Tuesday, May 28, 2013

Harus Berburu Dengan Setiap Haiwan Pemangsa Yang Melukakan

Harus berburu dengan setiap haiwan pemangsa yang melukakan seperti burung pemburu(helang), anjing dan beruang yang terlatih.Maka jika dia tidak dapat menyembelihnya tanpa kecuaian hinggakan buruan itu mati, halal ia kerana firman Allah Taala:

أحل لكم الطيبات وما علمتم من الجوارح

Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu akan yang baik-baik dan apa yang kamu ajari daripada haiwan yang melukakan”

Syarat2 terlatihnya itu lima.Yang pertama bahawa adalah ia terlatih kerana ayat itu.Terlatihnya itu adalah dengan bahawa ia berlepas dengan dilepaskan.Iaitu ia bergerak dengan dia(tuan) menyuruh dan dengan bahawa ia terhenti dengan dia(tuan) menyuruh berhenti pada permulaan dan selepas laju larinya.Kata Imam Syafii: “Apabila kamu suruh anjing itu maka dia menerima arahan dan apabila kamu menegahnya maka dia menerima tegahan maka ia mukallab(terlatih).

Dan dengan bahawa ia memegang buruan itu untuk diambil oleh orang yang melepaskannya.Dan dengan bahawa ia tidak makan darinya, iaitu dari dagingnya atau umpamanya seperti kulitnya dan organ dalamannya sebelum membunuhnya atau selepasnya kerana sabda Nabi SAW:

فإن أكل فلا تأكل فإنما أمسكه على نفسه – رواه الشيخان

Maksudnya: “Maka jika ia makan maka jangan kamu makan kerana ia hanyalah menangkap buruan itu untuk dirinya”. (HR Bukhari dan Muslim)

Dan dengan bahawa berulang2 padanya demikian itu(perkara2 yang telah disebutkan) sekali selepas yang lain hingga disangkakan terlatihnya.Rujukan pada demikian itu adalah kepada ahli yang mahir dengan haiwan pemburu.Maka jika tidak kedapatan syarat2 yang diiktibarkan pada terlatihnya ini tidak halal memakan apa yang ia tangkap dengan ijmak sepertimana yang dikatakan dalam Majmuk, melainkan ia didapati masih hidup iaitu dia mendapati ada padanya nyawa mustaqirrah, maka dia menyembelih ketika itu, maka ianya halal kerana kata Nabi SAW kepada Abu Tha’labah al-Khusyani pada hadisnya:

وما صدت بكلبك غير المعلم فأدركت ذكاته فكل – متفق عليه

Maksudnya: “Apa yang kamu buru dengan anjing kamu yang tidak terlatih maka kamu dapat menyembelihnya maka makanlah ia”. 

Tanbih:- Tanda nyawa mustaqirrah itu kuat gerak selepas dipotong halkum dan mari’ di atas qaul yang paling sahih di dalam Zawaid dan Majmuk.

Syarat keduanya:- Bahawa dia(tuan) melepaskannya.Jikalau ia berlepas dengan sendirinya dan membunuh buruan, tidak halal ia kerana ternafi melepaskannya.Melainkan bahawa tuannya menegahnya maka ia berhenti kemudian dia(tuan) melepaskannya.Maka halal ia kerana ujud melepaskan itu.


Syarat ketiganya:- bahawa dia(tuan) melepaskannya kepada buruan yang tertentu atau kelompok.Maka kalau dia melepaskannya tidak kepada sesuatu seperti dia melepaskannya untuk menguji kekuatannya maka ia membunuh buruan, tidak halal ia kerana ketiadaan melepaskannya ke atas buruan itu.Seumpamanya pada syarat ini adalah anak panah dan umpamanya.Maka kalau dia melepaskan anak panah kerana menguji kekuatannya maka ia membunuh satu buruan, tidak halal ia.

Syarat keempatnya:- Bahawa tidak ghaib darinya buruan itu, kemudian dia mendapatinya selepas ghaibnya dalam keadaan mati.Maka jika ghaib darinya lalu dia mendapatinya mati haram ia kerana ihtimal matinya dengan sebab yang lain.

Syarat kelimanya:- Bahawa tidak terhempas ia dari atas ke bawah dan tidak jatuh ia ke dalam air atau api.Jika tidak, maka haram ia kerana ihtimal matinya dengan sebab yang kedua.

Tempat gigitan anjing pada buruan adalah najis sama seperti selainnya daripada benda yang dinajiskan oleh anjing.Yang paling sahih bahawa tidak dimaafkan darinya dan bahawa memada membasuhnya 7 kali dengan air dan tanah pada satu daripadanya sama seperti selainnya.Dan bahawa tidak wajib mengikis tempat gigitan itu dan membuangkannya kerana ia tidak warid.

Rujukan:
1)Al-Iqna’ bagi Syeikh Khatib asy-Syarbini r.a
2)Tuhfatut Tullab Syarah Tahrir bagi Syeikh Zakaria al-Ansori.

Diolah oleh,                                        
Mohd Amir Md Azmi,
Ex-SMKAK, Ex-KISAS