Kisah Nabi SAW Menjadi Peniaga dan Perkahwinan Nabi SAW Dengan Siti Khadijah

Berkata al-Imam Fakhruddin ar-Razi bahawasanya kesemua bapa2 Nabi Muhammad SAW adalah beragama Islam. Di antara yang menunjukkan perkara demikian ialah sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sentiasalah aku berpindah daripada sulbi2 yang mulia kepada rahim2 yang mulia.” Dan Allah Taala telah berfirman yang bermasud: “Sesungguhnya orang2 Musyrik adalah najis.” Maka mestilah tidak ada seorang pun daripada datuk2 Baginda adalah seorang musyrik.

Adalah Ummu Aiman menjadi penjaga Baginda selepas kematian ibundanya dan Nabi SAW bersabda kepadanya: “Engkau adalah ibuku selepas ibuku.” Kemudian datuknya Abd Muttalib yang menjaga Baginda pula meninggal dunia ketika Baginda berumur 8 tahun ketika datuknya berusia 110 tahun, dan dikatakan 140 tahun. Kemudian Baginda dipelihara Abu Talib dan namanya adalah Abd Manaf. Adb Muttalib telah berwasiat kepadanya tentang Baginda kerana beliau adalah saudara kandung Abdullah.

Ketika Rasulullah SAW berusia 12 tahun, Baginda keluar bersama bapa saudaranya Abu Talib ke Syam. Apabila tiba di Basrah, seorang pendeta benama Buhaira@Jirjis melihat Baginda. Pendeta tersebut mengenali Baginda dengan sifat Baginda. Maka dia pun berkata sambil memegang tangan Baginda: “Dia adalah penghulu segala alam. Dia akan diutuskan Allah sebagai rahmat kepada seluruh alam. Maka ditanya kepadanya: “Bagaimana kamu mengetahui perkara ini? Maka kata pendeta itu: “Ketika kalian melalui Aqabah, tidaklah segala pokok dan batu kesemuanya bersujud menghormati Nabi ini. Dan aku mengenalinya dengan tanda Nubuwwah di antara bahunya seumpama buah epal. Dan kami mendapatinya tertulis dalam kitab2 kami. Lalu beliau meminta kepada Abu Talib agar membawa pulang Baginda kerana takutkan kejahatan kaum Yahudi. Tiba2 datang 7 orang daripada Rome bertujuan untuk membunuh Baginda SAW. Maka kata Buhaira kepada mereka: “Untuk apa kamu datang ke sini?” Lalu jawab mereka: “Nabi ini telah keluar pada bulan ini. Lalu dibalas Buhaira: “Apa pendapat kalian terhadap perkara yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku; Adakah dapat seseorang manusia untuk menghindarinya? Mereka menjawab: “Tidak.

Al-Baihaqi dan Abu Nu’aim meriwayatkan bahawasanya Buhaira melihat Baginda berada di tempat tunggangannya ketika rombongan mereka datang.   Buhaira melihat awan putih menaungi Baginda di tengah2 rombongan hinggalah mereka berhenti berteduh di bawah pokok lalu Buhaira melihat awan tersebut masih menaungi Baginda. Lalu Buhaira menyoal tentang hal ehwal Baginda seperti tidurnya, tubuh badannya dan segala urusannya. Rasulullah SAW pun memberitahu Buhaira dan bertepatan perkara demikian dengan sifat Nabi SAW yang diketahui oleh Buhaira. Dan Buhaira melihat tanda Nubuwwah antara dua bahunya bertepatan dengan sifat yang beliau ketahui.

Daripada Ibnu Abbas r.anhuma bahawasanya Abu Bakar as-Siddiq r.a bersahabat dengan Nabi SAW ketika berusia 18 tahun manakala Nabi SAW berumur 20 tahun. Mereka bersama2 pergi ke Syam untuk berniaga. Ketika melalui suatu tempat untuk berteduh di bawah pohon Sayyidina Abu Bakar r.a berjumpa dengan seorang rahib yang dipanggil Buhaira yang bertanyakan kepadanya: “Siapakah lelaki yang berteduh di bawah pokok tersebut?” Jawab Sayyidina Abu Bakar r.a: “Muhammad bin Abdullah bin Abd Muttalib” Kata sang rahib: “Lelaki ini demi Allah adalah seorang Nabi. Tidaklah berteduh di bawah pokok tgersebut selepas Nabi Isa a.s melainkan Nabi Muhammad SAW. Maka perkataan itu melekat diingati di hati Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq. Maka ketika mana Nabi SAW diutuskan terus diikuti oleh Sayyidina Abu Bakar r.a.

Kemudian Nabi SAW keluar sekali lagi bersama2 dengan Maisarah hamba kepada Siti Khadijah r.anha binti Khuwailid bin Asad untuk berniaga harta Siti Khadijah r.anha ke Basrah. Ketika itu Baginda SAW berusia 25 tahun. Maka Nabi SAW berhenti rehat di bawah sepohon pokok. Maka berkata rahib Nastur: “Tidaklah turun bernaung di bawah pokok ini selepas Nabi Isa a.s melainkan seorang Nabi. Dalam perjalanan Maisarah melihat 2 Malaikat melindungi Nabi SAW daripada matahari. Apabila mereka kembali ke Mekah pada waktu Zohor ketika Siti Khadijah r.anha berada di loteng, beliau melihat Rasulullah SAW di atas untanya dan dua Malaikat memayunginya. Siti Khadijah berkahwin dengan Nabi SAW 2 bulan 25 hari selepas itu. Siti Khadijah r.anha pada zaman jahiliyah digelar dengan at-Tohirah (wanita yang suci). Beliau pernah berkahwin dengan Abu Halah bin Zararah at-Tamimi dan mendapat dua anak lelaki bernama Hindun dan Halah.Kemudian beliau berkahwin dengan ‘Atiq bin ‘Aiz al-Makhzumi dan mebdapat seorang lagi anak bernama Hindun. Ketika berkahwin dengan Nabi SAW umur Siti Khadijah r.anha adalah 40 tahun.

Adalah Siti Khadijah r.anha yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW. Lalu Nabi SAW memberitahu perkara demikian kepada bapa2 saudaranya.Maka pergilah bersama Baginda antaranya ialah Sayyidina Hamzah r.a berjumpa dengan Khuwailid bin Asad untuk meminang untuk dikahwini oleh Nabi SAW. Hadir bersama adalah Abu Talib dan pemimpin2 Bani Mudhor. Maka Abu Talib pun berkhutbah: “Segala puji bagi Allah yang menjadikan kami daripada zuriat Nbi Ibrahim dan Nabi Ismail serta zuriat Ma’ad dan Mudhor. Allah juga menjadikan kita penjaga rumahNya dan tanah haramNya dan Allah menjadikan bagi kita rumahNya untuk melakukan haji dan tanah haram yang aman dan menjadikan kita pendamai kepada manusia. Kemudian anak saudaraku ini Muhammad bin Abdullah tidak dapat hendak dibandingkan dengan mana2 lelaki pun sekalipun hartanya sedikit. Sesungguhnya harta itu sesuatu yang cepat habis. Dan Muhammad orang yang telah kamu kenali tentang kerabatnya. Beliau ingin meminang Khadijah binti Khuwailid dan mas kahwinnya adalah daripada hartaku. Maka Nabi SAW dikahwinkan dengan Siti Khadijah r.anha oleh bapanya Khuwailid. Mas kahwinnya 12 Uqiyah emas dan satu Nasy. Satu Uqiyah bersamaan 40 Dirham dan satu Nasy bersamaan setengah Uqiyah.

Diterjemah dan diolah oleh Ibnu Azmi asy-Syafii daripada kitab al-Anwarul Muhammadiyah minal Mawahibal Ladunniyah karya al-Qadhi asy-Syeikh Yusuf Ismail an-Nabhani.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat