Posts

Showing posts from September, 2007
Orang Melayu tertinggi tidak daftar sebagai pemilih Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD PUTRAJAYA 22 Sept. – Orang Melayu masih merupakan golongan tertinggi yang tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai program diatur untuk memudahkan mereka mendaftar. Dalam program Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lepas, 90 peratus daripada 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar adalah orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, program yang menetapkan sasaran sebanyak 2.5 juta pemilih baru itu, mendapati sebahagian besar daripada sejuta pemilih baru yang mendaftar adalah bukan bumiputera. “Secara keseluruhannya usaha itu gagal menarik kaum bumiputera termasuk penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak. Saya tidak tahu apakah punca mereka tidak mahu berbuat demikian. “Umur mereka pula adalah dalam lingkungan 21 hingga 35 tahun. Saya pun hairan dengan sikap tidak endah mereka. Mereka langsung tidak sedar keg

Pengerusi OIC karut

Nasib Palestin: Pengerusi OIC lari ikut pintu belakang KUALA LUMPUR, 18 Sept: Kenyataan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Amerika boleh selesaikan isu Palestin jika dia jujur disifatkan sebagai 'Lari melalui pintu belakang'. Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam kenyataannya berkata, kenyataan Abdullah itu melambangkan beliau cuba melepaskan tanggungjawabnya kepada pihak lain. "Banyak berpendapat jika Amerika Syarikat benar-benar mahu menjadi 'broker' (pengantara) yang adil, mereka akan berjaya. Israel sentiasa berpegang kepada beberapa perjanjian dicapai sebelum ini," kata Abdullah dalam temubual dengan stesen televisyen, Australia Network, menerusi program Asia Pacific Focus yang disiarkan, semalam. Kepada soalan pengacara program itu, Helen Vatsikopolous, Perdana Menteri turut berkata, bahawa beliau bersetuju jika Amerika Syarikat memberi lebih tu

Sikap MB Perlis

Sikap tidak matang Shahidan terserlah dalam sidang Dun Bashir Ishak Tue Sep 18, 07 3:24:25 pm MYT KANGAR, 18 Sept (Hrkh)- Sebagai seorang ketua kerajaan, seorang Menteri Besar tidak sepatutnya mengungkit-ungkit tentang prasarana atau kemudahan awam yang dibina oleh kerajaan apatah lagi ketika sidang Dewan Undangan Negeri (Dun). Baru-baru ini, Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahdidan Kassim membangkitkan tentang jalan dan universiti yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada sidang Dun Perlis. Mengulas perkara ini, Ketua Penerangan PAS Perlis, Hairy Hashim menganggap sikap Shahidan ini tidak mencerminkan statusnya sebagai seorang Menteri Besar yang berwibawa dan matang. "Dia tidak sepatutnya mengungkit perkara sebegini, apatah lagi ketika sidang Dun yang turut dihadiri pegawai-pegawai tinggi kerajaan. "Kerja-kerja mengungkit macam ni kalau dibuat oleh pemimpin Umno di kampung-kampung tak apa la. Tapi bagi seorang Menteri Besar, bukan taraf dia, nampak macam d

Fadilat Puasa

Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri.Manakala di segi syarak pula ialah menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa(seperti makan,minum dan jimak) daripapada naik fajar sodik hingga terbenam matahari dengan kaifiat yang tertentu. Puasa Ramadhan wajib dengan dalil kitab,sunnah dan ijmak.Ia suatu perkara yang maklum di sisi agama secara dharurah.Sesiapa yang mengingkari kewajipan ini adalah kafir. Puasa adalah perisai daripada api neraka dan maksiat.Ia melemahkan nafsu syahwat yang buas dan bersifat kebinatangan.Maka sesiapa yang berpuasa janganlah ia bercakap perkara yang lucah mahupun bergaduh.Bila dikeji oleh seseorang maka katakanlah aku berpuasa! Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.Bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan baginya.Pertama ketika berbuka puasa ia gembira dengan nikmat yang Allah kurniakan hingga berjaya menyempurnakan puasanya.Kedua ketika bertemu Allah dia bergembira kerana puasanya diterima. Di dalam sy

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa kuucapkan pada sesiapa yang menatap blogku ini.Ingatlah janji Allah untuk mereka yang berpuasa dengan sabar dan ikhlas.