Panduan Mencegah Kemungkaran

Sesungguhnya kalimah mungkar merangkumi makruh dan haram.Kedua2nya diingkari oleh syarak sekalipun perkara makruh tidak ada siksa ke atas pelakunya dalam karahah at-tanzih, dan balasannya adalah ringan daripada perkara haram dalam karahah at-tahrim.Mengingkari makruh yang awal(tanzih) adalah sunat dan bukannya wajib.

Manakala makruf yang disuruh pula merangkumi wajib dan sunat.Adapun meninggalkan perkara sunat tidak berdosa manakala meninggalkan perkara wajib adalah berdosa.Oleh itu menyuruh melakukan kewajipan adalah wajib dan menyuruh melakukan perkara sunat adalah sunat.

Syarat perkara mungkar yang hendak dicegah ialah perkara tersebut berlaku secara terang-terangan tanpa perlu tajassus(menyiasat secara rahsia).Ini kerana Allah Taala menegah daripada tajassus dan meyuruh menyembunyikan keaiban.Tidak harus melakukan tajassus hatta seorang Imam(Hakim) dan al-Muhtasib(orang yang diizinkan untuk mencegah kemungkaran seperti pegawai pencegah maksiat) sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Mawardi dalam kitab al-Ahkam as-Sultoniah.Kecuali apabila Imam ataupun al-Muhtasib mempunyai sangkaan yang kuat berleluasa suatu kaum melakukan maksiat melalui petunjuk dan kesan2 yang nyata di mana sekiranya ia tidak bertajassus akan mencemarkan kehormatan masyarakat.Sebagaimana sekiranya seseorang yang dapat dipercayai melaporkan seorang lelaki sedang cuba untuk membunuh.Maka dalam kes in harus tajassus walaupun kepada orang yang bukan al-Muhtasib.

Antara syarat mencegah mungkar juga ialah perkara tersebut bukannya hal ijtihad.Maka tidak boleh ditegah perkara yang diikhtilaf haram atau makruh sebagai contoh kerana setiap mujtahid adalah benar sebagaimana yang dipilih oleh jumhur Muhaqqiqin.Tetapi sunat untuk dicegah sekiranya tidak membawa kepada perkara yang haram.Walaupun seseorang itu mempunyai kuasa dia tidak boleh memaksa manusia untuk mengikut pendapatnya selagi mana perkara itu adalah khilaf.

Di sini kita dapat melihat kesalahan kebanyakan orang jahil dengan bersemangat mengingkari perkara makruh ataupun menyuruh perkara sunat atau sesuatu hukum yang mempunyai khilaf.

Nabi SAW telah bersabda kepada seorang sahabat yang bertanyakan tentang perkara2 fardhu.Setelah itu bersumpah tidak akan menambah atau mengurangi perkara fardhu tersebut: “ ان صدقافلح" Maksudnya: “Dia akan Berjaya sekiranya beliau benar”.Baginda tidak mengatakan beliau mungkar dengan meninggalkan perkara sunat.

Sebahagian orang yang mencegah perkara makruh dan menyuruh perkara sunat melakukan dosa ketika seruan mereka tidak diendahkan.Antaranya memulau,menentang dan berbalah lebih 3 hari dan ini adalah haram berdasarkan hadis sohih yang makruf.

Selain itu, tidak memberi salam, tidak menziarahinya atau melawat ketika sakit, serta tidak menolong ketika berhajat.Maka hilanglah pahala yang amat besar.Bahkan kadangkala boleh membawa kepada mengumpat, memfitnah, menceroboh harta dan merampas jawatan yang dimiliki.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat