Puasa Ramadhan wajib dengan dalil kitab,sunnah dan ijmak.Ia suatu perkara yang maklum di sisi agama secara dharurah.Sesiapa yang mengingkari kewajipan ini adalah kafir.
Puasa adalah perisai daripada api neraka dan maksiat.Ia melemahkan nafsu syahwat yang buas dan bersifat kebinatangan.Maka sesiapa yang berpuasa janganlah ia bercakap perkara yang lucah mahupun bergaduh.Bila dikeji oleh seseorang maka katakanlah aku berpuasa!
Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.Bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan baginya.Pertama ketika berbuka puasa ia gembira dengan nikmat yang Allah kurniakan hingga berjaya menyempurnakan puasanya.Kedua ketika bertemu Allah dia bergembira kerana puasanya diterima.
Di dalam syurga ada sebuah pintu yang dinamakan ar-Rayyan.Pintu ini dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa.Inilah kelebihan khusus yang Allah kurniakan kepada mereka.
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang terdahulu.Begitu juga sesiapa yang beribadat pada malamnya dengan teraweh, tahajjud, tadarrus dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment