WAJIB AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

Berkata Imam al-Ghazali: "واعلم انهما من اصول الدين وبهما يحصل الغرض من بعثته تعالى الانبياء عليهم الصلاة والسلام"
“Ketahui olehmu hai orang yang berkehendak kepada kemenangan di dalam akhirat itu bahawasanya keduanya itu(Amar Makruf Nahi Mungkar) daripada pohon agama dan dengan keduanya itu hasil faedah daripada membangkitkan Allah Taala akan segala anbia alaihimus solatu wassalam.”
Adapun dalil yang menunjukkan wajib keduanya itu iaitu firman Allah Taala dalam Ali Imran:104- “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”
Dan berkata Imam al-Ghazali: Ayat ini menyatakan wajib menyuruh akan berbuat kebajikan dan menegahkan daripada berbuat kejahatan tetapi wajib fardhu kifayah bukan fardhu ain. Dan lagi firman Allah Taala dalam Ali Imran:110- “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar” Dan berkata Imam al-Ghazali: Ayat ini menunjukkan atas kelebihan menyuruh dengan berbuat kebajikan dan menegahkan daripada berbuat kejahatan.Dan lagi beberapa ayat yang menunjukkan yang demikian itu dan lagi beberapa hadits Nabi SAW yang menunjukkan yang demikian itu.
Dan setengah daripada riwayat daripada Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq ra bahawa ia berkata di dalam ia membaca khutbah:
"يا ايها الناس انكم تقرأون هذه الأية وتتأولونها على خلاف تأويلها (يا أيها الذين ءامنوا عليكم انفسكم لا يضركم من ضل اذا اهتديتم) واني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ما من قوم عملوا بالمعاصي وفيهم من يقدر على ان ينكر عليهم فلم يفعل الا ويوشك ان يعمهم الله تعالى بعذاب من عنده"
“Hai segala manusia!Bahawasanya kamu membaca ayat ini,yakni ayat (يا أيها الذين ءامنوا عليكم انفسكم لا يضركم من ضل اذا اهتديتم)-ertinya “Hai manusia yang percaya akan Allah Taala! Lazimkan perbuatan diri kamu dan tiada memberi mudharat akan kamu oleh seorang yang sesat apabila kamu dapat pertunjuk” tetapi kamu mentakwilkan ayat ini dengan makna yang menyalahi akan maknanya yang sebenar.Dan bahawasanya aku mendengar akan Rasulullah SAW bersabda: Tiada daripada kaum berbuat amal dengan maksiat padahal ada pada mereka itu seseorang yang kuasa menegur atas mereka itu dan tiada ia menegahkan akan dia melainkan hampir bahawa diumumkan oleh Allah Taala akan mereka itu dengan seksaNya daripadaNya.”-riwayat Ashabus Sunan.
Dan lagi riwayat daripada Abi Tsa’labah ra bahasanya ia bertanya akan Rasulullah SAW tafsir firman Allah Taala: لا يضركم من ضل اذا اهتديتم maka sabda Nabi SAW: "يا ابا ثعلبة مر بالمعروف وانه عن المنكر.فاذا رأيت شحا مطاعا وهوى متبعا ودنيا مؤثرة واعجاب كل ذي رأي برأيه فعليك بنفسك ودع عنك العوام.ان من وراءكم فتنا كقطع الليل المظلمزللمتمسك فيها بمثل الذي انتم عليه اجر خمسين منكم.قيل:بل منهم يا رسول الله.قال:لا بل منكم,لأنكم تجدون على الخير اعوانا ولايجدون على الخير اعوانا"
“Hai Abu Tsa’labah!Suruh olehmu dengan mengerjakan kebajikan dan tegahkan olehmu daripada mengerjakan yang mungkar.Maka apabila engkau lihat akan kikir yang diikut dan hawa nafsu yang diikut dan dunia yang dipilih dan ujub yakni suka tiap2 orang yang mempunyai bicara dengan bicaranya,maka ketika itu lazimkan dirimu.Dan tinggalkan olehmu akan orang awam itu kerana bahawasanya di belakang kamu itu beberapa fitnah seperti potongan2 malam yang amat kelam.Dan bagi orang yang berpegang di dalamnya dengan seumpama ada yang kamu pegang atasnya itu pahala 50 daripada kamu.Maka sembah sahabat:Tetapi pahala 50 daripada mereka itu ya Rasulullah!Maka sabdanya:Tidak,bahkan 50 daripada kamu kerana bahawa mendapat akan seorang yang menolong atas menyuruh berbuat kebajikan sedangkan mereka tiada mendapat akan seorang yang menolong atas menyuruh berbuat kebajikan”.-riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah.
Dan lagi ditanyai orang akan Sayyidina Abdullah b Mas’ud ra daripada tafsir ayat ini maka katanya: "ان هذا ليس زمانها,انها اليوم مقبولة ولكن قد أوشك أن يأتي زمانها,تأمرون بالمعروف فيصنع بكم كذا وكذا وتقولون فلا يقبل منكم فحينئذ عليكم أنفسكم فلا يضركم من ضل اذا اهتديتم" “Zaman ini,yakni zaman sahabat dahulu itu iaitu bukan zaman yang dikehendaki makana ayat tersebut itu iaitu ayat: لا يضركم من ضل اذا اهتديتم Maka bahawa makna ayat ini makbul pada zaman sahabat tetapi belum diamalkan dengan dia.Dan tetapi sesungguhnya hampir lagi akan datang zamannya itu,iaitu kamu menyuruh dengan kebajikan maka diperbuat dengan kamu begini2 daripada kejahatan.Dan engkau berkata menyuruh berbuat kebajikan maka tiada diterima daripada kamu maka ketika itu lazim atas kamu bagi dirimu sendiri nescaya tiada member mudharat akan kamu oleh seorang yang sesat apabila kamu dapat pertunjuk.Yakni apabila mendapat akan masa yang tiada menerima oleh seorang akan suruh berbuat kebajikan nescaya wajib atasnya menjauh daripada bercampur dengan seorang.Dan jika menerima seorang akan yang demikian itu maka wajib bercampur dengan manusia supaya menyuruh dengan berbuat kebajikan dan menegahkan daripada berbuat kejahatan tetapi adalah yang demikian itu fardhu kifayah.
Dan lagi sabda Nabi SAW: "ان الله تعالى لا يعذب الخاصة بذنوب العامة حتى يرى المنكر بين اظهرهم وهم قادرون على أن ينكروه فلا ينكروه" “Bahawasanya Allah Taala tiada menyeksa orang yang khas dengan sebab dosa orang yang am hingga dia melihat akan maksiat yang mungkar antara hadapan mereka itu padahal mereka itu kuasa bahawa menegur akan dia maka tiada menegahkan ia akan perbuatan maksiat yang mungkar itu”-riwayat Imam Ahmad dan at-Tobarani.
Dan berkata Sayyidina Abdullah b Abbas ranhuma: "قيل يا رسول الله:تهلك القرية وفيها الصالحون؟قال:نعم.قيل:لم يا رسول الله؟قال بتهاونهم وسكوتهم عن معاصي الله تعالى" “Ditanya oleh orang Rasulullah SAW dengan katanya:Ya Rasulallah!Adakah akan dibinasakan suatu dusun padahal ada di dalamnya orang yang soleh?Maka sabda Nabi SAW:Bahkan.Maka sembah orang itu:Betapa ya Rasulallah?Maka sabdanya:Dengan sebab memudahkan mereka itu dan diam mereka itu daripada menegahkan orang yang berbuat maksiat akan Allah Taala”-riwayat al-Bazzar dan at-Tobarani.
Dan berkata Sayyidatina Aisyah ranha: "قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:أهل قرية فيها ثمانية عشر ألفا,عملهم عمل الأنبياء.قالوا:يا رسول الله كيف ذلك؟قال لم يكونوا يغضبون لله ولا يأمرون بالمعروف ولا ينهون عن المنكر" “Sabda Rasulullah SAW:Diseksa oleh Allah Taala akan dusun yang di dalamnya itu 18000 padahal amal mereka itu seperti amal anbia.Maka sembah sahabat:Ya Rasulallah!Betapa yang demikian itu?Maka sabdanya:Sebab tiada ada mereka itu marah kerana Allah Taala dan tiada menyuruh mereka itu dengan berbuat kebajikan dan tiada menegah mereka itu daripada orang yang berbuat maksiat yang mungkar” Berkata al-Iraqi:Aku tidak mendapati ia adalah Marfu’.Dan disebut bagi Ibnu Abid Dunya suatu hadis seperti ini.
Dan setengah daripada kelebihan menyuruh berbuat dengan kebajikan dan menegahkan daripada berbuat kejahatan itu iaitu kata Sayyidina Abu Zar al-Ghifari r.a: "قال أبو بكر الصديق رضي الله عنه:يا رسول الله هل من جهاد غير قتال المشركين؟فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم:نعم يا أبا بكر. ان لله تعالى مجاهدين في الأرض أفضل من الشهداء أحياء مرزوقون يمشون على الأرض يباهي الله بهم ملائكة السماء وتزين لهم الجنة كما تزينت أم سلمة رضي الله عنها لرسول الله صلى الله عليه وسلم فقال أبو بكر رضي الله عنه يا رسول الله ومن هم؟قال هم الأمرون بالمعروف والناهون عن المنكر والحافظون لحدود الله والمحبون في الله والمبغضون في الله.قال والذي نفسي بيده ان العبد منهم ليكون في الغرفة فوق الغرفات فوق غرف الشهداء للغرفة منها ثلاثمائة ألف باب منها الياقوت والزمرد الأخضر على كل باب نور وأن الرجال منهم ليزوج بثلاثمائة ألف حوراء قاصرات الطرف عين كلما التفت الى واحدة منهن فنظر اليها تقول له أتذكر يوم كذا وكذا أمرت بالمعروف ونهيت عن المنكر وكلما التفت الى واحدة منهن ذكرت مقاما أمر فيه بمعروف ونهى عن المنكر"
“Berkata Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq ra:Ya Rasulallah!Adakah daripada orang perang sabil yang lain daripada membunuh orang kafir musyrik?Maka sabda Rasulullah SAW:Bahkan wahai Abu Bakar. Bahawasanya adalah bagi Allah Taala mujahidin yakni orang yang perang sabil di bumi yang terlebih afdhal daripada orang yang mati syahid perang sabil dengan kafir padahal mereka itu hidup dan diberi rezeki akan dia dan berjalan di atas bumi padahal memegah Allah Taala dengan mereka itu akan malaikat yang di langit dan berhias bagi mereka itu syurga seperti berhias Ummu Salamah bagi Rasulullah SAW.Maka berkata Sayyidina Abu Bakar:Ya Rasulallah!Siapa mereka itu?Maka sabda Nabi SAW:Mereka itulah orang yang menyuruh dengan berbuat kebajikan dan menegahkan daripada berbuat kejahatan dan memeliharakan mereka itu akan segala had hukum syara’ Allah Taala dan kasih-kasihan mereka itu dengan orang yang mukmin kerana Allah Taala dan benci mereka itu akan orang yang berbuat maksiat kerana Allah Taala.Maka sabda Nabi SAW:Demi Tuhan yang menjadikan diriku dengan tangan kudratNya, bahawasanya seorang hamba Allah daripada mereka itu ada ia duduk di dalam mahligai di atas beberapa mahligai di atas mahligai syuhada, dan bagi tiap2 satu mahligai daripadanya 300000pintu daripada yaqut yakni permata merah dan zamrud yakni permata yang hijau.Di atas tiap2 pintu itu nur.Dan bahawasanya seorang lelaki daripada mereka itu diberi isteri dengan 300000 bidadari yang amat elok rupanya.Maka tiap2 berpaling lelaki itu kepada tiap2 satu daripadanya itu dan melihat ia kepadanya maka berkata bidadari itu baginya:Adakah engkau ingat pada hari begini2 padahal engkau menyuruh dengan berbuat kebajikan dan engkau menegahkan daripada berbuat kejahatan.Dan tiap2 berpaling pula lelaki itu kepada tiap2 satu daripada bidadari maka menyebut ia baginya akan tiap2 tempat yang menyuruh ia di dalamnya dengan berbuat kebajikan dan menegahkan daripada kejahatan itu dengan katanya:Adakah engkau ingat pada tempat begini2 engkau menyuruh berbuat kebajikan dan menegahkan daripada berbuat kejahatan.Demikianlah adanya”-Berkata al-Iraqi:Aku tidak menemui baginya asal, Hadis Munkar.
Dan setengah daripadanya kata Sayyidina Abu Ubaidah b Jarrah ra: "قلت يا رسول الله أي الشهداء أكرم على الله؟فقال رجل قام على وال جائر فأمره بالمعروف ونهاه عن المنكر فقتله.فان لم يقتله فان القلم لا يجري عليك بعد ذلك وان عاش ما عاش" “Aku berkata:Ya Rasulallah!Apa syuhada yang terlebih mulia kepada Allah Taala?Maka sabda Rasulullah SAW:Iaitu lelaki yang berdiri kepada raja yang zalim maka menyuruh ia akan dia dengan berbuat kebajikan dan menegahkan ia akan dia daripada berbuat kejahatan.Maka membunuh raja itu akan dia maka iaitulah terlebih mulia syuhada kepada Allah Taala.Maka jika tiada membunuh raja itu akan dia maka bahawasanya qalam malaikat kiraman katibin itu tiada berlaku menyurati(menulis) atas kejahatan yang kemudian itu dan jikalau hidup ia selama hidupnya sekalipun.”-riwayat al-Bazzar kecualai فان لم يقتله hingga akhir ia adalah hadis munkar.
Dan berkata Hasan al-Bashri: "قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:أفضل شهداء أمتي رجل قام على امام جائر فأمره بالمعروف ونهاه عن المنكر فقتله على ذلك فذلك الشهيد,منزلته في الجنة بين حمزة وجعفر" “Sabda Rasulullah SAW:Afdhal syuhada daripada umatku itu iaitu seorang lelaki yang berdiri kepada imam yang zalim yakni kepada raja yang zalim maka menyuruh ia akan dia dengan berbuat kebajikan dan menegahkan akan dia daripada berbuat kejahatan,maka membunuh raja itu akan dia atas yang demikian itu.Maka dengan yang demikian itu jadi ia syahid dan tempatnya itu di dalam syurga antara Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Jaafar"

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat