Posts

Showing posts from December, 2015

Kisah Nabi SAW Menjadi Peniaga dan Perkahwinan Nabi SAW Dengan Siti Khadijah

Image
Berkata al-Imam Fakhruddin ar-Razi bahawasanya kesemua bapa2 Nabi Muhammad SAW adalah beragama Islam. Di antara yang menunjukkan perkara demikian ialah sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sentiasalah aku berpindah daripada sulbi2 yang mulia kepada rahim2 yang mulia.” Dan Allah Taala telah berfirman yang bermasud: “Sesungguhnya orang2 Musyrik adalah najis.” Maka mestilah tidak ada seorang pun daripada datuk2 Baginda adalah seorang musyrik. Adalah Ummu Aiman menjadi penjaga Baginda selepas kematian ibundanya dan Nabi SAW bersabda kepadanya: “Engkau adalah ibuku selepas ibuku.” Kemudian datuknya Abd Muttalib yang menjaga Baginda pula meninggal dunia ketika Baginda berumur 8 tahun ketika datuknya berusia 110 tahun, dan dikatakan 140 tahun. Kemudian Baginda dipelihara Abu Talib dan namanya adalah Abd Manaf. Adb Muttalib telah berwasiat kepadanya tentang Baginda kerana beliau adalah saudara kandung Abdullah. Ketika Rasulullah SAW berusia 12 tahun, Baginda keluar bersama bapa sau

Secebis kisah kelahiran Rasulullah SAW

Image
Ketika Siti Aminah hamilkan Rasulullah SAW telah zahir beberapa keajaiban dalam kehamilannya. Kata Sahl b Abdullah at-Tastury r.a: “Ketika Allah Taala menghendaki untuk menciptakan Nabi Muhammad SAW dalam perut ibunya Aminah pada malam Rejab berbetulan malam Jumaat, Allah memerintahkan Ridhwan malaikat penjaga syurga untuk membuka syurga al-Firdaus. Lalu berseru penyeru di langit dan bumi ketahuilah bahawasanya Nur (cahaya) yang tersimpan yang tersembunyi yang menjadi tanda Nabi seorang petunjuk telah menzahir pada mala mini di perut ibunya.Yang mana sempurna penciptaannya dan akan keluar kepada manusia sebagai pembawa berita gembira serta mengingatkan dengan ancaman bagi yang ingkar.” Dalam hadis Ibnu Ishaq bahawasanya Siti Aminah menceritakan bahawa dia didatangi sesuatu ketika hamilkan Nabi SAW lalu dikatakan kepadanya bahawa engkau sedang mengandungkan Penghulu umat ini. Kata Siti Aminah: “Aku tidak merasakan bahawa aku sedang menghamilkannya. Dan tidak aku dapati ber

Beza fidyah solat mazhab Hanafi dan Syafii

Image
Fidyah sembahyang pada mazhab Hanafi: Adapun fidyah sembahyang pada mazhab Hanafi itu wajib dikira daripada umurnya 10 tahun hingga waktu matinya. Maka fidyah sembahyang pada mazhab Hanafi tiap2 sehari semalam 6 gantang Baghdad bersamaan 4 setengah gantang Malaysia. Harganya RM18.00 (waktu kitab ini ditulis). Kerana mazhab Hanafi sembahyang witir itu wajib sekurang2nya 3 rakaat. Dan fidyahnya sebulan 180 gantang Baghdad bersamaan 135 gantang Malaysia. Harganya RM540.00. Dan setahun 1620 gantang Malaysia. Harganya RM6480.00, demikianlah. Maka [kaedahnya] tiap2 segantang Baghdad 3 cupak Malaysia dan tiap2 4 gantang Baghdad itu 3 gantang Malaysia. Fidyah sembahyang pada mazhab Syafii: Bermula buat fidyah sembahyang pada mazhab Syafii itu dikira daripada umurnya 10 tahun hingga waktu matinya sama ada lelaki atau perempuan. Maka fidyahnya tiap2 sehari semalam 5 cupak Baghdad bersamaan 3 cupak 3 kepol Malaysia daripada makanan yang memada pada fitrah. Maka tiada sah di

Kemuliaan Diri dan Nasab Nabi SAW

Image
Daripada Maisara adh-Dhabbiy katanya aku bertanya “Ya Rasulallah, bilakah tuan menjadi seorang Nabi?” Sabda Baginda: Ketika Adam antara ruh dan jasad.” Daripada Suhail bin Soleh al-Hamdaniy katanya; Aku bertanya Abu Jaafar Muhammad bin Ali: “Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW mendahului para Nabi sedangkan Baginda Nabi terakhir yang diutuskan? Katanya: “Sesungguhnya Allah Taala ketika mengambil perjanjian anak Adam “Alastu Birabbikum” (Bukankah Aku Tuhan kamu?) adalah Nabi Muhammad SAW yang pertama menyaksikan “Balaa” (Bahkan). Oleh kerana itu Nabi Muhammad SAW mendahului para Nabi sekalipun yang terakhir diutuskan. Diriwayatkan daripada Sayyidina Ali bin Abu Talib k.w bahawasanya tidaklah Allah mengutuskan Nabi sejak Adam a.s kecuali diambil daripadanya perjanjian tentang Nabi Muhammad SAW; Sekiranya Baginda diutuskan dan para Nabi masih hidup mestilah beriman kepadanya dan membantunya.Perjanjian ini juga diambil ke atas kaum setiap Nabi. Hal ini juga diriwayatkan juga oleh I