Posts

Showing posts from June, 2010

Panduan Mencegah Kemungkaran

Sesungguhnya kalimah mungkar merangkumi makruh dan haram.Kedua2nya diingkari oleh syarak sekalipun perkara makruh tidak ada siksa ke atas pelakunya dalam karahah at-tanzih, dan balasannya adalah ringan daripada perkara haram dalam karahah at-tahrim.Mengingkari makruh yang awal(tanzih) adalah sunat dan bukannya wajib. Manakala makruf yang disuruh pula merangkumi wajib dan sunat.Adapun meninggalkan perkara sunat tidak berdosa manakala meninggalkan perkara wajib adalah berdosa.Oleh itu menyuruh melakukan kewajipan adalah wajib dan menyuruh melakukan perkara sunat adalah sunat. Syarat perkara mungkar yang hendak dicegah ialah perkara tersebut berlaku secara terang-terangan tanpa perlu tajassus(menyiasat secara rahsia).Ini kerana Allah Taala menegah daripada tajassus dan meyuruh menyembunyikan keaiban.Tidak harus melakukan tajassus hatta seorang Imam(Hakim) dan al-Muhtasib(orang yang diizinkan untuk mencegah kemungkaran seperti pegawai pencegah maksiat) sebagaimana yang disebut oleh I

Ibnu Taimiyah kafir?

Saya agak terkejut apabila dikhabarkan ada sebuah laman web yang kononnya anti Wahabi mengatakan Syeikh Nuruddin al-Banjari mengkafirkan Ibnu Taimiyah.Saya tidak mengenali pemilik laman web berkenaan.Namun saya yakin Syeikh Nururuddin difitnah ataupun kenyataannya di slah tafsir oleh pihak tertentu.Mana mungkin seorang yang berilmu luas umpama lautan ini boleh mengkafirkan seorang ulama besar seperti Ibnu Taimiyah. Di sini saya nukilkan pendapat Syeikh Yusuf an-Nabhanidalam kitab Syawahidul Haq berkaitan Wahabi: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya aku tidak beriktikad dan tidak mengatakan kafir kepada sesiapa yang ahul qiblat sama ada Wahabi atau lainnya.Semua ahli qiblat adalah Muslim yang bersatu dengan kalimah tauhid dan beriman dengan Sayyidina Muhammad SAW dan agama Islam yang dibawa Baginda. Berkata Imam asy-Sya’rani dalam al-Yawaqit wal Jawahir:Berkata Syeihul Islam al-Makhzumi:Telah dinaskan oleh al-Imam asy-Syafii bahawa tidak boleh mengkafirkan ahlul ahwa’ dalam kitab Ris

Hukum Kedua Ibu Bapa Nabi SAW

Hukum kedua ibu bapa Nabi SAW bahawa kedua2 mereka adalah selamat dan bukan ahli neraka.Perkara ini telah disepakati oleh ulama salaf dan khalaf.Dalam perkara ini mereka terpecah kepada 3 pendapat. Pendapat pertama daripada ulama Asyairah di kalangan ahli kalam dan ulama mazhab Syafii di kalangan fuqaha: Mereka mengatakan kedua2 ibu bapa Nabi SAW mati sebelum kebangkitan Baginda sebagai Rasul SAW dan tidak ada azab sebelum kebangkitan Baginda SAW.Mereka dikira sebagai ahli fatrah. Banyak ayat menunjukkan ahli fatrah tidak diseksa.Antaranya: Al-Isra’:15-“dan Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul.” Al-An’am:131-“Yang demikian itu adalah karena Tuhanmu tidaklah membinasakan kota-kota secara aniaya, sedang penduduknya dalam keadaan lengah”- Maksudnya: penduduk suatu kota tidak akan diazab, sebelum diutus seorang rasul yang akan memberi peringatan kepada mereka. Al-Qasas:47-“Dan agar mereka tidak mengatakan ketika azab menimpa mereka disebabkan apa yang mereka

Wahabi

Ramai orang salah faham isu Wahabi.Diorang kata isu kecil.Tapi sampai mengkafirkan Asyairah dan kata umat Islam sejak beratus tahun berada dalam kesesatan hingga munculnya Muhammad Abdul Wahhab, menggunakan ayat yang ditujukan kepada orang kafir untuk mengkafirkan sejumlah besar orang Islam, maka ia bukan isu lekeh dah furuk lagi

Sifat 20 pun nak pertikai

20 je sifat AlLah?. bukankah AlLah mempunyai lebih dari 20 sifat... gelap lagi ni...(ni antara komen puak Wahabi) Sifat Allah itu ada banyak. Ulamak asya'iroh telah menyusun sifat 20 yang wajib bagi Allah ini yang merangkumi sifat2 Allah yang lain.Orang tak mengaji je kata gelap padahal depa yang gelap.Gelap ilmu dan gelap lagi hati.Tak tau hujung pangkal nak bantah je.Padahal ulama dah susun elok dah