NASIHAT KEPADA PARA KHATIB DAN PENDAKWAH


Di sini kami ingin menasihatkan para khatib dan pendakwah sebagai berikut:

Janganlah menghalang manusia melakukan sesuatu perkara yang tidak disepakati bahawa ianya adalah mungkar.Bahkan cara yang terbaik ialah melakukan dialog yang tenang untuk menerangkan pegangan kedua2 pihak.Dan janganlah mana2 pihak melampaui batas untuk menegakkan pendapatnya dan menyalahkan setiap orang yang tidak bersependapat dengannya.Perkara ini adalah taassub dan taassub adalah sesuatu yang sangat dibenci.Ia juga menyebabkan pecahbelah pemikiran masyarakat awam ketika mereka mendengar seorang khatib terlampau menegah sesuatu perkara manakala khatib yang lain tidak mengingkarinya bahkan mengajak melakukan perbuatan tersebut.Dengan ini bergoncang kepercayaan umat terhadap ulama sampaikan mereka merujuk kepada rujukan lain yang menambahkan lagi keraguan dan perpecahan.Maka ini menyebabkan berlakunya penyelewengan yang wajib kita ubah.

Apabila kami menujukan nasihat ini kepada pendakwah, maka lebih aula kami menasihati mereka yang bukan ahli dalam masalah2 agama:-Hendaklah mereka tidak mencampuri urusan perselisihan pendapat yang tidak disepakati di kalangan ulama ini.Dan janganlah jumud berpegang dengan pandangannya berdasarkan hawa nafsu dan akal fikiran semata-mata hanya mereka saja yang benar manakala pihak lain semuanya salah.

Kami tegaskan pesanan ini supaya mereka yang terjun dalam bidang dakwah mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai mazhab dan pandangan yang pelbagai.Ilmu yang kurang adalah ilmu yang boleh menyeleweng.Ilmu ini mendatangkan keburukan kepada pemiliknya dan murid2nya serta masyarakat seluruhnya.

Pengetahuan yang sohih dan luas dalam Islam mendatangkan ketenangan jiwa dan minda serta penyelesaian kepada banyak problem yang rumit dan hal ehwal semasa yang tidak dapat disembuhkan melainkan dengan pemahaman Islam yang sebenar.Ia juga menjaga kesatuan masyarakat daripada perpecahan yang menuju kehancuran umat.Ia juga adalah peluang untuk menyatakan toleransi dan anugerah Islam yang mana kegemilangannya sesuai untuk dilaksanakan di setiap masa dan tempat.

Sesungguhnya jumud terhadap satu pendapat yang tidak qat’I menjadikan Islam terasing di tengah2 zaman yang penuh dengan gelombang pemikiran, pandangan dan rekaan baru yang digunakan oleh manusia sekarang.

Selagi mana usul yang sabit bagi agama teguh, maka ia adalah tiang asas yang mana terbinanya Islam. Manakala hal2 furu’(cabang) hanyalah penyempurna yang mungkin akan berubah menurut pandangan ulama mengikut peredaran zaman.

Perlu diingatkan di sini bahawasanya kewajipan Amar Makruf Nahi Mungkar mesti dilaksanakan dengan berhikmah dan nasihat yang baik.Sekiranya membawa kepada perdebatan, maka ianya wajib diadakan dengan cara yang terbaik sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nahl:125- “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.”

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat