Posts

Showing posts from September, 2012

Kisah Ringkas Fudhail b Iyadh

Image
Abu Ali al-Fudhail b Iyadh.Lahir di Khurasan.Ada pendapat mengatakan dia lahir di Samarqand.Meninggal di Mekah pada Muharam tahun 187. Kisah taubatnya diceritakan beliau sangat mencintai seorang perempuan.Ketika dia hendak menghampiri wanita tersebut, beliau mendengar suara membaca ayat : " ألم يأن للذين آمنوا أن تخشع قلوبهم لذكر الله " Maka beliau berkata: “Wahai Tuhan, sekaranglah waktunya”. Antara kata2 Fudhail yang masyhur: Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’.Manakala beramal kerana manusia adalah syirik.

Ahlussunnah Menurut Imam al-Baghdadi

Image
Golongan Ahlussunnah menurut Imam al-Baghdadi Oleh DR. ASMADI MOHAMED NAIM SAYA membaca tulisan mengenai makna atau definisi Ahlu al-sunnah wal Jamaah (ASWJ) daripada seorang penulis mingguan pada pertengahan November 2009 lepas. Penulis mengutip definisi Ahlussunnah yang ditulis oleh Imam al-Baghdadi (wafat429H) dalam kitabnya, al-Farq Baina al-Firaq .  Namun malangnya perkataan al-turuq al-sifatiah atau 'jalan-jalan sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal, itulah antara perkara yang penting untuk menentukan sama ada tauhid yang mensyarahkan sifat-sifat 20 adalah sesuatu yang baru atau sememangnya sudah lama. Pada saya, ada sedikit masalah 'ketidakjujuran ilmu', bila dia tidak menerangkan secukupnya maksud al-Baghdadi apabila mensyarahkan pengertian ASWJ. Demikian juga, ada sebuah lagi penulisan yang menceritakan aliran pemikiran tauhid di Nusantara, yang merujuk bahawa aliran yang mensyarahkan Sifat 20 hanyalah munc

Hukum Mengadakan Kenduri Arwah dan Tahlil

Image
Dan tersebut dalam beberapa kitab ulama yang dahulu mazhab Syafii iaitu kitab Iqna’ dan kitab Syarqawi dan kitab I’anatut Tolibin dan kitab Kasyful Litsam dan fatwa2 Mufti2 yang dahulu iaitu Mufti mazhab Syafii dan Mufti mazhab Hanafi dan Mufti mazhab Maliki dan Mufti mazhab Hanbali telah berfatwa mereka itu dengan kata: MAKRUH ahli mayat buat kenduri panggil orang berhimpun makan kenduri pada hari matinya dan pada hari2 yang kemudian daripada hari matinya.Mereka mengambil dalilnya dengan hadis yang diriwayat oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah. Maka kita harap akan Allah mudah2an jika orang yang pergi makan kenduri itu baca ayat2 Quran dan zikrullah dan berdoa niat hadiah pahalanya.Maka diharap dapat manfaat sampai PAHALA bacaan mereka itu kepada mayat, bukan PAHALA kenduri kerana kenduri itu MAKRUH. Maka difaham MAKRUH itu buat kenduri sebab kematian.Adapun jika buat kenduri sebab yang lain seperti kenduri berkahwin atau dapat nikmat atau lainnya maka diharap dapat pahal