Tuesday, June 29, 2010

Ibnu Taimiyah kafir?

Saya agak terkejut apabila dikhabarkan ada sebuah laman web yang kononnya anti Wahabi mengatakan Syeikh Nuruddin al-Banjari mengkafirkan Ibnu Taimiyah.Saya tidak mengenali pemilik laman web berkenaan.Namun saya yakin Syeikh Nururuddin difitnah ataupun kenyataannya di slah tafsir oleh pihak tertentu.Mana mungkin seorang yang berilmu luas umpama lautan ini boleh mengkafirkan seorang ulama besar seperti Ibnu Taimiyah.

Di sini saya nukilkan pendapat Syeikh Yusuf an-Nabhanidalam kitab Syawahidul Haq berkaitan Wahabi:

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya aku tidak beriktikad dan tidak mengatakan kafir kepada sesiapa yang ahul qiblat sama ada Wahabi atau lainnya.Semua ahli qiblat adalah Muslim yang bersatu dengan kalimah tauhid dan beriman dengan Sayyidina Muhammad SAW dan agama Islam yang dibawa Baginda.

Berkata Imam asy-Sya’rani dalam al-Yawaqit wal Jawahir:Berkata Syeihul Islam al-Makhzumi:Telah dinaskan oleh al-Imam asy-Syafii bahawa tidak boleh mengkafirkan ahlul ahwa’ dalam kitab Risalahnya dimana katanya: “لا اكفر اهل الاهواء بذنب”-Aku tidak mengkafirkan orang yang mengikut hawa nafsu dengan sesuatu dosa yang dilakukan.Dalam satu riwayat dari Imam Syafii: “ولا اكفر احدا من اهل القلبلة بذنب”-Dan tidaklah aku mengkafirkan seorang ahlul qiblat dengan sesuatu dosa.Dalam satu riwayat lain daripadanya: “ولا اكفر اهل التاويل المخالف للظاهر بذنب”-Dan aku tidak mengkafirkan ahli takwil yang bercanggah dengan zahir nas dengan maksiat mereka itu.

Berkata Syeikh al-Makhzumi: “Maksud Imam Syafii dengan ahlul ahwa’ ialah mereka yang sewenang2 mantakwil seperti Muktazilah dan Murjiah.Dan yang dimaksudkan dengan ahlul qiblat ialah ahlut tauhid (yakni orang yang mengucap)” .Berkata Imam asy-Sya’rani: “Seluruh ulama yang bertaqwa tidak mengkafirkan seseorang ahli qiblat dengan dosa mereka maka ikutilah panduan ulama”.

Kata Syeikh an-Nabhani lagi: “Apabila kamu dapati dalam kitabku lafaz dhalal(sesat) maka bukannya maksud kafir tetapi sesat daripada jalan yang benar iaitu salah, maksiat dan bid’ah.Yang mana perkara ini adalah kesesatan yang tidak sampai ke tahap kafir.Dan ini juga yang aku yakini pendapat Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim dan Ibnu Abd Hadi apabila mereka mengatakan syirik siapa yang istighasah dengan kedudukan Nabi Muhammad SAW dan para Nabi serta orang-orang soleh juga bermusafir untuk ziarah kubur mereka.Sebagaimana ta’bir syirik kepada riya’ yang tidak sampai kepada kafir.Tetapi Wahabi pada zaman sekarang salah faham dengan pendapat ulama ini(I Taimiyah dan anak2 muridnya) hingga mengkafirkan sejumlah besar orang Muslimin”

Dinukil oleh:

Mohd Amir Md Azmi

Ex-SMKAK,ex-KISAS,

BA Syariah Islamiah Al-Azhar.

4 comments:

poison ivy said...

Bukankah ibnu taimiyah dan para pengikutnya berpegang kepada aqidah mujassimah dan ini adalah kekafiran mengikut ahlusunah wal jamaah. Malah mereka terkeluar dari fahaman ahlus sunnah wal jamaah. Hal ini perlukan ketegasan, statement seperti dalam artikel ini menjadikan puak wahabi yang sesat kerana tidak menolak ilmu aqidah sifat 20 itu bergembira ria.

refah00 said...

Tuan poison ivy, saya hanya menaqalkan kata2 ulama.Bukan hak kita untuk kafirkan ahli kiblat.Memang Ibnu Taimiyah ada silapnya tapi dia juga adalah ulama.Rujuk kitab Syawahidul Haq karya Syeikh Yusuf an-Nabhani.Dalam kitab tu banyak point2 radd Wahabi tapi dengan beradabnya Syeikh Yusuf tak kafirkan Ibnu Taimiyah.Wallahu A'lam

Firdaus Daud said...

Ibn Taimiyyah dalam kitabnya mengatakan Mujassimah adalah terkeluar dari Islam. Secara zahirnya, tak kan dia mengkafirkan Mujassimah, dan dia sendiri mengaku dia adalah Mujasimah? Mungkin maksud cara penyampaiannya "tak sampai" kepada pembaca. Ulama ada hujah sesuai dengan ilmu mereka. Jika kita mengatakan seseorang itu kafir, sediakanlah hujah kita di mahsyar nanti sesuai dengan kemampuan kita. Jika mengambil beberapa petikan ulama, dan mengambil beberapa keratan kitab dari ratusan kita keseluruhan penulisan beliau, kita sudah menghukum seolah olah kita telah khatam 100% kesemua isi kitab, mungkin hujah kita masih tak dikira kuat. Biarlah ada ulama yang mengkafirkan ulama lain, kerana mereka mempunyai hujah masing2, sesuai dengan ilmu mereka, kefahaman mereka, ataupun penafsiran mereka, yang mungkin betul, atau mungkin salah faham. Letakkanlah adil dalam diri kita, berhujah dengan orang yang tak boleh membela diri, mungkin penterjemahan kitab yang agak lari maksudnya, ataupun benar dia salah, kita pun tak tahu.