihanraya seperti ikhwanul muslimin dipimpin oleh ulama keluaran azhar.adakah mereka ini jahil tentang sunnah.

jadi saya menyeru bagi sesiapa yang masih kata pilihanraya tak ikut sunnah dan syarak kajilah dengan teliti.kalau tak mau jadi pendokong gerakan islam yang nak menegakkan hukum allah pun tak kisahlah.ajaklah seluruh umat supaya buat amalan masjid.tapi jangan lupa time pilihanraya undilah golongan yang sama matlamatnya nakkan redha ilahi.cuma pendekatan yang berbeza.dengan ini seluruh gerakan islam dapat bersatu dan nusrah ilahi akan datang mencurah2.wallahu a'lam.

Comments

muhd_abduhu said…
salam ,


setuju. jom orang tabligh ambik tau skit pasal politik.

klu org tabligh berpolitik, akan jadi lebih baik sbb tazkiyah hati tetap diagendakan dlm kerja2 politik spt TG Nik Aziz di Kelantan yg berceramah politik persis bayan tablighi.

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat