Sikap MB Perlis

Sikap tidak matang Shahidan terserlah dalam sidang Dun

Bashir Ishak Tue Sep 18, 07 3:24:25 pm MYT

KANGAR, 18 Sept (Hrkh)- Sebagai seorang ketua kerajaan, seorang Menteri Besar tidak sepatutnya mengungkit-ungkit tentang prasarana atau kemudahan awam yang dibina oleh kerajaan apatah lagi ketika sidang Dewan Undangan Negeri (Dun).

Baru-baru ini, Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahdidan Kassim membangkitkan tentang jalan dan universiti yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada sidang Dun Perlis.

Mengulas perkara ini, Ketua Penerangan PAS Perlis, Hairy Hashim menganggap sikap Shahidan ini tidak mencerminkan statusnya sebagai seorang Menteri Besar yang berwibawa dan matang.

"Dia tidak sepatutnya mengungkit perkara sebegini, apatah lagi ketika sidang Dun yang turut dihadiri pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

"Kerja-kerja mengungkit macam ni kalau dibuat oleh pemimpin Umno di kampung-kampung tak apa la. Tapi bagi seorang Menteri Besar, bukan taraf dia, nampak macam dia dah hilang modal," katanya.

Menurut Hairy lagi, selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, seorang pemimpin kerajaan itu sepatutnya sudah boleh bersikap matang dan professional dalam mentadbir.

"Sepatutnya selepas setengah abad merdekan, sentimen politk kepartian sudah boleh dapat dibezakan dengan pentabiran kerajaan. Negara ini bukan milik sebuah parti sahaja," jelasnya.

Katanya lagi, dalam pemerintahan sesebuah negara, pembangunan yang dibuat adalah milik rakyat dan mana-mana kerajaan pun kena adakan pembangunan untuk rakyat.

"Tak kira kerajaan BN atau PAS hatta kerjaan sosialis atau komunis pun kena buat pembangunan untuk rakyat. Kalau nak ungkit jalan yang dibuat oleh kerjaan BN, ini jelas minda mereka masih belum merdeka," katanya.

Mengulas lanjut, Hairy berpendapat Shahidan kini sudah mulai gusar akan pengaruhnya di Perlis yang dikatakan sudah berada di penghujungnya.

Cakap-cakap politik di Perlis menyatakan bahawa Shahidan bakal digantikan sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum akan datang.

"Sebab itulah dia dah kehabisan modal khususnya untuk berhadapan dengan wakil PAS di dalam Dun Perlis, iaitu Ustaz Hashim. jadi kaedah yang dia ambil ialah menyerang PAS dengan membangkitkan isu-isu lapuk," ujarnya.

Dalam sidang Dun Perlis baru-baru ini Shahidan memonopoli sesi ucapan Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) dengan beliau sering mengganggu dengan pelbagai soalan dan huraian.

Selain cuba menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang baik dan pemurah, beliau cuba menjatuhkan imej PAS dengan membangkit isu lama termasuk sekolah agama rakyat kelolaan PAS Perlis yang didakwanya sekolah haram.

Sumber:Harakah

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat