Friday, January 2, 2009

Warak menurut Imam al-Ghazali

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya' Ulumuddin, Warak mempunyai 4 martabat.

Martabat pertama:Warak yang disyaratkan dalam adilnya penyaksian iaitu memelihara daripada haram yang zahir

Martabat kedua:Warak orang-orang soleh iaitu menjaga daripada syubhat yang tidak diketahui haram atau halal.

Martabat ketiga:Warak orang bertaqwa iaitu meninggalkan perkara halal yang ditakuti akan jatuh kepada perkara haram.Contohnya serperti warak daripada berbicara tentang hal ehwal manusia kerana takut jatuh kepada hukum mengumpat.

Martabat keempat:Warak Siddiqin iaitu berpaling daripada sesuatu selain Allah kerana takut berlalunya satu saat umurnya kepada sesuatu yang tak menambahkan dekatnya kepada Allah sekalipun dia tahu dan pasti perkara itu tidak membawa kepada haram.

No comments: