Sunday, July 25, 2010

Risalah Israk Mikraj(1)

Pendahuluan

Ulama’ berselisih pendapat tentang tarikh sebenar Israk Mikraj.Mengikut sebahagian ulama’, tarikh sebenar Israk dan Mikraj adalah 27 Rabiul Awal dan bukannya 27 Rejab. Jadi dari manakah sandaran sambutan umat Islam di Malaysia setiap tahun khasnya dan seluruh umat Islam amnya.

Mengikut sejarah,pembebasan Baitul Maqdis kali kedua yang dilakukan oleh Sallahuddin al-Ayyubi berlaku pada 26 Rejab.Maka beliau menyuruh tenteranya untuk membersihkan Masjidil Aqsa yang dijadikan kandang babi dan lembu oleh tentera Rom.Kemuadian pada malam 27 Rejab beliau meminta seorang ulama’ untuk berceramah bagi meraikan hari bersejarah tersebut.

Jadi sepatutnya 27 Rejab pada setiap tahun bukan sekadar sambutan Israk Mikraj.Malah lebih dari itu disambut Hari Pembebasan Baitul Maqdis.Namun begitu, persoalan tarikh ini tidak perlu diperdebatkan.Apa yang lebih penting ialah iktibar yang dapat diambil.

Risalah ini menpunyai 2 bab.

Bab 1:Tafsir ayat pertama surah al-Israk.

Bab 2:Pengajaran Israk Mikraj.Bab 2 menpunyai 7 fasal.

Fasal1:Kepentingan Solat

Fasal 2:Hidupnya Para Rasul

Fasal 3:Berjumpa Nabi SAW secara Yaqazah.

Fasal 4:Agama Allah adalah Satu(Fitrah)

Fasal 5:Masalah Melihat Allah di Dunia dan Akhirat.

Fasal 6:Di mana Allah?

Fasal 7:Isu Palestin

(Bersambung)

No comments: