Posts

Showing posts from July, 2010

Risalah Israk Mikraj(1)

Pendahuluan Ulama’ berselisih pendapat tentang tarikh sebenar Israk Mikraj.Mengikut sebahagian ulama’, tarikh sebenar Israk dan Mikraj adalah 27 Rabiul Awal dan bukannya 27 Rejab. Jadi dari manakah sandaran sambutan umat Islam di Malaysia setiap tahun khasnya dan seluruh umat Islam amnya. Mengikut sejarah,pembebasan Baitul Maqdis kali kedua yang dilakukan oleh Sallahuddin al-Ayyubi berlaku pada 26 Rejab.Maka beliau menyuruh tenteranya untuk membersihkan Masjidil Aqsa yang dijadikan kandang babi dan lembu oleh tentera Rom.Kemuadian pada malam 27 Rejab beliau meminta seorang ulama’ untuk berceramah bagi meraikan hari bersejarah tersebut. Jadi sepatutnya 27 Rejab pada setiap tahun bukan sekadar sambutan Israk Mikraj.Malah lebih dari itu disambut Hari Pembebasan Baitul Maqdis.Namun begitu, persoalan tarikh ini tidak perlu diperdebatkan.Apa yang lebih penting ialah iktibar yang dapat diambil. Risalah ini menpunyai 2 bab. Bab 1:Tafsir ayat per

Usul Pertama Imam Hassan al-Banna

“Islam adalah cara hidup yang syumul meliputi seluruh kehidupan, maka ia adalah Negara dan tanah air ataupun kerajaan dan rakyat.Ia juga akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan.Ia juga thaqafah dan qanun atau ilmu dan perundangan.Ia juga kebendaan dan harta ataupun usaha dan kekayaan.Ia juga jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan pemikiran.Sebagaimana ia adalah aqidah yang sebenar dan ibadah yang sahih”. Usul ini adalah berkenaan hakikat penting daripada hakikat2 Islam iaitu “kesyumulan Islam meliputi seluruh kehidupan”.Hakikat ini terang-terangan diketahui oleh orang yang mempunyai kesedaran dan pemahaman tentang Islam.Dalil2 syumulnya Islam daripada kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya tidak terhitung banyaknya. Namun begitu, perkara ini dipandang amat ganjil di sisi masyarakat Islam sewaktu Imam al-Banna menyatakan seruannya ini.Hatta di Negara kita pun terdapat orang yang memperlekehkan hokum Islam sehingga terdengar suara yang mengatakan perkataan politik mest

Ke arah Kesatuan Umat Islam

Kita kena kembali seperti umat Islam dulu kala.Mereka bersatu dalam 5 perkara: 1)Kesatuan akidah di bawah kalimah syahadah.Alhamdulillah saya nampak umat Islam zaman sekarang boleh bersatu dengan kalimah ini. 2)Kesatuan syariat-semua 4 mazhab menerima Quran, Sunnah, Ijmak ulamak dan qiyas yang nyata sebagai sumber hukum.Tak seperti sekarang. Sudah ada suara2 hanya berpegang Quran dan Hadis Sohih saja.Ijmak ulamak dan qiyas ditolak mentah2.Malah al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas tak dijadikan sumber perundangan.Ada negara Islam yang ambil British Law dan ada yang ambil Fance Law. 3)Kesatuan tamadun. 4)Kesatuan umat-tidak ada beza antara Arab, Melayu, Eropah, Cina India dll selagi mereka Islam. 5)Kesatuan negara Islam.Seluruh negara Islam memberi taat setia kepada khalifah yang satu bermula Khulafa' Rasyidin, umawiyah, Abbasiah dan berakhir dengan Usmaniyah pada awal 1920-an.Selepas itu negara2 umat Islam dipecahkan penjajah dan masing2 membawa haluan dan hala tuju yang berlainan. Ke

Siapakah Ibnu Qayyim al-Jawziyyah?

Ia bernama Muhammad ibn Abi Bakr ibn Ayyub az-Zar’i, dikenal dengan nama Ibn Qayyim al-Jawziyyah, lahir tahun 691 hijriyah dan wafat tahun 751 hijriyah. Al-Dzahabi dalam kitab al-Mu’jam al-Mukhtash menuliskan tentang sosok Ibn Qayyim sebagai berikut: “Ia tertarik dengan disiplin Hadits, matan-matan-nya, dan para perawinya. Ia juga berkecimpung dalam bidang fiqih dan cukup kompeten di dalamnya. Ia juga mendalami ilmu nahwu dan lainnya. Ia telah dipenjarakan beberapa kali karena pengingkarannya terhadap kebolehan melakukan perjalanan untuk ziarah ke makam Nabi Ibrahim. Ia menyibukan diri dengan menulis beberapa karya dan menyebarkan ilmu-ilmunya, hanya saja ia seorang yang suka merasa paling benar dan terlena dengan pendapat-pendapatnya sendiri, hingga ia menjadi seorang yang terlalu berani atau nekad dalam banyak permasalahan” (al-Mu’jam al-Mukhtash). Imam al-Hâfizh Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab ad-Durar al-Kaminah menuliskan tentang Ibn Qayyim sebagai berikut: “Ia

Berilmu tetapi tidak berakhlak

Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat. Sehinggakan habis dihukum ulama yang muktabar, mujtahid adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh - ulama tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling sahih dan terkuat. Malangnya, yang betul baginya adalah ulama yang ia ikut, tetapi ulama yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan aqidah ulama itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah. Manakala dalil yang terkuat baginya sebenar adalah dari apa yang ia dapat sendiri dari k

WAJIB AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

Berkata Imam al-Ghazali: "واعلم انهما من اصول الدين وبهما يحصل الغرض من بعثته تعالى الانبياء عليهم الصلاة والسلام" “Ketahui olehmu hai orang yang berkehendak kepada kemenangan di dalam akhirat itu bahawasanya keduanya itu(Amar Makruf Nahi Mungkar) daripada pohon agama dan dengan keduanya itu hasil faedah daripada membangkitkan Allah Taala akan segala anbia alaihimus solatu wassalam.” Adapun dalil yang menunjukkan wajib keduanya itu iaitu firman Allah Taala dalam Ali Imran:104- “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” Dan berkata Imam al-Ghazali: Ayat ini menyatakan wajib menyuruh akan berbuat kebajikan dan menegahkan daripada berbuat kejahatan tetapi wajib fardhu kifayah bukan fardhu ain. Dan lagi firman Allah Taala dalam Ali Imran:110- “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf,

Kenapa dihebohkan lagi soal Wahabi?

Kenapa dihebohkan lagi soal Wahabi?Begitulah tajuk kolum emel dari seberang oleh Ahmad Muhajir dalam Harakah edisi Jumaat(2-4 Julai 2010).Dia menganggap isu ini adalah remeh temeh. Dia menukilkan kata2 Dr Aid Abdullah al-Qarni bahawa Wahabi itu tidak wujud.Itu tidak lebih daripada provok dan propaganda Barat untuk mengadu domba umat Islam.Muhd Abd Wahab hanyalah penyeru umat kembali kepada akidah dan tauhid yang betul.Tepatnya kumpulan ini boleh disebut sebagai Muwahhidun.Benarkah begitu? Bermulanya dakwah Wahabi pada tahun 1143H dan masyhur selepas 1150 di Najd dan Muhd Abd Wahab wafat pada 1206.Dia mendakwa dakwahnya bersumberkan Kitab dan Sunnah.Dia mengambil beberapa bid’ah Ibnu Taimiyah dan menghidupkannya seperti haram tawassul dengan Nabi SAW dan musafir untuk ziarah kubur para Nabi, wali dan orang soleh untuk berdoa di sana dengan harapan dimaqbulkan Allah.Dia juga mengkafirkan siapa yang menyeru dengan lafaz:Ya Rasulallah atau Ya Muhammad atau Ya Ali atau Ya Abd Qadir Aghisni

JANGAN MENYUSAHKAN

Sabda Nabi SAW: ان الدين يسر ولن يشاد الدين احد الا غلبه فسددوا وقاربوا وابشروا واستعينوا بالغدوة والروحة وشيء من الدلجة" “Sesungguhnya agama Islam itu mudah.Dan tidaklah seseorang itu memayahkan agama kecuali akan menyulitkannya.Maka tunjukkan kepada jalan kebenaran, bercakaplah dengan percakapan yang baik, sampaikan berita gembira, mohonlah pertolongan pada waktu pagi dan petang dan sesuatu daripada perjalanan pada waktu malam” –Riwayat Imam Bukhari daripada Abu Hurairah ra. Dalam satu riwayat: "سددوا وقاربوا واغدو وروحوا وشيء من الدلجة والقصد القصد تبلغوا فلن يشاد الدين احد الا غلبه الدين فلا تشددوا على انفسكم وان خير الاعمال ادومها" “Tunjukkan kepada jalan kebenaran, bercakaplah dengan percakapan yang baik, berpagilah, berpetanglah dan sesuatu daripada perjalanan pada waktu malam.Bersederhanalah, bersederhanalah kamu akan sampai kepada tujuan.Dan tidaklah seseorang itu memayahkan agama kecuali akan menyulitkan urusan agamanya.Maka janganlah kamu menyusahkan

NASIHAT KEPADA PARA KHATIB DAN PENDAKWAH

Di sini kami ingin menasihatkan para khatib dan pendakwah sebagai berikut: Janganlah menghalang manusia melakukan sesuatu perkara yang tidak disepakati bahawa ianya adalah mungkar.Bahkan cara yang terbaik ialah melakukan dialog yang tenang untuk menerangkan pegangan kedua2 pihak.Dan janganlah mana2 pihak melampaui batas untuk menegakkan pendapatnya dan menyalahkan setiap orang yang tidak bersependapat dengannya.Perkara ini adalah taassub dan taassub adalah sesuatu yang sangat dibenci.Ia juga menyebabkan pecahbelah pemikiran masyarakat awam ketika mereka mendengar seorang khatib terlampau menegah sesuatu perkara manakala khatib yang lain tidak mengingkarinya bahkan mengajak melakukan perbuatan tersebut.Dengan ini bergoncang kepercayaan umat terhadap ulama sampaikan mereka merujuk kepada rujukan lain yang menambahkan lagi keraguan dan perpecahan.Maka ini menyebabkan berlakunya penyelewengan yang wajib kita ubah. Apabila kami menujukan nasihat ini kepada pendakwah, maka lebih au